Ada tip mudah dan tak keluarkan kos pun jika gunting yang dah tumpul nak kembali tajam semula. Hanya guna botol kaca yang ada dekat rumah tu. Tak perlu guna alat pengasah atau cara lain. Ikut trik ni mesti gunting jadi tajam semula. Bukan apa payah nak buat kerja dapur bila guna gunting tumpul ni.Kerja jadi lambat.
Boleh ikut tip mudah seperti yang dikongsikan olehUme Azharini.
Bahan Diperlukan:
Gunting
Botol kaca (contohnya botol kicap)
Cara Membuat:
1. Asah gunting pada botol kaca tersebut selama 1 hingga 2 minit. Siap!
Mingguan Wanita:Ada gunting tumpul dekat rumah tu, boleh cuba tip yang dikongsikan ni. Memang mudah dan menjadi! Asah dengan botol kaca je, gunting kembali tajam.
Heliza Helmi, penyanyi kecil molek yang terkenal dengan kepetahan dirinya dalam memberi motivasi dan ceramah. Ya, kali ini saya cukup teruja untuk berkongsi cerita tentang semangatnya dalam membuat amal dalam bisnesnya.
Bisnes Heliza Helmi Niatnya Membantu
Semalam sewaktu bertemu dengan penyanyi yang lahir dari program realiti TV Akademi Fantasia itu di majlis pelancaran koleksi eksklusif pertama tudung Stella Collection di bawah jenamanya sendiri, HelizaGuzelHive, Heliza menyatakan koleksi tudung yang menepati piawaian syariah ini dihasilkan menerusi kolaborasi bersama Guzelhive International semenjak lebih setahun yang lalu.
Tidak sekadar bermotifkan keuntungan perniagaan, sebahagian daripada hasil jualan setiap koleksi ini akan disalurkan ke Tabung Myheart. Kerjasama antara Yayasan My Prihatin dan Institut Jantung Negara Foundation (IJN) ini ialah bagi membantu kanak-kanak pesakit jantung kronik daripada keluarga kurang berkemampuan.
Heliza juga mengharapkan orang ramai terbuka dengan konsep membeli sambil menyumbang ini. Malah secara jujur dia mengharapkan agar usaha dapat dilakukan secara berterusan dan dalam skala yang lebih besar lagi agar bukan hanya untuk pesakit jantung sahaja tetapi kalau boleh untuk pesakit dari kategori lain juga. Malah dia juga berusaha untuk membantu meringankan beban orang lain.
Selain itu Heliza yang terkenal dengan kerja-kerja amal dan misi kemanusiaan ini juga membuatkan saya cukup respek dengan dirinya. Malah perkongsian jihad dirinya menyertai misi kemanusiaan. Pengalaman berharga tatkala dapat membantu pelarian Rohingya di beberapa kem pelarian dan kampung di Cox’s Bazaar, Bangladesh membuatkan dirinya bersyukur atas ruang dan peluang membantu mereka yang kurang berdaya. Malah Heliza juga menyatakan pelarian ini berdepan pelbagai isu kesihatan, kekurangan bekalan makanan dan kehilangan tempat perlindungan serta kemudahan awam.
Heliza juga pernah menyertai beberapa misi kemanusiaan di Syria dan Palestine, misi pembinaan masjid di Sepanyol dan misi bantuan banjir di Pulau Pinang baru-baru ini.
“Kunjungan ke Syria cukup menginsafkan hidup mereka berdepan dengan risiko tembakan dan bedilan bom bertalu-talu tanpa henti. Itulah senario yang tidak dapat digambarkan yang menjadi kehidupan biasa masyarakat di sana. Namun, mereka sungguh tabah, menganggap semua itu sebagai ujian Allah yang perlu dihadapi dengan sabar.
“Saya turut berkongsi pengalaman getir semasa keluar secara tergesa-gesa dari sebuah kawasan yang dikhabarkan akan di bom dalam tempoh yang agak singkat semasa kunjungan ke Syria.
“Kawasan tersebut dinamakan Kafa Zeta dan ketika melawat untuk memberi bantuan penduduk di sana, secara tiba-tiba dikhabarkan kawasan itu bakal dimusnahkan dengan bedilan bom.
Keadaan ketika itu sungguh cemas kerana kami perlu keluar dari kawasan tersebut dengan pantas untuk menyelamatkan diri. Ibaratnya bila berada di sana nyawa dihujung tanduk. Tapi itu semua bukan penghalang untuk saya meneruskan aktiviti sosial ini. Malah setiap kali ke sana saya tidak kisah jika mati syahid, ” ujar Heliza yang akan menulis surat wasiat kepada keluarganya sebelum berangkat menjalankan misi kemanusian ke negara bergolak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Spray gun, satu lagi peralatan yang menjadi sebutan dan di cari oleh semua orang. Dikatakan dapat membantu nyah infeksi covid-19 terutamanya bila berada di rumah.
Kalau biasa kita menggunakan tisu basah atau spray kecil, kini ada lagi canggih untuk orang ramai praktik dan gunakan iaitu spray gun.
Namun, sejauh manakah keberkesanannya? Memanglah ia membantu untuk mencegah covid-19, tapi dari segi keselamatan diri, ia belum tentu terutamanya bila digunakan di rumah.
