Tak perlu pun keluar duit beratus ringgit nak dapatkan vanity mirror cantik ini. Sebab, dengan kos RM54 saja mak mak dah boleh buat sendiri vanity mirror guna barang kedai Eco.
Nak buat pun tak susah. Siti Tehaberkongsi cara hasilkan vanity mirror cantik lagi bajet. Di ajar juga bagaimana cara membuat dari zero sampai jadi vanity mirror tu. Nanti mak mak hiaslah ikut pilihan hati sendiri.
Vanity Mirror Guna Barang Kedai Eco RM2 Je Jimat!
Cantik tak vanity mirror kita? Hehe. Hari tu ada kotak lebih tak tahu nak buat apa, so kita buat vanity mirror la.
Jumlah kerugian :
Mentol 8pcs – RM16
Tempat letak mentol warna putih 4 plastik ada 8pcs – RM8
Cermin 4pcs – RM8
Plug 1pcs – RM2
Wallpaper 3pcs – RM6
Gam 1pcs – RM2
Frame kayu letak vanity mirror 4pcs – RM8
Bekas letak barang makeup 2pcs – RM4
Ads
Total keseluruhan : RM54 sahaja
Katanya, idea diperoleh dari grup Deco Deco. “Sebab duk tengok idea-idea dorang ni maka terjadinya vanity mirror DIY bajet ni. Takpelah DIY sendiri pun asal cantik dan puas hati. Jimat tak payah nak beli vanity mirror yang harga beratus tu.”
DIY Vanity Mirror Bajet
Ads
Tebuk lubang banyak mana yang korang nak untuk letak lampu tu. Cermin tu beli kat Eco RM2. Kotak recycle je mana-mana yang ada. Yang ni Siti guna kotak aircond. Besar sikit.
Ni je bahan yang digunakan. Semua beli kat Eco RM2.
Ni gam dan double tap yang digunakan untuk lekatkan kotak tu. Gam beli kat Eco RM2 jugak.
Ads
Pasang wayar macam ni je. Wayar hubby tolong pasangkan sebab tak pandai. Wayar pun korang boleh beli kat Eco RM2. Yang ni Siti guna wayar kat rumah je sebab ada lebih.
Dah siap tampal wallpaper sekali. Wallpaper pun beli di Eco RM2.
Ni contoh tempat letak barang makeup dan vanity mirror tu. Beli frame ni di Eco RM2 jugak. Contoh frame tu sebelah kiri, sebelah kanan tu dah siap tampal wallpaper.
Ok siap. Cantik tak? Bekas letak barang makeup tu pun beli di Eco RM2.
Onde-onde, resipi ini bukan saha menjadi kegemaran orang Pantai Timur tetapi juga seluruh Malaysia. Bila gigit, terasa letupan dan manisan gula melaka di dalamnya.
Cara nak buat onde-onde pun tak susah sangat, guna tepung pulut saja dan ada sesetengah makan-mak akan tambah tepung gandum. Bergantung pada resipi masing-masing.
Apa yang menjadi masalahnya, kalau masak waktu pagi, tak sampai petang, kita akan bau masam. Bukan sebab onde-onde itu dah basi tapi berpunca pada kelapa parut yang menyalutinya.
Ada cara nak bagi onde-onde ini tahan lama dan lambat basi. Ikuti resipi dan perkongsian daripada Ayza Nur ini.
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan atau lebih air daun pandan + sedikit pewarna hijau
Seketul gula melaka (di potong dadu)
Sedikit garam
1/2 biji kelapa parut – di tambah sedikit garam
Cara Membuatnya:
1. Satukan tepung pulut, tepung gandum & garam di dalam satu bekas..
2. Tuang air pandan tadi sedikit demi sedikit sambil menguli adunan tadi.
3. Uli hingga adunan sebati dan tidak melekat di tangan dan boleh dibulat-bulatkan.
4. Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
5. Letakkan gula melaka di bahagian tengah dan bulat-bulatkan
6. Bulatkan adunan tadi hingga habis dan susun di dalam dulang yaag ditabur sedikit tepung gandum.
7. Didihkan air di dalam periuk.
8. Masukkan kuih ke dalam air yang sedang mendidih.
9. Biarkan sehingga kuih tadi timbul di permukaan air seketika kemudian bolehlah di angkat dan ditoskan airnya.
10. Selepas itu golekkan kuih tadi di atas kelapa parut
TIP PENTING
Kelapa parut perlu dikukus seketika untuk bagi tahan lama supaya kuih tidak cepat basi. Paling penting, bila buat sendiri, kita boleh letak gula melaka di dalamnya ikut citarasa sendiri.
Mingguan Wanita : Sedapnya. Patutlah ada sesetengahnya, tak sampai separuh hari dah rasa masam. Rupanya kenalah kukus dulu kelapa parut.
Goreng kuetiau pun ada cara dan tipnya, barulah ia elok kejadiannya tak kembang melekat. Bukan apa, kadangkala bila kita goreng kuetiau ia jadi sangat lembik, hancur dan sebagainya.
Hakikatnya, mungkin ramai yang tak tahu kuetiau ni sangat lembut dan sangat ‘sensitif’ dengan air. Jadi jangan basuh kuetiau lama-lama. Namun sangat mesra dengan minyak, jadi kena lebihkan sikit sewaktu menggoreng.
Boleh ikut tip goreng kuetiau seperti yang dikongsikan oleh Puan Yurni Emilia ini sebagai panduan.
Dah beberapa kali nampak ahli grup ni menghadapi krisis menggoreng Kuetiau.
Di sini saya nak kongsi tip asas untuk selamatkan keadaan ye.
1. Kuetiau is not friendly to water. Jadi,..
Jangan basuh lama-lama. Bila basuh pastikan ianya ditos kering cepat-cepat.
Basuh pakai air paip je. Bukan dengan air panas.
Membasuh Kuetiau terpulang pada masing-masing. Ada yang basuh dulu dan ada yang tak. Saya prefer basuh untuk asingkan Kuetiau satu per satu. Tak suka yang melekat.
Tak kiralah dalam organisasi apa sekali pun, besar atau kecil memang sukar untuk kekal positif dalam suasana toksid. Berbalik kepada hubungan suami, isteri sekali pun memang payah, jika suami dan isteri tak sebulu.
Sememangnya setiap daripada kita tak mampu mengubah hati orang, jadi mulakan langkah dengan mengawal hati sendiri. Kawal hati untuk menerima kekurangan dan keburukan orang lain terutamanya pasangan kita.
Pagi tadi saya berjumpa dengan rakan positif Dr Nur Hanisah. Macam biasa bila jumpa kawan, banyaklah berbual. Dia cerita bagaimana cabaran seharian sebagai doktor houseman. Sukar katanya, ada masa kita di atas ada masa di bawah. Bila dibawah pula pelbagai tekanan yang datang.
Diherdik, dimarah depan pesakit itu biasa. Paling bahaya ada juga antara doktor houseman ni mengalami masalah kemurungan.
Kesian. Jadi saya merayu kepada anda yang menghadapi tekanan yang sama dengan rakan kerja atau di mana-mana, tolong jaga diri supaya tekanan itu tidak sampai kepada masalah kemurungan ya.
Mulakan dengan mengawal suasana hati kita sendiri. Memandangkan kita tak boleh ubah orang, jadi saya kongsikan 5 Rahsia untuk kekal positif walaupun dalam suasana toksik.
1) BETULKAN NIAT (INTENTION). Niat ini raja. Ia adalah guidelines yang menjaga tujuan kita dari tersasar jauh. Manusia yang layan kita tak baik memang boleh menganggu suasana hati kita. Jadi teguhkan niat walau macam mana pun orang layan saya,saya tetap fokus untuk bagi manfaat kepada diri dan orang lain. Orang layan saya baik atau tidak, tujuan saya nak redha Allah sahaja.
2) CAKAP YANG BAIK ATAU BERDIAM DIRI. Cara nak elak daripada menjadi toksik ialah balas setiap tohmahan/ nista/cercaan orang dengan kata-kata yang baik saja. Tip daripada Prof Muhaya ialah amalkan 3 perkataan ini untuk elak dendam dengan sesiapa sahaja. 1) Saya maafkan awak.
2) Saya faham awak.
3) Saya doakan awak bahagia. Saya lepaskan awak. Monolog dalam diri, jaga inner peace kita, ikhlaskan perbuatan mereka dan fikirkan what is next. Tak payah fikir tentang dia dan fokus saja pada diri dan manfaat lain yang boleh saya bagi pada orang.
3) SUPPORTIVE CIRCLE. Ini tips paling killer saya fikir iaitu circle atau lingkungan kawan yang membantu. Ada beza antara circle yang positif dengan supportif. Supportif ini mereka bawa kita ke higher level, mereka bukan setakat positif dengan kata-kata, tetapi bantu mencungkil bakat dan potensi untuk kita terbang lebih tinggi dan jauh. Bila dapat kenalan begini, jaga baik baik, hargai sepenuhnya ya.
4) DEEP BREATHING. Pernah kita tengok orang stres gembira? Tentu tidak kan. Yang ada hanyalah keserabutan, muka ketat, marah-marah dan sebagainya. Orang yang stres umpama azab akhirat yang disegerakan. Jangan biarkan mereka mengganggu inner peace kita dan buat kita stres sama. Boleh lakukan teknik deep breathing. Pernafasan yang betul membantu kita mencapai alpha state iaitu zon ketenangan. Bila dah tenang, datang orang serang macam mana pun, kita tak mudah terkesan.
Teknik deep breathing. Tarik nafas 4 Saat,
Tahan 7 saat,
Lepas 8 saat. (Sebut dalam hati laa haula walaa quwwata illa billahil aliyyil azim) Pernafasan terbaik ialah pernafasan baby. Mereka bernafas menggunakan perut, bukan dada.
5) BANYAKKAN ISTIGHFAR. Kadang-kadang peristiwa yang berlaku melambangkan bagaimana peribadi kita. Jika banyak sangat peristiwa negatif dan kita respon dengan negatif, itu yang makin banyak gelombang negatif yang datang. Dengan istighfar Allah jamin akan beri kita jalan keluar dan rezeki yang tidak disangka-sangka. Mendapat kawan yang positif dan supportif pun dikira rezeki dari Allah juga.
Begitulah 5 Rahsia Untuk Kekal Positif Dalam Suasana Toksik.
. Jom jadi orang yang lebih baik setiap hari. Tolong kongsikan tips ni kepada rakan lain supaya mereka lebih terinspirasi untuk menjadi orang yang memandang baik pada semua perkara. Boleh follow Dr Nur Hanisah dan saya Saidatul Husna untuk kisah inspirasi dan pembangunan jiwa yang lebih menarik.
MW: Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua, insyallah jika berusaha menjadi orang lebih baik, semua yang baik-baik akan datang pada kita. Paling penting kawal hati sendiri untuk berbuat kebaikan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!