No video available
HAJAT BERTAHUN NAK PAKAI BAJU RAYA BAHARU TERMAKBUL DARIPADA SATU PANGGILAN TELEFON
“Alangkah baiknya kalau kita boleh dapat sumbangan hadiah pakaian hari raya untuk anak-anak macam dalam iklan radio ni kan bang?,” tutur puan Junaidah kepada suaminya. Siapa sangka beberapa hari setelah mendengar iklan tersebut, puan Junaidah ibu kepada 9 orang anak dari keluarga asnaf ini dihubungi pihak Mingguan Wanita mewakili PTPTN menyampaikan berita tidak disangka.
Keluarganya terpilih dalam kempen Sempurnakan Raya PTPTN x Mingguan Wanita. Rezeki itu rahsia Allah. Dia dan sekeluarga berpeluang membeli belah pakaian raya bersama Ketua Eksekutif PTPTN iaitu encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, berbuka puasa dan menerima duit raya dalam bentuk pembukaan akaun SSPN-i.
#jomberayajommenabung #simpansimpansimpanjaminanmasadepan #lovesspn #sembangwanita #mingguanwanita #sempurnakanrayasspnXmingguanwanita