Kanak-kanak ditinggalkan keseorangan dalam kereta hampir sejam, ditemui orang awam menangis kepucatan. Nampaknya insiden kematian melibatkan kanak-kanak yang dibiarkan keseorangan dalam kenderaan yang dimatikan enjin akibat strok panas masih tidak menjadi pengajaran buat sesetengah ibu bapa.

Jelas undang-undang tertulis, kecuaian individu meninggalkan kanak-kanak dalam kenderaan tanpa pengawasan adalah suatu kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. “Jika disabitkan kesalahan, mereka akan didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya.”

Kanak-Kanak Ditinggalkan Keseorangan Dalam Kereta Hampir Sejam

Satu perkongsian dari orang awam Arif @arifjat di twitternya cukup mengejutkan apabila seorang kanak-kanak lelaki selingkungan usia di bawah 7 tahun ditemui sedang menangis di dalam kenderaan yang dimatikan enjin dan hanya tingkap dibuka sedikit untuk pengudaraan.

Tulisnya, “tengok aku jumpa tadi budak menangis dalam kereta berpeluh sampai pucat. Engine mati pastu tingkap depan je bukak sikit. Giler apa la tinggal anak dalam kereta camni tengah panas.

Ads

 Lebih mengejutkan selepas menunggu hamper 40 minit, ibu bapa kepada kanak-kanak lagi belum muncul sehingga mereka mengambil keputusan untuk memecahkan cermin kenderaan sebelum membawa kanak-kanak ini ke klinik berkenaan.

Ditemui Orang Awam Menangis Kepucatan

” Dekat 40 min aku kat situ takde pon parents dia datang. So aku mintak tolong orang ramai. Latest update budak tu selamat. Kitorang pecahkan cermin and bawak budak tu stay dekat klinik.

Ads

Moga ibu bapa tidak sewenangnya membiarkan anak keseorangan begini dengan alasan pemikiran keluar sekejap. Musibah tidak mengenal sesiapa dan jelas ia satu kecuaian. Ini kerana membiarkan anak bersendirian 15 minit di dalam kenderaan terperangkap mampu memberikan  kecederaan otak atau buah pinggang.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Walau On Aircond, Tingkap Kereta Dibuka, Risiko Keracunan Gas Monoksida Tetap Ada

Ads

“Satu-Satunya Anak Saya, Tiada Gantinya,” Budak 2 Tahun Maut Dalam Kemalangan 5 Kenderaan

Organ Dalaman Anak Hangus Akibat Cuaca Panas, Dr Kongsi Tips Elak Terkena Strok Haba

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Bak kata pepatah “bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi..”. Power juga bila dengar Shila Amzah bercakap menggunakan loghat Sabah untuk sound penyondol dan lelaki tak tahan digoda. Tak caya tengok la video ni.
Credit: twitter
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI