No video available
Anak Ramai: Sengaja Cari Penyakit | Sembang Wanita EP 29
Zaman dahulu mengapa orang berbangga memiliki keluarga besar? Anak-anak ramai keliling pinggang. Jika nak kata hidup senang, tidak juga malah keadaan masa dahulu tidak semewah sekarang.
Berbeza zaman sekarang, jarang kita dapat lihat sepasang suami isteri dikurniakan anak ramai. Dikurniakan tiga orang anak pun sudah dianggap ramai. Pasangan yang dikurniakan dengan lima orang anak pun sudah cukup menggagumkan
Dalam kehidupan penuh cabaran sekarang dengan kedua-dua pasangan bekerja, sibuk dan kos hidup tinggi, menjadi antara alasan popular untuk tidak memiliki ramai anak. Seorang atau dua orang anak sudah memadai ketika ini. Ramai beranggapan, memiliki anak ramai seakan mencari penyakit. Banyak komitmen diperlukan jika dikurniakan ramai anak.
Kita dengar pengalaman puan Wan Nurul Melissa, ibu 10 orang anak. Tentu banyak perkongsian menarik, lucu dan sedih.
#sembangwanita
#mingguanwanita