Tular dilaman sosial, rakaman video penyanyi Nubhan Ahamad dan isteri, Afifah Hidayah Ahmad Tawfek kelihatan sedang bertengkar mengenai kehilangan kereta.
Buat masa ini, bekas bintang Akademi Fatasia musim keenam ini mohon agar dirinya diberikan ruang untuk bertenang.
Katanya, yang enggan mengulas mengenai video tular tersebut. Sebaliknya mahu menyelesaikan dulu satu persatu masalah yang dialami. Ini untuk mengelakkan dari berlakunya keadaan yang lebih parah lagi.
Video Tular Nubhan Dan Isteri, Ada Kaitan Dengan Kehilangan Kereta
Dalam video berdurasi 2 minit 43 saat itu yang dirakam seseorang dari dalam kereta itu memperlihatkan seolah-olah pasangan itu sedang bergaduh.
Ads
“OTAK you (awak) letak kat (di) mana? Fikirlah sikit. Sekarang ini kereta hilang tau. I (saya) tak ada duit nak beli kereta tau tak?” Jerit Nubhan sambil mencengkam kepala isterinya.
Bagaimana pun ada juga yang beranggapan, ianya sekadar sebuah lakonan.
Ads
Nubhan dan isterinya mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015. Mereka kemudiannya dikurniakan dua orang cahaya mata, Aafiya Kamilia dan Ahmad Aaffan.
MW : Jika benar ia berkaitan kehilangan kereta, semoga urusan Nubhan dan isteri dipermudahkanNya.
Bersyukur bila ada suami dan ayah yang tak berkira, apatah lagi kedekut dengan isteri mahupun anak-anak. Bahagia seisi rumah kerana ayah tahu dengan membahagiakan hati mereka, bermakna tenanglah nanti jiwa ayah.
Sememangnya itu pun formula hidup bahagia. Selalu bahagiakan hati isteri dan anak-anak, Allah tambahkan rezeki suami dan tenangkan hidupnya. Sebab itulah, ayah ini Pe Chey tak berkira dengan anak-anaknya.
Sebelum ini pernah viral kisahnya yang belikan anak perempuan gelang emas yang dipanggilnya ‘gelang getah’ dengan lebihan duit moratorium. Kali ini, anak-anak lelaki ayah hadiahkan jam pula. Bukan sebarang jam, tapi jam yang ada nilai masa depan.
“Ayah, adik- adik dapat “gelang getah”, tak kan kami tak dapat apa. Nak jugak yah, kotlah ayah nak bagi kami juga.” Kata si anak lelaki.
Bila ada anak 5 orang ni, aku kena berlaku adil. Tambah lagi yang besarnya anak lelaki, yang kecilnya anak-anak perempuan.
“Ayah bagi GShock boleh? Baru ngam korang pakai. Kat tangan juga macam adik lain, takkan nak pakai gelang pulakkan bang?
Aku cuba fahamkan anak-anak.
Bukanlah aku ni jenis memanjakan sangat, bukan juga seorang yang terlalu kedekut berkira dengan anak dan isteri. Cumanya, sesekali, memang aku akan berikan apa yang aku rasa patut diberi. Aku suka gitu.
Bukan selalu pun duit moratarium ni dapat. Aku rasa pun sekali ni je rasanya. Itu pun dek sebab pandemik Covid19 punya penangan. Jika tak, takdenya kita semua merasa kemudahan ini.
Aku nasihatkan anak-anak lelaki,
“Jam ni, ada harga. Lagi lama kita simpan, inshaAllah satu hari nanti, harganya akan melambung tinggi. Jadi, simpan baik-baik. Ayah tak tahu ayah boleh bagi harta lain kat korang, cuma inilah sedikit yang ada. Jadi, jangan dijual tak semena, simpan sebab sentimental.”
Kalau nak diperkisahkan, akan apa yang aku lalui dulu seusia anak, aku langsung tak merasa apa yang mereka rasa. Iyalah, dengan kemiskinan, dengan adik beradik yang ramai, mana mungkinlah aku merasa kemewahan.
“Terima kasih ayah. Kami syukur, ayah baik hati nak bagi kami “gelang getah” juga. Jam Gshock vintage ini pun pada kami dah mahal, betapa ayah sayangkan kami. Terima kasih.”
Anak-anak lelaki aku berterima kasih.
Bukan mudah sebagai ayah beranak 5 nak layankan selera anaknya seorang demi seorang. Jadinya, bila ada kemudahan, aku berikan mereka dulu merasa yang jarang mereka dapat rasa. Bila lagikan?
Inilah masanya. Aku tak nak berkira sangat.
Biarlah orang nak kata apa, aku saja yang tahu macam mana aku kena uruskan kewangan keluarga. Orang sedap je berkata sedangkan mereka tak pernah nak tanya pun sebenarnya,
“Beras kat rumah kau Pechey ada lagi tak?”
Tak ada. Tak pernah.