Keadaan ini turut dikongsi oleh Dr Izzar Anwari yang juga tidak berapa menggalakkan untuk kita menggunakan sray gun terutamanya di rumah. Ada risiko keselamatan yang mak ayah perlu tahu bila guna ini.
Sekarang ini, banyak jualan pada produk spray gun untuk nyah-infeksi (disinfection) permukaan-permukaan di rumah. Di pasaran ada banyak jenis alat spray ini bergantung pada harganya juga.
Antara electrostatic sprayer, fogger, misters, atau vaporizer. Alat ini berfungsi dengan menukar cecair chemical disinfection itu ke bentuk aerosol, lalu ia juga akan berada lama di ruang udara terutamanya jika kawasan tu ventilasi tidak bagus. Chemical dalam bentuk aerosol ni boleh memudaratkan kulit, mata atau pernafasan kita.
Penggunaan produk ini tidak dihalang untuk digunakan, digalakkan atau tidak digalakkan unntuk peralatan nyah infeksi covid-19. Namun, apa yang boleh dikatakan jika ia digunakan hendaklah sangat berhati-hati.
Jika Electrostatic Sprayer atau Fogger digunakan :
1. Perlu digunakan oleh orang yang terlatih 2. Menggunakan chemical disinfection yang approved 3. Mengikut arahan pengeluar (keselamatan, penggunaan, contact time) 4. Memakai PPE yang cukup untuk melindungi keselamatan operator, orang sekeliling, dan pengguna bilik lepas tu. 5. Guna dengan EXTREME CAUTION jika di kawasan penyediaan makanan atau tempat anak2 main.
Kena tahu dan fahami risiko : 1. Pendedahan kepada disinfectant chemical dalam bentuk aerosol boleh memudaratkan kulit, mata, dan pernafasan 2. Risiko mudarat adalah lebih besar jika digunakan di kawasan penyediaan makanan, atau tempat anak2 bermain. 3. Setiap alat berbeza mempunyai cara penggunaan dan risiko keselamatan berbeza. Biar orang terlatih yang buat. Saya pun tak reti.
Dalam kebanyakan keadaan, mencuci permukaan dengan sabun atau detergen SUDAH CUKUP untuk mengurangkan C-19. Lepas tu kalau nak lebih sikit, disinfect la dengan kaedah biasa seperti lap dengan cecair, wipes, atau disinfectant spray bottles. Dah memadai tu. Memangla tak canggih atau cool macam spray gun tu, tapi lagi selamat penggunaannya..
Jadi, bagi saya untuk PENGGUNAAN DI RUMAH, TAK PERLU SPRAY GUN. Kalau nak guna lecehla bagi saya. Risiko pun tinggi kalau guna dengan cara salah #drizzarshares
Mingguan Wanita : Betul tu, jangan ikut kecanggihan peralatan itu, tapi kena tahu caranya. Bimbang, salah cara memudaratkan keluarga pula. Baik kita guna yang dah biasa, tentu-tentu selamat.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Ketam antara makanan lauk yang disukai ramai. Sedap masak lemak cili padi, goreng cili, kari dan sebagainya. Dengan harganya yang agak mahal, sangatlah rugi jika mak-mak tak pandai pilih ketam yang segar, banyak isi dan telur.
Puan Siti Aminah Yousoffada kongsikan tips memilih ketam agar puas hati bila beli.Ia dipelajari berdasarkan pengalaman ayahnya yang merupakan seorang nelayan.
Berikut perkongsian daripada wanita ini sebagai panduan;
“Ok harini saya nak bagi tips untuk pilih ketam yang isinya padu dan penuh dengan telur.Mungkin ramai yang dah tau, tapi harini saya nak share pada yang belum tau.”
1.Semasa memilih ketam, pastikan ketam yang kita pilih tu berat, kecik tak pe yang penting berat.
2.Gambar nie saya pinjam, sebab saya nak bagitau perbezaan diantara ketam jantan dan betina. Ketam jantan bentuk 3 seginya kecik, ketam betina 3 seginya besar. Jadi kalu nak isi padu dan banyak telur, pilih ketam betina. Ketam betina isi lebih manis dan sedap.
3.Lihat tempat bertanda tu, pastikan tempat tu berwarna kuning atau keorenan.Maksudnya dalam tu memang ada telur dan isi memang padu.
4.Saya beli 4 ekor ketam tadi.Nampak tak telur ketam tu. Memang tak mengecewakan. Tak sabar nak masak untuk berbuka nanti.
5.Setelah dicuci dan dibersihkan.Ni la hasil nya.Alhamdulillah isi padu dan telur memang banyak.
6.Ini la hasilnya, ke 4 ketam yang saya pilih memang padu isi nya. Kalau rasa tips saya berguna, boleh la try nanti.Alhamdulillah.#SayaAnakNelayan
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
MW: Jadi buat mak-mak yang suka makan ketam dan selama ini tak tau macam mana nak pilih ketam yang banyak telur serta isinya padu, boleh lah jadikan tips ini sebagai panduan.Memang puas hati bila beli ketam macam ni.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...