Ads
Ads

No video available

Jangan Nak Cepat! Pemandu Bas Sekolah Mesti Peka Keselamatan Anak

Kejadian kemalangan yang menimpa seorang murid perempuan tahun satu yang meninggal dunia akibat digilis van sekolah ketika melintas di hadapan kenderaan itu baru-baru ini telah mengundang persoalan keselamatan golongan kanak-kanak.
Malah pemandu bas atau van sekolah digesa agar lebih berhati-hati ketika memandu termasuklah memastikan keselamatan pelajar sebelum meneruskan pemanduan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
Dek kerana kejadian itu juga ibu bapa begitu risau dengan tahap keselamatan anak-anak mereka. Demi menjamin keselamatan anak-anak, ibu bapa disarankan memilih kenderaan sekolah yang berlesen. Ini kerana pemandu yang berlesen wajib menjalani kursus keselamatan yang dikendalikan Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) dan lebih peka mengenai prosedur keselamatan.
Bagi mengurangkan keresahan ibu bapa tentang tahap keselamatan anak-anak yang menggunakan bas atau van sekolah, MW Respons membincangkan isu hangat ini bersama Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahmat.

Video Seterusnya

Ads

Video Menarik

Ads