Aku & Kanser, Allah Uji Tanda Sayang
Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara sepanjang Oktober. Setiap insan pasti diuji dalam hidupnya. Berat atau ringan bergantung kepada ketentuan Allah. Tatkala diuji. Ada yang reda dan seballiknya. Namun seperkara harus diingat, Allah menguji kita kerana Dia sayangkan kita. Dia mahu kita sentiasa ingat dan meminta pertolonganNya sahaja. Allah suka akan hambaNya yang berdoa kepadanya. Merintih dan merayu tanpa putus asa. Lumrah,dalam keadaan senang kita berdoa dan dalam keadaan dihimpit kesusahan hidup tentunya lagi berganda kita mendekati diri kepadaNya. Kita ikuti suka duka ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek yang juga merupakan survivor kanser Limfoma tahap 4 dan ingin menitipkan nasihat untuk mereka yang diduga ujian berat khasnya buat para pesakit kanser payudara. #sembangwanita #mingguanwanita