Anak Speech Delay, Mak Malu Nak Ngaku
Malu dan rasa rendah diri menebal miliki anak ada masalah lambat bertutur. Anak anugerah agung, lahir tanpa sebarang cacat cela dan sihat sahaja. Namun tak disangka, anak yang ditatang lambat pula lincah nak berkata-kata. Ingatkan jenis malas nak bercakap rupanya alami masalah lambat bercakap atau speech delay. Rasa macam susah nak terima hakikat ini, namun ibu ayah perlu terima kenyataan dan lakukan sesuatu agar anak boleh dilatih bercakap seperti ana-anak normal lain. Ada mak ayah yang malu nak mengaku situasi anak, rasa rendah diri dengan kekurangan pada anak. Jangan pentingkan diri. Sampai bila nak simpan sahaja tanpa ada usaha? Ikuti kupasan daripada pakar untuk menyedarkan ibu ayah apa patut mereka lakukan bagi atasi masalah ini.