(VIDEO) Ustaz Pesan, Carilah Isteri Rajin Masak Bukan Pandai Masak, Ada Bezanya!

Share

Perkara pertama yang mak-mak fikir bila anaknya kahwin adalah rajin masak. Bimbang takut anak lelakinya tak dapat makan. Hanya pandai beli kat kedai saja.

Namun, dengan keadaan sekarang ini dah tentulah bukan rajin masak tapi pandai masak. Ada beza tu antara rajin dan pandai. Tambahan pula bila isteri turut bekerja. Keluar pagi balik malam, kadang-kadang tak sempat untuk memasak.

Tak kisahlah rajin masak atau pandai masak sekalipun, kenalah terima cara isteri itu. Perkara ini boleh dipupuk. Tak kurang juga yang kena kecam, kononnya bayar mas kahwin mahal tapi tak reti memasak.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: MEMASAK Untuk Suami Dikira Ihsan, Sedekah, Inilah Hak Isteri Yang TERLEPAS PANDANG!

Isteri Tak Pandai Masak, Suami Jangan Kondem! Hargailah Susah-Payah Pasangan Memasak

Info Lebih Menarik DI SINI

Pandai Masak, Rajin Masak Kena Tahu Beza

Walau bagaimanapun, dalam perkongsian video tiktok oleh usop 5897 ini tentang jenis isteri masak.

Video dari Ustaz Azhar Idrus tentang perbezaan ciri isteri masak.

1. Pandai masak
2. Rajin masak
3. Malas masak
4. Rajin makan

Malah, apa yang dikatakan, nak cari isteri, carilah yang rajin masak bukannya yang pandai masak.

Apa bezanya ialah:

Isteri yang rajin seperti nenek dan mak-mak kita dulu. Seawal pagi menyiapkan makanan untuk suami dan anak-anak. Hidangan untuk pagi lain, tengahari hidangan lain, minum petang dan makan malam.

Berbanding dengan isteri pandai masak, dia hanya tulis atau save resepi saja. Lebih-lebih lagi, sekarang ini, order makan melalui telefon saja.
ulu, bangun awal pagi masak, lauk pagi, makan pagi, makan tengahari

Bini sekarang pandai masak. Selalu ada resipi masakan tapi tak buat.

Terimalah Sajalah

Untungnya kalau suami dapat isteri yang rajin atau malas sekalipun. Terimalah. Itulah pilihan kita.

Sumber: @usop5897 (tiktok)

Info:

1. Suami kena sokong isteri, bukan asyik komen saja.

Jika isteri tidak pandai memasak, jangan marah atau pun herdik dia tetapi hantarlah dia ke kelas memasak. Jika, setiap hari berlatih dan belajar, nanti pandailah isteri. Suami juga boleh belikan buku masakan untuk dibaca dan dicuba oleh isteri.

2. Suami kena tolong isteri di dapur

Ini penting, takkan la anda ingin biarkan isteri bersendirian menyediakan juadah untuk anda. Isteri yang bekerjaya mungkin tiada masa untuk memasak jadi, si suami perlulah membantu isteri di dapur. Fikirkan menu apa yang ingin dimasak. Bukan apa, secara tak langsung, dapat eratkan hubungan suami isteri.

3. Rajin sediakan bahan-bahan untuk isteri masak

Jika suami tahu resipi masakan yang isteri ingin masak, mungkin boleh sediakan bahan-bahan penyediaannya. Mungkin suami boleh sediakan bahan-bahan basah dan kering jadi mudah untuk isteri menumisnya sahaja. Apabila anda rajin, perkara yang susah akan mudah.

4. Tonton rancangan memasak bersama-sama

Suami jangan hanya asyik tengok cerita sukan sepanjang hari, luangkan sedikit waktu menonton rancangan memasak bersama isteri. Sekarang di TV, banyak saluran khas untuk program masakan yang disediakan, malah, program tersebut langsung tidak bosan.

5. Mulakan menu yang mudah

Pelik untuk tidak tahu masak, apatah lagi masak sardin. Bagi yang tidak pandai memasak, dicadangkan untuk memasak masakan yang mudah dan ringkas terlebih dahulu. Mungkin, anda boleh cuba goreng ayam, rebus telur, masak nasi, tumis sayur dan pelbagai lagi yang ringkas.

Mingguan Wanita : Tak pandi masak tak apa. Insya Allah, bila dah ada suami dan anak-anak, automatik pandai dan rajin ye.

@usop5897ISTERI MALAS MASAK♬ bunyi asal – usop5897

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora