Selebriti popular dan usahawan berjaya Neelofa memuat naik foto dirinya tanpa mengenakan purdah dalam Instagram mendapat pelbagai reaksi para peminat.
Perkongsian Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 34 di laman Instagram miliknya sekeping foto dirinya dalam versi teknologi kecerdasan buatan atau AI tanpa mengenakan purdah.
Meskipun gambar berkenaan sekadar dalam versi AI, namun perkongsian tersebut cukup membuatkan peminatnya teruja dengan foto yang dikongsikan oleh isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu.
Ads
Versi AI Belum Mampu Tandingi Kejelitaan Semulajadi
“Saya dalam versi AI,” tulis Neelofa di Instagram miliknya.
Difahamkan, foto tersebut dikongsikan kepada umum sebagai bahan promosi koleksi keluaran baharu jenama tudung miliknya, Naelofar.
Ads
Usahawan ini turut meluahkan hasratnya untuk menjadikan projek ‘Stamping Your Mark’ itu sebagai penerus kepada impak atau legasi yang mempunyai keunikan tersendiri.
“Buat perubahan,capai perkara yang tidak dapat dibayangkan, sumbang kepada komuniti anda dengan cara yang meninggalkan kesan yang kekal, tinggalkan ia lebih baik daripada sebelumnya. Sebuah warisan yang mencerminkan keunikan, bakat, dan sumbangan anda kepada dunia, sesuatu yang membezakan anda dan diingati oleh orang lain. Saya tak sabar untuk menunjukkan kepada anda koleksi penuh ini!
Meninjau di ruangan komen, perkongsian itu jelas sekali mengubat kerinduan peminat untuk melihat wajah cantik bekas pengacara MeleTOP selepas dia memutuskan untuk berniqab pada Oktober 2020.
Untuk rekod, ibu kepada dua cahayamata ini mula mengenakan purdah sepenuhnya pada sekitar Oktober 2020. Menurutnya, keputusan memakai niqab diambil selepas mendalami ilmu agama. Neelofa juga dalam proses belajar dan membentuk keperibadian menjadi wanita Islam yang lebih baik.
Zul Ariffin Berangkat Ke Mekah 10 Jun Ini. Allahu seronoknya bila mendapat perkhabaran pelakon berbadan sasa dan menjadi kegilaan ramai wanita, Zul Ariffin akan menunaikan ibadah haji tidak lama lagi.
Memang seronok tak terkata bila dapat panggilan menunaikan Haji. Yalah, bukan senang ak dapat peluang ke sana kan.
Malah pelakon itu juga berasa sangat bersyukur apabila bakal menjadi tetamu Allah. Selepas tiga kali berpengalaman menunaikan umrah, kali ini dirinya rasa sangat teruja dapat menunaikan badah haji buat kali pertama pada Jun 10 ini.
Zul Ariffin Berangkat Ke Mekah 10 Jun Ini
Pemilik nama sebenar Zulkifli Ariffin, 37 pada awalnya dirinya mendapat panggilan lebih awal dari tarikh 10 Jun namun terpaksa menunda dek kerana tuntutan kerja.
“Saya sepatutnya berangkat lebih awal namun terpaksa dianjakkan ke minggu kedua iaitu 10 Jun disebabkan perlu menyelesaikan baki penggambaran.
“Alhamdulillah tiada rasa gementar tapi ada beberapa perkara perlu saya siapkan terlebih dahulu seperti menghadiri kursus haji. Kena ‘laju’ juga sebab saya ada lebih kurang seminggu untuk bersedia sebelum bertolak,” katanya seperti mana dipetik menerusi mStar Online.
Teruja Kerjakan Haji
Zul juga mengakui dia berasa teruja untuk mengerjakan ibadah haji. Walau bimbang dengan dugaan yang dihadapi di sana terutama orang ramai dan cuaca yang agak panas.
“Saya teruja nak mengerjakan haji, cuma lautan manusia itu tak tengok lagi sebab musim haji selalu kita tengok dalam televisyen ini kita lalui pula dengan musim panas,” kongsinya yang turut menunda beberapa projek kerana mahu mengambil kesempatan menunaikan haji pada kali ini.
3 Kali Tunai Umrah
Pelakon filem Syerif ini juga menyatakan tawaran haji sebagai durian runtuh memandangkan perancangan untuk berpuasa dan beraya dia sana sebelum ini tidak kesampaian.
“Saya rasa (mengerjakan haji cara VIP). Saya dapat jemputan untuk pergi haji, jadi saya pergi bersama-sama tim saya. Saya tak pergi melalui Tabung Haji.
“Saya dah pergi tiga kali buat umrah sejak Ogos lepas, kalau ikut perancangan sebelum ini saya nak puasa dan raya di sana tapi sebab penggambaran tak dapat.
“Tapi dapat pula pergi haji, cantiklah saya anggap rezeki,” sambungnya.
Saat getir ketika kontraksi sewaktu ingin melahirkan anak, adakalanya menyebabkan pelbagai perkara berlaku di luar kawalan.Cabaran buat suami-suami yang menemankan isteri sewaktu melahirkan anak, bersiap sedia lah menghadapi segala kemungkinan berlaku kecederaan ringan. Ada yang mungkin dicengkam kuat, menyebabkan lengan calar balar terkena kuku, ada yang di dipulas leher sampai boleh terkehel.
Itulah yang baru berlaku bagi Penyanyi Tajul Ariff yang baru memaklumkan bahawa isterinya iaitu Nurul Shamieza Eddie selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka pada petang Khamis. Tajul berkongsi pengalaman, kepalanya terkehel ditarik isteri sewaktu menemankan bersalin.
Timang Anak Lelaki
Tajul atau nama sebenar Tajul Ariff Noor Md. Shari berkata bayi lelaki seberat tiga kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor.
“Alhamdulillah, berkat doa korang semua… tak sampai satu jam bertarung nyawa dalam bilik bersalin, isteri saya selamat bersalin dengan normal.
“Baby boy, sepasang dah dapat! Walaupun kepala aku terkehel tadi sebab bini aku tarik semasa contraction dia sangat kuat. Nasib baik masih selamat,” katanya.
Penyanyi lagu Sedalam-Dalam Rindu ini berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram miliknya.
Dedah Nama Anak Tidak Lama Lagi
Sementara itu, Tajul memberitahu dia akan mendedahkan nama anaknya itu tidak lama lagi.Dalam hantaran yang sama, dia turut mengucapkan terima kasih kepada pihak hospital kerana memberi layanan yang baik sepanjang proses bersalin itu.
“Nama baby nanti Tajul akan umumkan. Terima kasih banyak kerana perkhidmatan terbaik diberi kepada kami dan doktor, jururawat dan staf banyak membantu.
“Terima kasih semua yang mendoakan… sayang korang!” katanya.
Tajul mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shamieza tiga tahun lalu dan mereka dikurniakan anak sulung perempuan bernama Adriana Carisa yang kini berusia setahun.
MW: Tahniah buat Tajul dan isteri atas kelahiran cahayamata kedua. Anggaplah pengalaman terkehel kepala ni momen istimewa untuk dikenang, malah tak seberapa berbanding pengorbanan isteri berjuang dalam melahirkan zuriat tersayang.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Selebriti dan usahawan popular, Neelofa menerusi sidang medianya semalam mengakui hubungan dengan Pencetus Ummah Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail semakin pulih.
Akuinya lagi, seperti pasangan lain, hubungannya dengan Riz juga ada melalui tempoh salah faham dan ada dugaan tersendiri.
Neelofa & Riz Lalui Dugaan
Mengimbas kembali sebelum ini, hubungan Neelofa dan Riz mula menjadi perhatian pada akhir Disember lalu apabila adik-beradik Neelofa dilihat memuatnaik beberapa ‘quote’ sama mengenai warna sebenar seseorang.
Lebih menimbulkan tanda-tanya apabila mereka tidak lagi mengikuti Instagram pendakwah tersebut termasuk ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohammed.
Malah kisah mereka semakin hangat diperkatakan apabila ada individu mendakwa, Neelofa terkena minyak pengasih dan sudah menikah secara rahsia di Kelantan, selain memindahkan sejumlah wang ke akaun Haris. Bagaimanapun semua dakwaan itu dinafikan Neelofa beberapa hari selepas itu.
Hubungan Pulih Diselesaikan Secara Perbincangan
Neelofa juga akui semua itu sudah diselesaikan secara baik menerusi perbincangan.
“Sebenarnya macam ini, tipulah saya cakap dalam setiap perhubungan itu tiada turun naiknya. Kami juga lalui benda yang sama.
“Ada masanya ada salah faham, ada perkara yang mengganggu. Tetapi kami berdua berjaya mengatasi cabaran itu, menerusi komunikasi dan bantuan keluarga juga.
“Kami juga banyak berbincang dan alhamdulillah sekarang ini semakin baik dan positif,” ungkapnya.
Hubungan Keluarga Neelofa & Riz Semakin Baik
Neelofa juga menjawab pertanyaan media mengenai perhubungan Riz dengan keluarganya yang sebelum ini dilihat turut berantakan apabila adik-beradik Neelofa tidak lagi mengikuti Riz di media sosial.
“Ketika keadaan tegang baru-baru ini, kami beri masa untuk semua bertenang. Selepas itu saya dan Haris berbincang untuk cari penyelesaian terbaik.
“Kami kemudiannya pergi berjumpa kedua-dua buah keluarga untuk terangkan keadaan sebenar. Perlahan-lahan, semuanya makin baik, makin pulih.
“Kami tak paksa untuk semua orang faham dan terima, alhamdulillah ia membuahkan hasil yang positif.
“Bagi saya apa yang penting dalam situasi seperti ini adalah kami berdua. Alhamdulillah kami ada persefahaman yang baik dan ia membantu untuk memulihkan keadaan,” katanya.
Tarikh Perkahwinan, Bakal Beri Kenyataan Dalam Masa Terdekat
Neelofa juga turut menerangkan tentang tarikh perkahwinan mereka yang khabarnya akan dipercepatkan.
“Buat masa ini, saya pun sukar untuk menjelaskan dengan situasi semasa dan pelaksanaan kawalan pergerakan sebagainya.
“Insya-Allah selepas semuanya pasti nanti, saya akan beri kenyataan dalam masa terdekat,” hurainya.
Pada pertemuan secara maya yang sama, Neelofa telah melancarkan aplikasi TheNoor.
Ia adalah sebuah aplikasi yang dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri khas seperti waktu solat, arah kiblat, lokasi-lokasi masjid berdekatan. Selain itu, ia turut menawarkan fungsi tafsir al-Quran dalam lima bahasa berbeza iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil dan Bahasa Indonesia.