Vicha Mohon Doa “Tiada Kata Terlambat Hambanya Yang Ingin Belajar dan Memperbaiki Diri”

Share

Vicha mohon doa buat dirinya yang kini baru saja berhijrah dan berhijab penuh. Pelawak yang berasal dari Indonesia ini akui dirinya masih belajar.

Menerusi entri perkongsian di Instagram. Vicha turut menjelaskan dia baru tersedar dalam keluarga dia yang baru berhijab. Namun ibu tunggal kepada tiga orang anak ini terus mahu istiqamah.

Vicha Mohon Doa

“Bismillah Ya Allah.
“Saya minta tolong kepada untuk doakan yang baik-baik ya. Saya budak masih belajar insyaallah,” begitulah luahan hati yang dikongsi oleh Vicha pada hari pertama berhijrah.

“Malunya Anak-Anak Sudah Lama Pakai Hijab”

Malah Vicha juga mencurahkan perasaannya di mana dia berasa malu apabila baru sedar anak-anaknya sudah lama berhijab.

“Ya Allah baru perasan dekat keluarga sayalah yang baru berhijab. Ya Allah malunya even anak-anak saya semua pun dah pakai hijab dah lama dah. Ampuni saya ya Allah.

“Subhanallah, InsyaAllah tiada kata terlambat untuk hambanya yang ingin belajar dan memperbaiki dirinya, rindunya dekat mereka semua.

“Wanita Tak Lemah, Lebih HEBAT Dari Lelaki. Cekalkan Hatimu Ibu-Ibu Tunggal Sekalian!” Lufya

“Saya Kesempitan Wang’, Ibu Tunggal Sanggup Larikan Motosikal Untuk Membayar Kos Perubatan Anak

Bergelar Ibu Tunggal “Allah Tahu Kita Mampu Hidup Tanpa Lelaki” Rita Rudaini  

“Merekalah kekuatan saya yang selalu support saya dari belakang merekalah yg selalu ada dalam segala keadaan. Ya Allah terima kasih Ya Allah atas segalanya yang telah engkau berikan.

“Sujud syukur kepada mu dalam setiap keadaan insyaallah kita akan jumpa soon yaa keluargaku, i miss u all,” tulis Vicha yang sangat merindui ketiga-tiga anaknya.

Sumber / Sumber Foto : Instagram Vicha

Mingguan Wanita : Semoga Vicha terus istiqamah dan bersabar dalam kerinduan kepada anak-anaknya.

Published by
Norhayati Binti Suboh