[ Video] Hati abam bomba viral sudah dimiliki, di rumah auto jadi bapak-bapak. Saham anggota Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia meningkat tinggi selepas aksi mereka menayangkan otot sasa ketika perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke 65 yang lalu.
Bahkan cerita mengenai abang-abang bomba ini terus menarik minat ramai gadis untuk mengetahuinya siapa mereka ini.
Satu perkongsian dari @tyqaheykaa aksi suaminya mendukung anak menarik perhatian ramai hingga videonya mencatat jumlah tontonan 3.4 juta sejak dimuat naik sejak semalam. Tambah pula, suaminya antara anggota bomba yang menarik perhatian ramai kerana menayangkan otot bisep mereka.
Jelas tyqahaykaa, di rumah suaminya auto sama seperti bapak-bapak lain yang akan bersama-sama menolong mengasuh anak. Bahkan katanya aksi posing di atas kenderaan bomba itu adalah atas arahan. Di rumah tak ada posing-posing begini,” katanya sambil meletakkan emoji ketawa.
Dalam pada itu dirinya memaklumkan, dirinya suka menonton perarakan melibatkan anggota tentera tapi sebaliknya anggota bomba yang menjadi viral.”Aghh ghisau”, tulisnya sambil ketawa.
Tapi apa yang menariknya, walau menyedari wajah-wajah anggota kacak bomba ini menjadi carian, dirinya masih cool.
Ramai menyifatkan dirinya pemenang kerana tidak terasa hati apabila ramai gadis-gadis membuat carian siapa angggota terlibat perarakan kerana terpesona dengan tubuh sasa anggota keselamatan ini.
Kata mereka, walau ramai crush pada suaminya tapi dirinya tetap cool.
Bahkan dirinya sporting melayan komen sambil membuat jenaka agar tidak bosan.
Ads
Apa pun pekerjaan kita, seorang suami yang baik juga akan sentiasa meringankan beban tugasan rumah seperti dilakukan oleh Rasulullah SAW yang membantu tugasan isteri kesayanga nnya, Saidatina Aisyah.
Dalam hadis yang diriwayatkan daripada al-Aswad RA, beliau bertanya kepada Saidatina Aishah RA: “Apakah yang Nabi SAW lakukan ketika berada bersama keluarganya?” Aishah menjawab: “Rasulullah SAW biasa membantu pekerjaan keluarganya di rumah. Jika tiba waktu solat, beliau berdiri dan segera menuju solat.” (HR Bukhari).
Apa pun, alam rumahtangga banyak ujian tapi paling penting ialah kesetiaan.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selepas bertahun-tahun menanti, wanita ini bertemu cinta sejati pada usia 55 tahun. Inilah dikatakan jodoh dari Allah.
Lambat atau cepat, jika itu yang tertulis maka ia akan berlaku dengan kehendak Allah SWT. Malah usia bukanlah penghalang untuk seseorang bertemu cinta dan memilih untuk bahagia.
Wanita Ini Bertemu Cinta Sejati
Seorang wanita yang baru menemui cinta sejatinya menjadi tular di media sosial selepas memilih untuk mengakhiri zaman bujangnya pada usia 55 tahun, lapor laman berita Suara.com semalam.
Kisah tersebut dikongsikan menerusi akaunTikTok @purpleshina0625.
Dalam video tersebut, kelihatan seorang wanita mengenakan gaun pengantin sambil berjalan memasuki sebuah dewan yang sudah siap dihias cantik.
Cinta Sejati Pada Usia 55 Tahun
“Wanita ini akhirnya menemui cinta sejati pada usia 55 tahun, selepas menanti selama bertahun-tahun untuk bertemu jodoh.
“Majlis pernikahannya berlangsung secara maya kerana suaminya sedang berada di Auckland, New Zealand,” demikian kenyataan yang ditulis pada hantaran tersebut.
Jangan Mengeji Wanita Jodoh Lambat
Pemilik akaun tersebut turut mengingatkan netizen supaya tidak mengeji wanita yang berkahwin pada usia melebihi 30 tahun kerana jodoh, rezeki dan ajal adalah ketentuan Allah.
Video tersebut kemudiannya mendapat pelbagai komen daripada netizen.
“Tolong jangan kahwin kerana umur, nikahlah dengan pasangan terbaik,” komen seorang netizen.
“Bagi yang sering bertanya bila mahu kahwin, bila mahu hamil, percaya saja dengan kuasa Allah,” komen netizen laim. – AGENSI
Mingguan Wanita : Jodoh itu rahsia Allah. Bersyukurlah jika mak-mak dikurniakan jodoh awal. Bagi wanita yang masih belum bertemu jodoh, insyallah pasti ada hikmah pada setiap yang berlaku.
Hidayah itu milik Allah dan Dia beri kepada seseorang itu dengan pelbagai cara. Siapa sangka dalam bulan yang penuh keberkatan ini, malahan dalam 10 hari terakhir Ramadan, seorang pemuda dari Sabah telah memeluk agama Islam. Beruntung, bila dia mengucapkan kalimah itu di hadapan Datuk Seri Dr Zulkifli itu sendiri.
Inilah antara perkongsian daripada Ustaz Dr. Khairuddin at-Takiri.
Beruntungnya seorang insan bernama Jackie Jamior Jepol atau nama Islamnya Afiq Iman.
Di bulan Ramadhan yang mulia ini menjadi saksi seorang lagi insan terpilih melafazkan dua kalimah syahadah.
Berumur 27 tahun dan berasal dari Penampang, Sabah, beliau melafazkan syahadah di hadapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di pejabat beliau di Putrajaya sebentar tadi.
Turut sama hadir, wakil dari Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) dan JAWI. Bapa saudara Afiq Iman berjumpa dengan SUSK YB Menteri Dr. Khairuddin, Ust Radhi dan berpeluang berjumpa Dr. Zulkifli dan mengucap dua kalimah syahadah.
Dr. Zulkifli turut berpesan kepada Afiq Iman dan menerangkan kepadanya tentang Islam dan keindahannya serta dijelaskan bahawa Islam tidak sama sekali menghina agama lain.
MW: Moga Afiq Iman dipermudahkan dan menjadi seorang muslim yang sejati.
Sumber: Ust Dr. Khairuddin at-Takiri
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Adakalanya kesilapan yang dilakukan oleh anak, mak ayah juga akan terpalit sama dihukum tanpa bicara. Dikatakan gagal dalam mendidik dan membesarkan anak.
Susulan kontroversi video tersebar yang melibatkan peserta dewi remaja baru-baru ini, Pihak Nu ideaktiv selaku penganjur Pertandingan Pencarian Dewi Remaja telah sebulat suara menarik semula gelaran juara Dewi Remaja 2018/2019 yang pernah dinobatkan kepada Haneesya Hanee, 18. Sekaligus membatalkan wang tunai berjumlah RM10,000 beserta trofi yang telah dimenangi sebelum ini.
Manakala dua peserta Dewi Top 12 lain yang terlibat dalam video kontroversi ini, Ernisha,23 dan Faz,20 juga secara rasminya tidak layak dan tidak boleh menggunakan jenama Dewi Remaja. Keputusan tersebut diambil kerana mereka telah melanggar peraturan yang digariskan oleh Dewi Remaja.
Tiada Pemenang Juara Dewi Remaja 2018/2019
Selain itu, setelah penarikan gelaran juara tersebut, TIADA pemenang lain Juara Dewi Remaja 2018/2019 untuk edisi kali ini. Tia Sarah kekal menyandang tempat kedua, Sherin di tempat ketiga, diikuti Anna Jobling tempat keempat dan Rania tempat kelima.
“Walaupun menarik balik gelaran tersebut (Dewi Remaja 2018/2019) tetapi Tia Sarah masih kekal di tempat kedua, Sherin Amiri di tempat ketiga. Sementara Aween Ismail sebagai Dewi Inspirasi dan Arena Iman pula Dewi Favorite.”
Perkara ini diumumkan didalam sidang media oleh Editor Majalah Remaja, Faiz Aiman sebentar tadi. Sekaligus menjawab teka teki dan persoalan ramai pihak.
Mohon Jangan Salahkan Ibu
Sementara itu, Haneesya Hanee yang turut hadir dalam sidang media yang diadakan memohon maaf pada para penyokongnya serta meminta diberikan ruang untuk berubah menjadi lebih baik. Hanee turut meminta orang ramai agar berhenti dalam menyalahkan ibunya yang dikatakan tidak tahu menjaga dan mendidiknya. Menurut Hanee kesalahan dan perbuatan yang dilakukan adalah berpunca dari dirinya sendiri dan kalau boleh jangan menyalahkan dan menganggu ibunya.
“Assalamualaikum, jauh dari sudut hati saya minta maaf. Saya mengaku itu salah, itu perbuatan saya dan sedar dengan keputusan yang bakal diambil pihak Remaja. Saya menerima keputusan penarikan balik gelaran dengan hati terbuka.
“Hani minta orang henti salahkan ibu Hanee.Bukan salah ibu kerana tidak pandai menjaga saya. Ibu tiada kena mengena kerana ia adalah pilihan saya.Semuanya salah saya. Kalau boleh, berikan ruang padanya. Itu sahaja,” jelas Hanee
Harap Beri Peluang Kedua
Hanee juga mengakui sebagai manusia dirinya tidak lari dari membuat salah dan berharap diberikan peluang kedua untuk bangkit, memperbaiki diri dan meneruskan kehidupan.
Setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesalahan. Apa yang penting mengakuinya, tidak mengulangi dan berubah ke arah yang lebih baik. Peringatan juga buat kita, jangan mudah menghukum dan membuka aib orang lain.
Untuk makluman, pencarian Dewi Remaja edisi terbaru ini bermula pada November lalu, membabitkan 12 peserta. Selama tujuh minggu, mereka diuji dengan pelbagai cabaran fizikal, catwalk, keusahawanan, pengacaraan vlog, lakonan dan kempen kesedaran.
EKSKLUSIF: Sidang Media Khas Dewi Remaja 2018/19#majalahremaja#remaja#dewiremaja#dewi1819