Vicha sudah bernikah warga Nigeria & dikurniakan anak lelaki. Begitu mengejutkan apabila pelawak Vicha mendedahkan dia sebenarnya telah berkahwin buat kali kedua dengan seorang lelaki yang difahamkan seorang warga Nigeria sejak tiga tahun lalu.
Seperti mana hantaran sebuah video di saluran Youtube, Vicha menerangkan dirinya langsung tidak berniat untuk menyembunyikan perkahwinan tersebut, sebaliknya hanya mahu peminat memberi tumpuan kepada kerjaya seninya sahaja berbanding cerita peribadi.
Namun sempena kehadiran tahun baharu 2022, Vicha mengambil pendekatan untuk berkongsi berita tersebut dengan orang ramai, sekali gus bagi mengelakkan fitnah pada masa akan datang.
“Ramai yang tidak tahu saya sebenarnya sudah berkahwin kali kedua dan bukan lagi berstatus solo.
“Saya berkahwin sejak tiga tahun lalu dan kini hidup bahagia bersama suami dan seorang anak lelaki, Micheal Trevor Ayomide yang kini sudah berusia dua tahun.
“Sebelum ini saya tak kongsikan kepada umum kerana rasa tidak perlu bercerita tentang kehidupan peribadi. Bagaimanapun sampai satu masa saya fikir, sampai bila saya mahu berahsia kerana nanti orang akan tahu juga.
“Jadi saya putuskan untuk kongsi tentang perkara ini kepada semua yang masih terus menyokong kerjaya saya sehingga hari ini.
“Saya mengenali suami sejak tahun 2015, sebelum Johnson memeluk Islam ketika menghadiri satu majlis yang dianjurkan seorang rakan. Sikapnya yang pendiam, matang dan bertantanggungjawab membuatkan saya tertarik untuk berkawan, seterusnya menjalinkan hubungan serius dan berkahwin.
“Saya bersyukur doa untuk mendapat jodoh yang baik dimakbulkan Tuhan. Sepanjang tujuh tahun mengenalinya, dia sangat baik dan suka memberi nasihat. Banyak benda yang saja belajar daripadanya.
“Yakinlah jodoh, rezeki dan ajal maut itu di tangan Tuhan. Saya sendiri tidak pernah terfikir akan berkahwin dengan orang luar, yang bukan dari Indonesia dan bukan juga dari Malaysia.
“Alhamdulillah kami melalui susah senang hidup bersama dan menemui kebahagiaan yang dicari selama ini. Allah kurniakan rezeki yang sangat murah selepas berumah tangga dan melahirkan cahaya mata kami,” luah Vicha.
Baca Disini Juga:
Vicha Mohon Doa “Tiada Kata Terlambat Hambanya Yang Ingin Belajar dan Memperbaiki Diri”
Turut mengakui sedang hamil ketika bergelar juara Muzikal Lawak Superstar bersama kumpulan J-Born pada 2019, Vicha juga hingga kini tidak pernah putus asa membawa dua anaknya daripada perkahwinan terdahulu ke Malaysia dan membina kehidupan baharu mereka di sini.
“Sehingga kini saya masih berusaha untuk membawa anak-anak saya daripada perkahwinan pertama untuk tinggal bersama di Malaysia.
“Saya tidak akan berputus ada dan akan terus mencuba sampai bila-bila. Saya mahu mereka bersekolah dan tinggal bersama-sama saya dan suami. Itu harapan dan target saya tahun ini.
“Dalam masa sama, saya juga berharap agar rezeki semakin murah untuk tahun 2022 ini dan perniagaan yang saya usahakan bersama suami terus berkembang,” sambungnya.
Mingguan Wanita : Tahniah Vicha semoga mahligai yang dibina berkekalan hingga ke jannah.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Vicha
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita