No video available
Aku Malu Taraf Hidup Aku Turun | Sembang Wanita EP 27
AKU MALU TARAF HIDUP TURUN Pandemik ini benar-benar menguji kita semua. Tiada yang terkecuali. Jika dahulu hidup selesa, mewah dan wang bukan lah masalah, kini ia berubah sekelip mata setelah C19 mengganas. Ramai yang terjejas pendapatan sehingga menyebabkan status dan taraf hidup turun. Jika dahulu T20 mungkin kini sudah menjadi M40 dan begitulah seterusnya. Dalam situasi ini sudah tentu ia satu tekanan yang sangat dahsyat. Perlu ada kekuatan dalaman yang boleh menaikkan semangat untuk mengorak langkah. Panel jemputan iaitu Muhammad Saffuan Abdullah, Pengarah Urusan, Akademi Latihan & Perundingan PEKA akan mengupas dan menunjukkan alternatif bagaimana kita yang mengalami nasib ini terus bangkit. #mingguanwanita #sembangwanita