Ramai orang tersalah anggap bahawa flu adalah demam selesema, tetapi kedua-dua penyakit ini berbeza. Flu adalah penyakit sistem pernafasan berjangkit yang disebabkan oleh virus-virus influenza. Ia boleh terjadi secara tiba-tiba dan individu yang dijangkiti flu biasanya akan mengalami simptom-simptom seperti demam, batuk, sakit tekak, hidung berair atau tersumbat, sakit otot atau badan, sakit kepala, lesu (keletihan), muntah dan dalam kes yang jarang berlaku, cirit-birit (lebih kerap terjadi pada kanak-kanak berbanding orang dewasa).
Malangnya, sesetengah orang mungkin mengalami masalah dan komplikasi lebih serius yang adakalanya boleh membawa maut. Antara komplikasinya termasuklah radang paru-paru (pneumonia), jantung (miokarditis), otak (ensefalitis) atau tisu otot (miositis) dan kegagalan beberapa organ.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) mengkategorikan individu-individu ini kepada kumpulan-kumpulan berisiko tinggi seperti berikut:
• Kanak-kanak di bawah umur 5 tahun (terutamanya yang berusia 2 tahun ke bawah)
• Wanita hamil
• Warga emas melebihi 65 tahun
• Pesakit penyakit kronik
• Individu yang mempunyai masalah pernafasan.
Semua orang yang tergolong dalam kumpulan-kumpulan berisiko tinggi ini perlu mengelak dari dijangkiti flu. Salah satu cara yang paling berkesan ialah dengan mendapatkan vaksin untuk mencegah penyakit tersebut. Vaksin flu kuadrivalen memberi perlindungan meluas daripada empat virus utama flu – dua virus influenza A dan dua virus influenza B6. Dapatkan nasihat doktor untuk mengetahui sama ada ia sesuai untuk anda.
Ads
Individu-individu yang tidak berisiko tinggi juga digalakkan mendapatkan vaksin. Malah, CDC menyarankan semua orang yang berusia 6 bulan ke atas mendapatkan vaksin flu setiap tahun. Tiada siapa yang ingin terlantar sakit beberapa hari, atau menyebarkan penyakit kepada ahli keluarga, kawan-kawan, rakan-rakan sekerja atau yang lebih teruk lagi, individu-individu yang berisiko tinggi di sekeliling kita.
Kanak-Kanak & Wanita Hamil
Flu berbahaya kepada kanak-kanak kerana berjuta-juta daripada mereka jatuh sakit akibat flu, ada yang dimasukkan ke hospital dan ada juga yang meninggal dunia akibatnya. Kanak-kanak di bawah usia 5 tahun terutamanya yang berumur 2 tahun ke bawah berisiko tinggi mendapat komplikasi-komplikasi serius yang berkaitan dengan flu. Kanak-kanak yang menghidap masalah kesihatan kronik seperti lelah dan diabetes jenis 1 juga berisiko tinggi; seperti yang ditunjukkan dalam sebuah kajian, mereka adalah 4-21 kali lebih cenderung untuk dimasukkan ke hospital akibat flu. Memberi vaksin flu kepada kanak-kanak satu manfaat kepada ibu bapa apabila dapat mengurangkan kekerapan anak-anak berjumpa doktor, mengelakkan ketidakhadiran ke pejabat dan sekolah, dan paling penting mengelakkan kesengsaraan akibat flu yang teruk dan komplikasi-komplikasinya.
Kehamilan menyebabkan pelbagai perubahan pada sistem imun, jantung dan paru-paru. Ini boleh membuatkan wanita hamil (dan sehingga dua minggu selepas bersalin) lebih cenderung untuk mengalami penyakit yang teruk akibat flu dan risiko yang lebih tinggi untuk dimasukkan ke hospital. Mujurlah vaksinasi flu boleh diberikan semasa hamil dan telah terbukti dapat melindungi ibu dan bayi dari flu selama beberapa bulan selepas kelahiran. Bincanglah dengan doktor anda tentang vaksin flu yang sesuai.
Pesakit-Pesakit Penyakit Kronik & Warga Emas
Ramai rakyat Malaysia menghidap satu atau lebih penyakit tidak berjangkit seperti diabetes melitus jenis 2, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kanser, penyakit buah pinggang kronik, dan penyakit hati. Masalah-masalah kesihatan seperti ini membebankan sistem imun dan menyukarkan tubuh untuk melawan dan sembuh dari jangkitan flu11. Pelbagai perkara yang tidak dingini boleh berlaku – flu boleh menjadikan penyakit kronik sedia ada lebih serius (cth meningkatkan paras glukosa darah penghidap diabetes ke tahap bahaya) atau menyebabkan serangan jantung atau strok11. Semua ini menjadi lebih teruk apabila komplikasi-komplikasi flu mula muncul. Inilah sebabnya penghidap-penghidap penyakit kronik lebih cenderung untuk dimasukkan ke hospital atau meninggal dunia apabila dijangkiti flu.
Ads
Warga emas, terutamanya yang berusia 65 tahun ke atas, sangat terdedah kepada jangkitan flu. Kebanyakan mereka menghidap penyakit-penyakit tidak berjangkit. Risiko ini semakin meningkat kerana sistem imun mereka sudah lemah kerana usia yang lanjut.
Berdasarkan semua sebab ini, pesakit-pesakit penyakit kronik dan warga emas disarankan untuk menjadikan vaksinasi flu tahunan sebahagian daripada gaya hidup mereka. Ini akan menghasilkan perbezaan yang sangat bermakna untuk kesihatan dan kualiti hidup mereka.
Individu Yang Menghidap Masalah Pernafasan
Masalah pernafasan atau paru-paru melibatkan lelah, penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD), emfisema, bronkitis kronik dan fibrosis pulmonari. Sesiapa yang menghidap masalah-masalah ini perlu mengetahui risiko-risiko yang dibawakan oleh flu. Tambahan pula, kira-kira 17% kematian berkaitan flu setiap tahun boleh dilihat dalam kalangan penghidap-penghidap penyakit pernfasan kronik.
Ads
Lelah ialah masalah pernafasan yang paling lazim dan menjejaskan sejumlah besar golongan dewasa dan kanak-kanak. Bagi mereka, flu adalah ancaman yang serius walaupun lelah dan simptom-simptomnya terkawal dengan ubat-ubatan. Bagi orang dewasa dan kanak-kanak, jangkitan-jangkitan virus pernafasan adalah pencetus utama episod lelah mereka. Influenza boleh menyebabkan keradangan yang lebih teruk pada laluan udara dan paru-paru mereka yang sensitif. Ini akan memburukkan lagi simptom-simptom lelah dan meningkatkan kebarangkalian terjadinya radang paru-paru atau penyakit-penyakit pernafasan akut yang lain.
Setiap hari adalah cabaran untuk golongan yang menghidap masalah paru-paru. Bernafaslah dengan lebih mudah dengan menjadikan vaksinasi flu sebahagian daripada regimen penjagaan kesihatan anda.
Vaksin Flu Untuk Pengembara & Jemaah Haji Dan Umrah
Flu ialah risiko kesihatan boleh dicegah vaksin yang paling lazim untuk mereka yang mengembara atas tujuan perniagaan, percutian dan menunaikan haji atau umrah16. Mereka mungkin dijangkiti semasa menaiki kapal terbang atau berada berhampiran individu-individu yang dijangkiti di tempat-tempat yang sesak. Mujurlah para pengembara boleh mencegah flu dari mengganggu perjalanan mereka dengan mendapatkan vaksin sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum berlepas (untuk memberi tempoh yang mencukupi bagi membentuk imuniti vaksin yang diingini).
Berikut adalah nota ringkas untuk jemaah-jemaah haji dan umrah. Mereka sering mendapat jangkitan saluran pernafasan (termasuk flu) semasa berada di Tanah Suci. Kajian menunjukkan lebih daripada 90% rakyat Malaysia akan dijangkiti sekurang-kurangnya 1 simptom pernafasan semasa menunaikan haji atau umrah. Ini membawa masalah terutamanya kepada golongan yang lanjut usia atau yang turut menghidap penyakit kronik.
Untuk membantu mereka menunaikan tuntutan agama dengan tenang, para jemaah dinasihat mendapatkan vaksin bagi melindungi diri mereka dari flu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ayash bayi ajaib. Rupanya tangan kanan anak bongsu Shuib iaitu Ayash kurang berfungsi kerana Ayash dilahirkan ketika dia berusia enam bulan di dalam kandungan ibunya iaitu Allahyarham Siti Sarah.
Perkara itu dijelaskan sendiri oleh Shuib semasa siaran langsung di akaun TikTok miliknya bersama Ayash.
Ayash Bayi Ajaib
Menjawab persoalan ramai, Shuib menerangkan mengenai keadaan tangan kanan anak Ayash Affan yang dilihat seperti tidak normal seperti kanak-kanak biasa.
Kongsi Shuib lagi, sewaktu Ayash dilahirkan, anaknya itu tidak mampu bernafas dengan baik sehingga memerlukan bantuan okisgen dan hal itu memberikan kesan terhadap perkembangan otak serta fizikalnya.
“Ramai yang bertanya fasal tangan kanan Ayash ini, sebab dia dilahirkan tak cukup bulan dan dianggap sebagai bayi ajaib.
“Doktor yang sambut Ayash beritahu dia tidak bernafas selama lapan saat dan terpaksa masukkan tiub terus ke paru-paru barulah bernafas.
“Disebabkan itu oksigen lambat ke otak dan ada kesan calar di belakang otak, jadi sebelah tangan pada awalnya tidak berapa fungsi,” luah Shuib.
Tangan Kanan Ayash Sentiasa Dalam Keadaan Mengenggam
Ketika siaran langsung itu juga, Shuib turut menerangkan keadaan tangan kanan Ayash yang sentiasa berada dalam keadaan mengenggam.
Pada masa yang sama, Shuib turut menerangkan bukan hanya tangan tapi sebelum ini cara berjalan anaknya juga sedikit terganggu. Namun dirinya bersyukur kerana kini tangan Ayash semakin baik malah tangan kanannya juga sudah tidak seperti dulu.
“Tapi sekarang Alhamdulillah, sebelah kanan dia sudah banyak pakai. Dulu tangan dia genggam sekarang sudah mula buka sedikit.
“Masa usia dua tahun pun ketika berjalan dia agak senget ke sebelah kanan.
“Walaupun dia lahir tak cukup bulan tapi dia punya otak sangat bijak. Dia baik dan sangat tidak menyusahkan,” sambung Shuib.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Majlis resepsi Janna Nick ala Barat, Ustaz Wadi beri penjelasan kenapa balik awal. Hukum tetap hukum.
Pasangan artis Janna Nick sudah pun selamat bergelar isteri kepada Dini Schatzmann Sabtu lepas.
Majlis Resepsi Janna Nick Ala Barat
Di sebalik kegembiraannya meraikan hari bahagia, dirai mengikut pilihannya namun didakwa ala Barat oleh warganet di mana Dini dilihat melutut di hadapannya seperti membuat lamaran, kehadiran penceramah popular, Ustaz Wadi Annuar yang dijemput membaca doa menjadi isu sehingga membawa kepada pencerahan dari Ustaz Wadi mengenai isu yang timbul ini.
Kata Ustaz Wadi, dalam video pencerahannya, memaklumkan, dirinya dijemput menghadiri kenduri yang mana hukumnya wajib jika tiada sebarang keuzuran dan masa yang sama membaca doa untuk keberkatan majlis.
Namun dirinya balik lebih awal dan tidak menunggu hingga habis majlis tetapi sudah memaklumkan kepada tuan rumah untuk tidak berlamaan di majlis berkenaan.
“Saya dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan itu dan membaca doa. Apabila sampai di majlis itu, pasangan pengantin belum sampai lagi. Sepuluh minit kemudian, pengerusi majlis mengumumkan saya membaca doa yang ketika itu pengantin tak ada lagi.
“Habis baca doa, saya duduk di kerusi kembali. Kemudian saya nampak pengantin sampai dari hujung sana, saya beritahu PA (pembantu peribadi) bahawa kami kena balik kejap lagi dan tidak dapat teruskan majlis. Saya buat keputusan untuk tidak makan, (tidak) bergambar, (tidak) bersama mengikut tentatif sehingga ke akhir majlis,” katanya menerusi rakaman video di media sosial.
Ustaz Wadi Beri Penjelasan Kenapa Balik Awal. Hukum Tetap Hukum…
Ustaz Wadi memaklumkan selepas pasangan pengantin itu berucap dan beredar, beliau terus balik dan memaklumkan kepada ‘tuan rumah’ mengenai niat mereka untuk meninggalkan majlis lebih awal.
Menurutnya, tindakannya untuk balik awal adalah seperti yang diajarkan dalam Islam iaitu tidak memalukan orang lain, menimbulkan persepsi negatif serta tidak menjatuhkan tuduhan dan fitnah.
“Hukum tetap hukum, namun pada masa sama, tidak keruhkan keadaan dan menimbulkan fitnah,” katanya di akhir rakaman video berkenaan.
Terdahulu, kehadiran Ustaz Wadi Annuar sebagai agamawan terkenal ke majlis resepsi Janna Nick dan suami di resort terkemuka di Langkawi diraikan ala Barat mendapat pelbagai reaksi warganet.
Dr Say Cerita Pengalaman “Koyak” & “Meroyan” Selepas Bersalin
Pengalaman lahirkan anak pertama buat isteri gerun untuk hamil dan bersalin lagi. Kalau tak ada bantuan suami, boleh menjurus kepada meroyan selepas bersalin atau “postpartum”.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selalunya, kalau tak nak pakai kaca mata, kanta lekap jadi pilihan. Tapi ada juga yang memakainya untuk nampak cantik, pula tu ikut saja warna yang nak dipakaikan.
Namun, agak pelik juga bagi kes ini apabila seorang wanita tua tidak perasan begitu banyak kanta lekap di kelopak matanya. Tiap-tiap hari pakai tanpa memikirkan kanta sentuh yang digunakan sebelum ini masih di bahagian dalam mata.
Dalam perkongsian di instagram, seorang pakar oftalmologi California telah mengeluarkan 23 kanta sentuh yang terlupa dari mata pesakit.
Katerina Kurteeva, seorang doktor mata dari Newport Beach, California telah menyiarkan video Instagram beliau mengeluarkan beberapa kanta sentuh dari mata pesakit.
Kurteeva mendakwa telah menanggalkan tidak kurang daripada 23 kanta sentuh lama dari pesakit seorang wanita tua yang lupa berada di matanya selama beberapa bulan atau mungkin bertahun-tahun.
Video itu, dengan kapsyen “Jangan tidur dalam kanta sentuh anda!” menunjukkan Dr Kurteeva menggunakan q-tip untuk mengeluarkan berpuluh-puluh kanta sentuh lama dengan berhati-hati dari belakang mata seorang wanita tua. Sebahagian daripada mereka kelihatan bertukar hijau kerana ada di situ untuk tempoh yang lama.
.
.
“Saya telah mengasingkan semua kanta sentuh dengan teliti dan mengira jumlahnya sebanyak 23. Saya terpaksa menggunakan alat pembedahan yang sangat halus, forsep tukang emas untuk mengasingkan kanta sentuh itu,” tulis pakar oftalmologi itu di Instagramnya.
Pakai Kanta Semasa Tidur
Keadaan ini cukup mengejutkan dan langsung tak terfikir dan bagaimana seseorang itu boleh hidup dengan begitu banyak kanta lekap di mata tanpa merasakan ada sesuatu yang tidak kena.
Kurteeva menjelaskan bahawa pesakitnya selalu terlupa bahawa dia memakai kanta sentuh ketika dia tidur dan terus menambah yang baru.
.
“Satu peristiwa yang jarang berlaku apabila seseorang ‘terlupa’ untuk menanggalkan kanta lekap pada waktu malam dan terus memasukkan kanta baharu setiap pagi. 23 hari berturut-turut!!!” kata Dr Kurteeva.
Percaya atau tidak, 23 kanta sentuh dalam satu mata bukanlah satu rekod. Beberapa tahun yang lalu, ada seorang wanita berusia 67 tahun dari UK yang ada 27 kanta sentuh di matanya selama 35 tahun.
Mingguan Wanita : Seram pula bila tengok. Tertanya juga tak ada rasa apa-apa ke bila kanta tu ada kat bahagian atas mata?
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...