Lembu mati tercekik sebelum korban, ustaz kongsi pentingnya belajar ilmu penyembelihan haiwan. Viral di media sosial, lembu korban diikat terlalu kuat lehernya hingga terkulai. Lebih menyedihkan, di saat leher lembu terikat ketat dan terkulai, tukang sembelih dan tukang menumbangkan lembu masih beranggapan lembu tersebut masih hidup dan siap membacakan nama individu yang memasuki korban tersebut.
Hal ini menerima ulasan dari pendakwah, Dato Syeikh Ahmad Faisol Haji Omar yang juga pegawai agama di pejabat agama Kota Setar selain merupakan penulis buku agama mengenai pentingnya belajar ilmu sebelum melakukan kerja ibadah ini.
Menurut pendakwah ini, melihat kepada video yang viral, lembu tersebut sudah mati sebelum sempat dikorbankan namun ia tetap disembelih.
“Sebenarnya binatang ini, sebelum kita nak sembelih dia, kita kena pastikan dia hidup. Hidup ini ada dua. Yang pertama dipanggil Hayah Mustaqirah. Hayah Mustaqirah ini bermaksud binatang itu ada kehidupan yang tetap.
“Kalau kita sembelih dia, dia mati dengan sebab disembelih, bukan dengan sebab yang lain. Tanda-tanda hayah mustaqirah itu antaranya binatang itu bila disembelih dia akan menggelupur. Atau pun keluar darah yang memancut. Atau pun dia mengeluarkan suara yang kuat.
“Tanda pernafasannya sudah terputus. Atau ekor dia menggodek. Itu antara tanda-tanda hayah mustaqirah. Tak semestinya semua tanda itu mesti ada pada binatang yang disembelih. Ada salah satu pun sudah memadai. Maka sahlah binatang sembelihan itu selepas diputuskan halkum dan mari”nya.
“Satu lagi, binatang itu hidup juga tapi dia panggil Hayah Mazbuhah. Hayah mazbuhah ini hakikatnya binatang itu dia menanti saat nak mati saja. Jadi binatang yang ada tanda hayah mazbuhah kalau disembelih, tak sah sembelihan itu. Kalau dimakan jadi bangkai.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Aidiladha Paling Meriah, Fizz Fairuz Korban 7 Lembu, NAZAR Mahu 7 Cahaya Mata!
Fikry Rela Korban Perkahwinan Demi Menjaga Ibu
“Hayah mazbuhah ini, pastinya dia tak ada tanda-tanda macam mana hayah mustaqirah tadi. Semasa disembelih dia tak menggelupur, dia tidak memancutkan darah, dia tidak mengeluarkan bunyi, ekornya tidak menggodek. Cuma dia masih ada hiduplah, hayah mazbuhah ini dia tunggu saat nak mati. Ertinya dia mati bukan sebab disembelih. Dia mati dengan sebab lain.
“Contohnya binatang itu memang sakit, menunggu saat untuk mati saja. Itu hayah mazbuhah. Jadi kalau ada binatang ada hayah mazbuhah, jangan sembelih. Biar dia mati begitu. Yang hayah mustaqirah baru boleh sembelih. Termasuk hayah mustaqirah ini ialah lembu yang dilanggar kenderaan. Kita boleh cepat-cepat sembelih. Masa sembelih tu keluar darah memancut, dia menggelupur dan sebagainya, ha itu tak apa, sah dimakan,”katanya memberi penjelasan.
@datosyeikhfaisol_omar Viral Sembelih Lembu Korban Yang Telah Mati. Ulasan daripada Dato’ Syeikh Faisol Hj Omar #korban #ibadahkorban #SyeikhAhmadFaisol #DatoSyeikhFaisolHjOmar #SyeikhFaisol #SyeikhFaisolHjOmar ♬ original sound – Dato’ Syeikh Faisol Hj Omar
Dalam pada itu, jelas pendakwah ini lagi, berbalik kepada video yang viral berkenaan, binatang itu hakikatnya telah mati.
“Saya tengok dia dah mati. Kalau tak mati pun, hayah mazbuhah saja maka sembelihan itu sebenarnya tak sah. Di antara sebab kematian itu, saya lihat dalam video tu lehernya telah terjerut kuat dengan tali.
“Maka saya berkongsi untuk memberi ingatan kepada orang-orang yang buat korban di masa akan datang, orang yang terlibat dengan penyembelihan itu, semasa kita nak merebahkan binatang, kita nak ikat binatang pastikan binatang tak tercekik teruk hingga mati.
“Kesian pada orang yang buat korban itu, rugi duit yang banyak tak jadi korban sebab sembelihan itu tidak sah. Kepada orang yang lihat video itu, kalau nak belajar sembelih dan seumpamanya, tengoklah keadah sembelihan yang sepatutnya mengikut hukum syarak. Dan orang yang nak menumbangkan lembu pun, tumbangkan lembu dengan keadah yang terbaik supaya tak menyeksa binatang.
Dalam pada itu, seorang individu berkongsi kisah mengenai lembu yang terjerut kuat itu merupakan lembu dibeli oleh keluarga mentuanya.
Menurut @zyn, disebabkan lembu itu telah mati sebelum disembelih, maka keluarga mentuanya terpaksa membeli seekor lembu lain untuk ibadah korban ini.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Suami isteri tinggal satu rumah selepas bercerai? Boleh atau tidak? Min pun jadi tertanya-tanya selepas tengok drama viral yang terbaru. Rupanya, macam tu ya jawapannya.