“Hidup poligami tak salah tapi tiada kebahagiaan di hujungnya” – Datin Pu3
“Saya pernah jadi isteri keempat. Mungkin masa tu duit bekas suami banyak. Allah nak tunjuk dia curang bila saya ternampak keretanya di Mid Valley, masa tu terbongkar dia ada perempuan lain. Memang jadi perang dunia ke-3 lah.
“Jujurnya saya lihat berpoligami ini tak salah. Saya sendiri dari keluarga berpoligami. Alhamdulillah, arwah ayah adil di mana kami semua duduk serumah dan saya sangat rapat dengan semua adik beradik hingga sekarang tapi bila lelaki mula tak adil dan tak jujur, ketika itulah poligami akan bermasalah.
Sembang Wanita Xtra menemubual Datin Pu3 yang juga bekas seorang isteri VVIP akan pengalamannya hidup bermadu. Alhamdulillah dengan pengalaman pernah dilalui, dirinya kini menubuhkan persatuan ibu tunggal yang keahliannya mencecah 5000 orang demi membantu wanita bangkit.
#mingguanwanita #sembangwanitaxtra #poligami #podcast #vodcast