Cara Handle Suami Miang
Tak dapat tidak kadangkala suami terlebih hormon miang. Gatal lain macam sampai isteri pun naik geram. Mungkin bagi suami, ini hanyalah hal kecil. Namun bagi isteri hal kecil ini boleh mendatangkan masalah besar jika tidak dikawal. Isteri bimbang jika suami terus menggatal dengan perempuan lain, walaupun perempuan itu adalah makcik jual nasi lemak, jika tidak dibendung akan melarat. Seperti ulat naik daun. Rumahtangga boleh porak peranda kerana sikap miang suami dan ‘umpan’ pula mengena. Memang boleh bikin hati panas. Kita dengar kupasan pendakwah terkenal tanah air, saudara Syamsul Debat. #sembangwanita #mingguanwanita