Vanidah nikah jurutera, berkat restu ahli keluarga. Tahniah diucapkan buat pelakon terkenal Vanidah Imran yang kini sudah bergelar isteri kali kedua.
Perkahwinan pertama Vanidah bersama pelakon Rashidi Ishak dan bercerai pada 9 Ogos 2018 selepas 17 tahun bergelar suami isteri.
Vanidah Nikah Jurutera
Akui selepas lebih kurang empat tahun bergelar ibu tunggal, keputusan mendirikan mahligai semula bukanlah sesuatu yang mudah.
Berkat restu seluruh ahli keluarga dan sokongan rakan-rakan, niat baik membina masjid dipermudahkan oleh Allah.
Akhirya kini Vanidah rasmi bergelar isteri kepada, Arifabillah Idris selepas kedua-duanya disatukan pagi tadi 7 Julai 2022. Dengan sekali lafaz, Vanidah, 49, menjadi milik Arifabillah, 43, yang juga seorang jurutera.
Pasangan pengantin telah dikendalikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi dengan berwalikan adik Vanidah, Johan Imran di sebuah premis di Titawangsa, sekitar pukul 12.12 tengah hari.
Ada Yang Terkejut Dengan Berita Perkahwinan Ini
Pada majlis pernikahan yang dihadiri oleh 50 tetamu terdiri daripada kalangan keluarga dan teman rapat, Vanidah dan Arifabillah sepakat untuk tidak berkongsi jumlah wang hantaran sebagai memenuhi permintaan keluarga.
Vanidah juga turut menerima mas kahwin berbentuk seutas rantai emas daripada suaminya selain masing-masing berbalas dua dulang hantaran.
“Sejujurnya yang hanya tahu saya dan Arifabillah mempunyai hubungan istimewa hanyalah kawan rapat selain keluarga dan dua anak saya, Mikail Aimran dan Maryam Rashika.
“Kawan rapat pun hanya dimaklumkan saya beberapa hari sebelum majlis pernikahan. Ada di antara mereka terkejut dengan berita ini, namun dalam masa tumpang gembira terhadap keputusan dibuat,” kongsi Vanidah.
Suami Miliki Persamaan
Berasa sangat gembira dan bersyukur kerana bertemu jodoh dengan Arifabillah yang memiliki persamaan dengannya.
“Kami pernah berkahwin. Masing-masing pernah melalui pengalaman hidup berumah tangga.
“Dia sebelum ini berstatus duda kepada empat cahaya mata.
“Jadi paling utama dalam memutuskan soal membina masjid kami, perasaan dan hati anak-anak perlu diutamakan,” sambung Vanidah yang jelita mengenakan pakaian rekaan Rizman Ruzaini dan solekan oleh Syed Faizal.
Baca Disini : Impian Vanidah Imran Genggam Master Tercapai, Berkat Nasihat Bapa Tersayang “Terasa Bagaikan Mimpi”
34 Tahun Nikah, Tapi Tak Sah. ‘Nak Kahwin Buat Cara Betul, Kasihan Anak.’
Mingguan Wanita : Tahniah Vanidah Imran dan suami. Semoga bahagia hingga ke anak cucu.
Sumber Foto : @luxurycapturephotography
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
“Kita ada hak untuk bergerak, tak perlu kasihan dan merasakan saya perlu duduk di rumah saja. Apa yang penting, saya seronok dan bahagia dengan apa yang saya buat,” – Ikuti perkongsiannya dalam Kisah Inspirasi Sukses MW.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI