Kejadian luar biasa ular dalam telinga wanita, cubaan doktor keluarkan buat ramai gerun. Rasa seperti tidak masuk akal tapi semuanya boleh terjadi. Dan pastinya ianya menggemparkan kerana hal yang terjadi sangat luar biasa di mana seekor ular kecil telah memasuki telinga dalam satu kejadian di New Delhi.
Sebuah rakaman video menjadi tular di media sosial apabila memaparkan seorang doktor cuba mengeluarkan seekor ular dari dalam telinga seorang wanita, lapor laman berita Economic Times semalam.
Menerusi video tersebut, ular kecil itu kelihatan berwarna kuning dan tidak menunjukkan tanda-tanda mahu keluar dengan rela.
Seorang doktor memakai sarung tangan, dilihat menggunakan klip beli untuk cuba menarik ular itu dari telinga pesakit.
Lokasi atau masa kejadian tidak didedahkan dalam video tersebut.
Ads
Video itu juga menunjukkan beberapa percubaan oleh doktor, manakala setiap teknik yang digunakan, gagal mengeluarkan ular dari dalam telinga pesakit wanita.
Video tersebut menarik banyak tontonan di media sosial tetapi berakhir tanpa mendedahkan sama ada ular itu berjaya dikeluarkan atau tidak.
Seorang pengguna Facebook bernama Chandan Singh menyiarkan video tersebut. Kapsyennya berbunyi, “Ular itu masuk ke dalam telinga”.
Video itu meraih lebih 87,000 tontonan dan mengumpul kira-kira 100 tanda suka.- Agensi / kosmo
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap hari lambakan kes bayi dibuang merata-rata dengan cara yang cukup menyayat hati.Ada yang dibuang di tong sampah, dibunuh kejam dalam lubang tandas, ditinggalkan dalam semak digigit semut dan binatang liar.
Dilahirkan berpunca akibat terlanjur berzina, mangsa rogol dan sebagainya. Kebanyakan mangsa mungkin takut, malu, buntu atau tidak tahu tempat untuk dituju ‘membuang’ bayi dengan selamat. Menerusi tempat perlindungan ‘baby hatch’, bayi-bayi ini dapat diselamatkan sekaligus memberi kehidupan lebih baik buat mereka.
1. Boleh bawa bayi tersebut ke Pusat Kebajikan ORPHANCARE yang ada di Petaling Jaya, Johor Bahru dan Sungai Petani.
2. Tak perlu jumpa sesiapa, luar garaj rumah ada ‘baby hatch’.
3. Masukkan bayi, PENTING isi nama dan warganegara bayi pada borang yang disediakan.
4. Identiti maklumat dirahsiakan dan bayi selamat.
5. Bayi akan dijaga dan diambil sebagai anak angkat bagi pasangan yang memerlukan.
Senarai ‘baby hatch’ di Malaysia
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Perlu ingat, baby hatch ini bukanlah menggalakkan penzinaan. Sebaliknya ia membantu bayi yang tidak berdosa ‘dibuang’ dengan selamat berbanding dibuang merata-rata dengan cukup menyayat hati. Bayi tersebut dapat diselamatkan, diberikan kehidupan kerana ramai pasangan suami isteri yang tiada anak memerlukan mereka.
Sila kongsikan maklumat ini, semoga perkongsian ini dapat membantu mereka yang memerlukan, sekaligus menyelamatkan nyawa bayi yang tidak berdosa!
Bagi pencinta binatang, apa sahaja sanggup dilakukan demi haiwan kesayangan. Termasuklah sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk membela binatang-binatang ini.
Upah Jaga Buaya
Pelakon dan pelawak Indonesia, Denny Cagur bersedia membelanjakan 5 juta rupiah (RM1,429.72) sebagai upah menjaga buaya peliharaannya namun tiada siapa yang sanggup mengendalikan reptilia itu, lapor portal berita Tempo, semalam.
