Keibubapaan

Uyaina Arshad Kongsi Pengorbanan Ibu Selepas Pemergian Ayah, Ikat Perut, Bergolok-gadai, Pinjam Sana-sini, Asal Anak-anak Berjaya

Share

Uyaina Arshad kongsi pengorbanan ibu selepas pemergian ayah, ikat perut, bergolok-gadai, pinjam sana-sini, asal anak-anak berjaya. Kasih seorang ibu adalah anugerah yang tiada tandingannya. Ia melangkaui batas ruang dan waktu, memberi anak-anak kekuatan serta keyakinan untuk menempuh pelbagai cabaran.

Uyaina Arshad Kongsi Pengorbanan Ibu Selepas Pemergian Ayah

Kasih seorang ibu dianggap sebagai salah satu bentuk cinta paling murni dan mendalam yang wujud di dunia ini. Dari saat kelahiran hingga dewasa, seorang ibu memberikan kasih sayang tanpa syarat dan sentiasa memastikan kebahagiaan serta kesejahteraan anak-anaknya.

 

 

 

 

Seorang ibu adalah lambang ketulusan dan kekuatan, yang sentiasa memastikan setiap anak mendapat kasih sayang dan perlindungan yang tidak ternilai harganya. Keikhlasan ini tidak terhad oleh masa atau situasi, dan kasih seorang ibu adalah teladan tentang pengorbanan yang abadi.

Ikat Perut, Bergolok-gadai, Pinjam Sana-sini, Asal Anak-anak Berjaya

Berikut hantaran yang ditulis oleh Uyaina di laman Instagramnya. Nukilan jiwa seorang anak buat ibu tercinta.

Bersempena dengan Hari Ibu pada hari ini, saya nak cerita tentang seorang wanita hebat dalam hidup saya.

Ini adalah kisah ‘Ummi.’

Arwah Baba saya dulu adalah seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia. Dan Ummi adalah seorang surirumah. Mereka dikurniakan 4 orang anak; Attaful Uzair, Azameer Uzreem, Najla Umaira & Naseha Uyaina.

Tahun 1998, Baba saya meninggal dunia dan pulang ke negeri abadi. Sejak itu, Ummi menjalani hidup sebagai seorang ibu tunggal dan harus membesarkan kami 4 beradik seorang diri.

26 tahun berlalu. Pelbagai cabaran, jerih-perih kehidupan, kesusahan, pengalaman yang mematangkan telah dilaluinya. Kalau dibukukan, mungkin beratus mukasurat.

Tapi, Ummi berjaya. Tidak pernah sesekali mendabik dada, tetapi pencapaian 4 orang anaknya adalah kebahagiaan terbesarnya.

Anak sulungnya, seorang doktor perubatan.
Anak keduanya, seorang juruterbang.
Anak ketiganya, seorang pendidik.
Anak keempatnya, penyeri di kaca tv.

Persoalannya bagaimana?

Selama kami 4 beradik dibesarkan, walaupun tidak mewah, tetapi segalanya serba cukup. Kesederhanaan yang mendewasakan.

Apa yang pasti, Ummi beri kami 2 perkara.

Yang pertama, ilmu agama. Dididiknya kami sebaiknya. Dan yang kedua, pendidikan. Dihantarnya kami belajar tinggi-tinggi. Mencapai segala impian peribadi.

Dia ikat perut, bergolok gadai, pinjam sana sini. Tak apa. Asalkan anak-anaknya berjaya.

Itulah hebatnya seorang Ummi.

Tahun 2022, sekali lagi Ummi diuji. Anak sulungnya pula yang dijemput Illahi ke negeri abadi. Tepat pada ulang tahun kelahirannya yang ke 61 tahun. Suami dan anak sulung, kedua-duanya pergi pada usia yang sama. Berat ujian dan liku kehidupan yang dilaluinya..

Itulah kuatnya seorang Ummi.

Terima kasih Ummi… Kerana mendedikasikan seluruh hidupmu demi membesarkan kami 4 beradik.

‘Anak-ank yatim’ yang Ummi jaga dulu, kini giliran kami pula yang menjaga Ummi.

Doa kami anak-anak adalah supaya umurmu panjang.. Hidupmu diberkati.. Diberikan kesihatan yang baik.. Dapat beribadat untuk Tuhanmu.. Dan Berehatlah.. Bermainlah dengan cucu.. Berbahagialah dengan anak menantu..

Kerana kelak, Syurga pasti menantimu.

Selamat Hari Ibu, Ummi

Hantaran Uyaina di laman Instagramnya membuatkan warga maya rasa tersentuh. Berikut dikongsikan antara komen-komen warga maya:

 

 

Sumber: Instagram Uyaina Arshad

Baca artikel lain juga: Tidak Sanggup Berjauhan Dengan Anak Kesayangan, Uyaina Tak Kisah Tolak Tawaran Kerja

Enggan Anak Rasa Kekurangan, Bapa Tunggal Nekad Pakai Gaun Rai HARI IBU Di Sekolah!

“Moga Kita Sentiasa Bersama”, Rita Rudaini Akui Hatinya Menangis Membaca Ucapan Hari Ibu Dari Anak

Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.

Published by
Has