Dr Syazwani Part 2: “Bukan Emas Buat Kau Kaya Kak, Tapi Ilmu”
Jadi wanita ni memang kena bijak tau! Jangan cepat percaya pada skim-skim cepat kaya. Nasihat doktor Syazwani, “Skim-skim cepat kayap ni memang meng’kayapkan’ manusia.
Cubalah kakak-kakak cerdik sikit! Bukan emas yang banyak buatkan kau kaya kak tapi perlu kaya dengan ilmu.”
Lepas tu bila bergelar isteri duit suami tu biarlah belanja barangan dapur manakala duit wanita pula biarlah nampak pelaburannya.
Para isteri dan kakak-kakak di luar sana kena pandai, jangan bergantung pada suami saja ya.
Selain itu buat wanita dan ibu di luar sana, habiskan duit pada benda yang nampak dan boleh dituntut. Orang kata, kita kena lah “sediakan payung sebelum hujan” dan jangan biar diri ditindas.
#sembangwanita #sembangwanitaxtra #mingguanwanita #rahsiakewangan