Kekeluargaan

Video Pak Mat Western Parodi Versi Tamil Dipuji, Ramai Mengalir Air Mata Isteri Didera Mentua & Suami

Share

Video Pak Mat Western parodi versi Tamil dipuji, ramai mengalir air mata  isteri didera mentua dan suami. Idea luar biasa dari kebiasaan. Jika sebelum ini produk kambing perap Pak Mat Western sering menampilkan pelakon-pelakon terkenal tanahair khususnya pasangan suami isteri tetapi kali ini mereka menampilkan pelakon wajah “awam” untuk mempromosikan kambing perap mereka.

Namun apa yang menariknya, ia dibuat dalam versi Tamil di mana mengisahkan seorang isteri didera emosi dan fizikalnya oleh suami dan mentua. Sinonim mentua kepochi dan suami yang hanya mengikut cakap emaknya (drama-drama Melayu juga cliché tentang hal sama).

Video Pak Mat Western Parodi Versi Tamil Dipuji

Tak sah tanpa tumbuk dan tendang berbunyi, nampaknya video yang sudah ditonton lebih sejuta orang ini juga memasukkan elemen Tamil yang sangat disukai ramai.

Lebih menarik, dalam mempromosikan kambing perap keluaran mereka,  kesemua pelakon terdiri dari orang Melayu dan bukan berbangsa India. Paling best  kesemuanya berjaya menghafal skrip  Tamil dengan sangat lancar dan sebutan juga betul.

Ramai Mengalir Air Mata Isteri Didera Mentua & Suami

Lakonan isteri didera mentua dan suami nampak real hingga ramai menjuraikan air mata tetapi part paling best tentunya bila hero datang iaitu abang kepada isteri didera. Berdasarkan komen orang ramai, mereka benar-benar bersedih dan masa yang sama tak mampu menahan ketawa melihat pelakon dalam video ini.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Jual Cerita Kematian Anak, Wanita Nama “Sahara” Dikesan Scam Kutip Duit Raih Simpati

Jual ‘Content’ Video Diri Tersekat Di Pintu, Dalam Kereta Dapat RM8,496 Sebulan!

Selamba Jual Buah Pinggang Isteri Tanpa Pengetahuan, Suami Kahwin Wanita Lain!

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Suka Dengar Nasihat Mak Jenny Ni! Jangan Lupa Solat & Buat & Buat Baiklah Dengan Mak Ayah

Allahu suka dengar nasihat Mak Jenny! Memang sangat bermakna buat anak-anak di luar sana. Jangan lupa solat dan ingatlah berbuat baiklah pada ibu bapa insyaAllah hidup akan diberkati Allah SWT.

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros