Tak perlu pun keluar duit beratus ringgit nak dapatkan vanity mirror cantik ini. Sebab, dengan kos RM54 saja mak mak dah boleh buat sendiri vanity mirror guna barang kedai Eco.
Nak buat pun tak susah. Siti Teha berkongsi cara hasilkan vanity mirror cantik lagi bajet. Di ajar juga bagaimana cara membuat dari zero sampai jadi vanity mirror tu. Nanti mak mak hiaslah ikut pilihan hati sendiri.
Cantik tak vanity mirror kita? Hehe. Hari tu ada kotak lebih tak tahu nak buat apa, so kita buat vanity mirror la.
Jumlah kerugian :
Mentol 8pcs – RM16
Tempat letak mentol warna putih 4 plastik ada 8pcs – RM8
Cermin 4pcs – RM8
Plug 1pcs – RM2
Wallpaper 3pcs – RM6
Gam 1pcs – RM2
Frame kayu letak vanity mirror 4pcs – RM8
Bekas letak barang makeup 2pcs – RM4
Total keseluruhan : RM54 sahaja
Katanya, idea diperoleh dari grup Deco Deco. “Sebab duk tengok idea-idea dorang ni maka terjadinya vanity mirror DIY bajet ni. Takpelah DIY sendiri pun asal cantik dan puas hati. Jimat tak payah nak beli vanity mirror yang harga beratus tu.”
Sumber/Foto : Siti Teha