Cinta “KARI” Luar Biasa
Jarang sangatlah kita dengar orang Malaysia tak makan kari. paling sikit pun kuah kari roti jala. Sebenarnya satu Malaysia suka kari; Cina, India, Melayu, Serani dan etnik yang lain. Jangan terkejut ada yang makan kari setiap hari! Tak ada kari, mood tak mari.
Maka tak pelik jika restoran mamak sentiasa dipenuhi pelanggan sekurang-kurangnya menjamu makan roti canai dengan kari kosong.
Terbukti bukan sahaja diminati ramai, namun kari juga menyatukan cita rasa satu Malaysia dalam masakan. Kari juga mampu menjadi pengikat kasih suami isteri, pengikat ukhuwwah sahabat dan jiran tetangga. Kesimpulannya, kari ada magis tersendiri. Ikuti perkongsian menarik Puan Azatul Izan dari Bestari Food Malaysia dan Chef Sue M. Arukin tentang rempah hebat ini.
#sembangwanita
#mingguanwanita