Lelaki berusia 43 tahun itu turut memelihara 30 ekor kura-kura, lapan kucing, tujuh ular, ikan dan burung di samping mempunyai empat pekerja untuk menguruskan haiwan kesayangannya.
“Saya ada haiwan peliharaan baharu. Kalau ada mahu menjaganya, saya akan beri gaji istimewa tambahan daripada gaji bulanan yang biasa diberikan,” katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik isterinya di laman YouTube.
Tambahan Gaji
Pekerja yang pada mulanya teruja mendengar tambahan gaji berjumlah 5 juta rupiah itu menjerit ketakutan sehingga ada yang melompat ke atas sofa apabila Denny mengeluarkan buaya tembaga itu daripada kurungan.
Mereka turut memberi pelbagai alasan untuk tidak ditugaskan menjaga haiwan itu.
Bagaimanapun, selepas dileteri isterinya yang bimbang dengan keselamatan mereka sekeluarga, Denny memberitahu, dia tidak mahu memelihara haiwan itu dan hanya menyewanya untuk mengusik pekerja.
Beberapa gambar yang dikongsi di laman Instagram menunjukkan buaya tembaga berusia lapan tahun itu hampir mencapai ketinggian Denny namun dia kelihatan tidak kekok mendukung dan membelai haiwan itu biarpun baru pertama kali memegangnya.
MW: Aduhai macam-macam ragam. Kalau dah sayang tu, memang sanggup keluarkan belanja besar. Namun walaupun sukakan haiwan eksotik dan bela di rumah pastikan lebih berhati-hati dengan keselamatan diri iya.
Aliah Qistina jadi mangsa serakah bapa tiri, jelik ibu sanggup bersekongkol dengan suami.Tindakan seorang remaja yang melarikan diri dari rumah pada 18 Mac lalu, membongkar satu sesi jelik.
Ibunya merayu meminta anak gadisnya itu pulang dan memaklumkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa anaknya itu merajuk kerana ditegur bermain telefon bimbit. Bahkan mendakwa anaknya itu melarikan diri ketika penghuni rumah sedang tidur.
Aliah Qistina Jadi Mangsa Serakah Bapa Tiri
Dalam perkongsiannya, Noor Fatimahzatul Zahrah merayu agar anaknya itu kembali ke pangkuan keluarga kerana laporan polis telah dibuat.
Ibu berusia 40 tahun ini berkata, anaknya belajar di tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Iskandar Shah masih belum ditemui selepas pelbagai usaha dibuat untuk mencarinya.
Dan jelas netizen bertindak mengecam remaja ini tanpa mengetahui sebab dirinya melarikan dirinya termasuk membuat spekulasi dia mengikut kekasih.
Jelik Ibu Sanggup Sekongkol Dengan Suami
Terkini, selepas Aliah Qistina dijumpai di Kampar, Perak di rumah kenalan lelakinya, ia membongkar satu sisi lain bahawa dirinya menjadi mangsa nafsu serakah bapa tirinya sejak 2020 lagi. Lebih menjelikkan peristiwa ini didakwa diketahui oleh ibunya sendiri.
Dilaporkan bapa tiri dan ibu kandung Aliah telah ditahan di Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA 2) sekembalinya dari Sabah. Bapa tirinya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan didakwa atas pertuduhan merogol sementara ibu ini ditahan atas tuduhan subahat berdasarkan laporan dibuat oleh gadis ini pada 6 April jam 4.59 petang.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376B dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan iaitu melakukan sumbang mahram dan menyubahati perbuatan itu.
Lelaki ini turut berusaha mencari anak tirinya sedangkan hakikatnya…
Sangat menyedihkan ibu sepatutnya menjadi anak berlindung dan menagih kasih diperlakukan begini. Hanya dirinya mengetahui apa niatnya merayu anaknya pulang ke rumah.
Norazian pilu suami terkorban nahas FRU, kehilangan orang tersayang bukanlah satu fasa yang mudah untuk diterima, lebih-lebih lagi suami tercinta.Pagi tadi negara dikejutkan dengan...