#NfI #gelanggetahanaklelaki
Aku suka lagi bagikan anak lelaki, jam Gshock vintage. Biar pun harganya agak keras, nilai sentimentelnya sangat tinggi. Sungguh.
MW :Semoga jadi kisah bermanfaat untuk para suami sekalian.
Siapa sangka pembedahan dalam perut yang disebabkan oleh ketumbuhan, turut ‘mengesan’ kehadiran bayi dalam perut wanita ini. Malah kehadiran bayi perempuan berusia lapan hari disifatkan keluarganya sebagai ‘anak ajaib’ kerana ibunya tidak pernah menyedari hamil bayi berkenaan sebelum ini.
Tiada siapa menyangka Sanisah Abu Bakar, 45, mengandung, Nur Iman Amani Widodo sebelum ini, malah wanita terbabit sendiri tidak menyedarimengandung hinggalah bayinya itu dilahirkan secara pembedahan pada 19 Jun lalu.
Segalanya bermula apabila keluarga Sanisah menyangka wanita terbabit menghidap ketumbuhan dalam perut yang menyebabkan perutnya sering berasa sakit.
Widodo Sinasim, 47, berkata, dia tidak menyangka isterinya hamil sehinggalah Sanisah mengadu mengalami kesakitan yang tidak tertanggung minggu lalu.
“Doktor di Hospital Melaka memang ada melakukan ujian imbasan, tetapi tidak dapat mengesan ada bayi dalam perut isteri saya sebelum ini. Apa yang dikesan hanyalah dua ketumbuhan.
“Doktor melakukan pembedahan dan mengeluarkan ketumbuhan seberat 500 dan 800 gram, tetapi doktor terkejut apabila mendapati ada bayi dalam perutnya lalu menyelamatkan anak itu daripada perkara tidak diingini,” katanya ketika menerima kunjungan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin di kediamannya di Kampung Kuala Linggi di sini.
Widodo bagaimanapun berkata, beliau, isteri dan lima anak mereka berusia enam hingga 19 tahun menyambut kehadiran bayi itu dengan penuh kesyukuran dan menganggapnya sebagai keajaiban kerana tiada siapa menjangkakan kehadirannya.
Sementara itu, Mas Ermieyati berkata, setiap anggota komuniti harus mengutamakan aspek penjagaan kesihatan kerana ia nadi kehidupan manakala wanita harus tahu mengenai perihal kesihatan diri sendiri, terutama jika hamil.
“Amat penting untuk wanita hamil memahami aspek penjagaan kesihatan dan harus tahu sama ada mereka hamil atau sebaliknya kerana penjagaan bayi dalam kandungan berkait rapat dengan dua nyawa,” katanya.
Mas Ermieyati turut menyerahkan sumbangan peribadi kepada Sanisah yang dalam pantang dan mengingatkannya supaya menghabiskan waktu dengan berehat.
MW: Istimewa sungguh kelahiran bayi perempuan ini. Kelahiran yang tidak disangka-sangka apatah lagi tak pernah disedari ketika ibunya mengandung. Semoga bayi ini membesar dengan sihat dan sempurna.
Siapa sangka walaupun telah memakai alat cegah hamil IUD (Intrauterine device) untuk mencegah kehamilan, namun takdir tuhan seorang wanita tetap hamil dan selamat melahirkan seorang cahaya mata. Lebih istimewa, bayi lelaki yang baru dilahirkan di Vietnam tersebut didakwa menggenggam gegelung kontraseptif yang digunakan ibunya untuk mencegah kehamilan.
Wanita terbabit yang berusia 34 tahun dan mempunyai dua anak sebelum ini dikatakan menggunakan perancang keluarga IUD tersebut kira-kira dua tahun lalu.Ia didakwa keluar bersama bayi tersebut ketika dia dilahirkan.
Pakar Obstetrik, Tran Viet Phuong di Hai Phong International Hospital, utara Vietnam tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar unik tersebut.
“Saya rasa ia foto yang menarik dan tidak menyangka akan mendapat perhatian ramai,” ujarnya.
Menurutnya, IUD tersebut mungkin gagal mencegah kehamilan wanita itu kerana ia telah berubah daripada kedudukan asalnya.Bayi lelaki sihat itu dilahirkan seberat 3.2 kilogram dan masih berada di bawah pemantauan doktor bersama ibunya.
Difahamkan, IUD yang dimasukkan ke dalam uterus wanita berfungsi untuk melepaskan tembaga atau hormon bagi mengelakkan sperma daripada bersenyawa dengan telur.
IUD, yang biasanya dikenali sebagai gegelung kerana wayar tembaga dililit di sekeliling plastik, dimasukkan ke dalam rahim oleh doktor dan 99 peratus berkesan.Peranti itu boleh kekal di tempatnya selama lima tahun atau lebih dan seorang wanita boleh hamil sebaik sahaja ia dikeluarkan.