Ustazah Ummi peroleh PhD pada usia 82 tahun, inspirasi buat semua wanita. Usia tua bukan penghalang mencipta kejayaan dalam hidup. Asal mahu berusaha, pasti ada jalan menempuhnya.
Jika ramai berasakan usia tua hanya sesuai selalu ke surau atau masjid namun kejayaan Ustazah Siti Zaharah atau mesra disapa Ustazah Ummi memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada usia 82 tahun cukup membanggakan.
Ustazah Ummi Peroleh PhD Pada Usia 82 Tahun
Dikongsikan dari facebook Ustaz Dr Md Noor Hussin, pensyarah di Universiti Islam Selangor, dirinya berkongsi kisah hebat Ustazah Siti Zaharah Abdul Hamid yang memperoleh PhD pada usia 82 tahun.
“Alhamdulillah… Tahniah Ustazah Ummi @ Ustazah Siti Zaharah atas kejayaan yang dicapai dalam sesi Viva Voce PhD Islamiyyat, UIS – Universiti Islam Selangor.
“Kejayaan ini sangat bermakna kerana Ummi berjaya menamatkan pengajian PhD nya pada usia 82 tahun,” kongsinya.
Inspirasi Buat Semua Wanita
Tajuk kajian ditulis oleh Dr Siti Zaharah berjudul Pendekatan Tarbiah Zaynab Al Ghazali Al Jubayli Dalam Tafsir Nazarat Fi Kitab Allah.
Biar tidak banyak maklumat mengenai Ustazah Ummi ditulis tetapi berdasarkan komen-komen memaklumkan dirinya adalah seorang pencinta ilmu sejak dulu. Pernah menjadi felo dan banyak lagi.
“Dari dulu kenal umi pencinta ilmu, semua majlis ilmu ada kelibat umi. Moga terus cemerlang umi,dunia dan akhirat.
Setakat rekod yang pernah disiarkan oleh media sebelum ini, ada warga tua memperoleh PhD pada usia 81 tahun dan sudah pasti kejayaan Dr Ustazah Ummi ini pemangkin semangat buat generasi untuk berjaya seperti beliayu.
Apa yang pasti, usia bukan penghalang dalam pencarian ilmu. Pelaburan mencari ilmu tidak pernah merugikan malah sentiasa membahagiakan.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :-Jangan Pandang Rendah Penghantar Makanan, ‘Rider’ Ini Bukan Calang-Calang, Miliki PhD!
Lelaki Ini Buktikan Pernah Tak Cemerlang PMR (PT3), Akhirnya Genggam PhD
Kerana Dyslexia Pernah Dilabel Budak Lembab, Siapa Sangka Berjaya Raih PhD
Mata Kanan Buta Gigih Guna Kanta Pembesar, Ibu 7 Anak Berjaya Habiskan Phd!
13 Tahun Membesar Di Rumah Anak Yatim, Beliau Buktikan Mampu Genggam PHD
Semangat Luarbiasa, Ibu Anak 8 Berjaya Genggam PhD Biokimia Pergigian Usia 38 Tahun!
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.