Vanity Anak Dara, Maknya Buat Guna Bahan Mudah Jumpa, Murah Dan Jimat Ruang

Sebenarnya nak dapatkan vanity anak dara yang cantik dan memikat tak perlu pun beli perabot yang mahal-mahal tu. Guna konsep mudah jumpa, murah dan jimat ruang pun boleh jadi.

Ibu ini, Emma Villa berkongsi cara bagaimana dia hasilkan vanity anak dara dengan konsep mudah, murah dan jimat ruang.

Saya buat simple macam ini je. Sesuai dengan usia dia. Ketinggian cermin pun ikut keselesaan dia. Tak payah meja bagai.”

Saya guna rak ikea yang murah tu dan cat putih.”

Barang-barang dia pun simple je. Masih guna bedak anakku.”

Macam Ini Cara Maknya Sediakan Vanity Anak Dara

 

Vanity Anak Dara, Maknya Buat Guna Bahan Mudah Jumpa, Murah Dan Jimat Ruang

Stool berbulu tu actually stool ikea je lepas tu saya letak mini rug beli online buat lapik je. Nampak gebu macam cushion kan.

Rak putih itu beli di ikea, yang murah tu. Saya cat putih. Bulus tu beli di shopee. Lazada, ali express, ezbuy pun ada.

Saiz stool 30cm. Jadi saya beli saiz 40cm supaya ada lebihan jatuh tepi stool nampak macam cushion tebal.

 

Vanity Anak Dara, Maknya Buat Guna Bahan Mudah Jumpa, Murah Dan Jimat Ruang

Ads

Masih guna bedak anakku. Cologne pun dia guna secoet-secoet je cermat budaknya.
Oh ya, anak saya tahun 1 next year (ketika status ini dimuat naik bertarikh 5 Disember 2018).

 

Vanity Anak Dara, Maknya Buat Guna Bahan Mudah Jumpa, Murah Dan Jimat Ruang

Mudah, murah and jimat space. Guna sikit je space. Model takde la pulak kalau nak tengok ketinggian cermin tu dengan tuan bilik.

 

Vanity Anak Dara, Maknya Buat Guna Bahan Mudah Jumpa, Murah Dan Jimat Ruang

Lampu flamingo tu ada orang bagi. Tapi dekat Kaison ada jual. Macam-macam bentuk.

 

Ads

Vanity Anak Dara, Maknya Buat Guna Bahan Mudah Jumpa, Murah Dan Jimat Ruang

Action je ni. Nak bagi dia senang hati ada barang macam ibu. Drawer beli dekat Mr.Diy. Harga antara RM15 ke RM18.

 

Vanity Anak Dara, Maknya Buat Guna Bahan Mudah Jumpa, Murah Dan Jimat Ruang

Frameless round mirrow size 30cm beli dekat Homepro.

 

Vanity Anak Dara, Maknya Buat Guna Bahan Mudah Jumpa, Murah Dan Jimat Ruang

Ads

Sarung bantal quilt dan ropol tu beli di kedai cadar myhome one. Saya beli lama dah dulu dekat mysale.com. Lepas tu ramai juga mencari. Cuma dah tak ada sekarang.

Saya nak tambah untuk queen pun dah tak jumpa. Tapi kalau biasa shopping online cuba cari dekat ebay search ruffle bedding. Macam-macam jenis ada nanti.

 

Vanity Anak Dara, Maknya Buat Guna Bahan Mudah Jumpa, Murah Dan Jimat Ruang

Gambar bilik pernah tunjuk dah dekat group Kelab Dekorasi IKEA Malaysia. Just search nama saya nanti keluar posting dari saya yang lepas-lepas.

 

Vanity Anak Dara, Maknya Buat Guna Bahan Mudah Jumpa, Murah Dan Jimat Ruang

Cushion cover ini tempah printing dekat kawan. Lepas itu saya jahit sendiri.

MW : Haa.. nampak kan idea buat vanity anak dara ini macam mana. Guna bahan simple pun boleh jadi cantik.

Sumber/Foto : Emma Villa

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI