Uyaina Arshad dan Raja Syahiran Timang Anak Kedua- “Alhamdulillah Kedatangan Anakanda Kedua Yang Dikasihi.” Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad selamat melahirkan anak keduanya pada 17 Mei.
Melalui hantaran dilaman Instagram masing-masing, Uyaina dan suaminya, penyanyi Raja Syahiran berkongsi berita gembira itu.
Alhamdulillah kedatangan anakanda kedua yang dikasihi.
Bonda juga selamat sedang berehat selepas bertarung nyawa demi anakanda tercinta.
Semoga @rajaurhan menjadi seorang kekanda yang baik menjadi teladan buat adinda.
Tiada apa yang dipinta selain doakan kesejahteraan kami sekeluarga hingga akhir waktu.
Raja U?,” tulis Uyaina diruangan kapsyen.
Perkongsian tentang kelahiran anak kedua mereka dihujani ucapan tahniah daripada rakan artis dan juga warga maya.
Berikut antara komen-komen rakan artis dan juga warga maya.
Terdahulu, pasangan selebriti itu berkongsi berita gembira apabila mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki pada majlis pengumuman jantina anak.
Untuk info Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, dan Syahiran mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raja Urhan kini berusia dua tahun.
Sumber: Instagram Uyaina Arshad dan Facebook Uyaina Arshad
Baca artikel lain juga: Uyaina Arshad Kongsi Pengorbanan Ibu Selepas Pemergian Ayah, Ikat Perut, Bergolok-gadai, Pinjam Sana-sini, Asal Anak-anak Berjaya
Rezeki Hamil Anak Ke 2, Uyaina Arshad Dilantik Jadi Duta Baby Ayo
Pernah keguguran tahun lalu, Uyaina Arshad umum hamil anak kedua