‘Ustazah, Doakan Saya Jadi Orang Baik..’ Mohon Fathia Latiff Dalam Sebak Tangis

Share

Bila mana pelakon Fathia Latiff memilih untuk kembali bertudung sebelum Ramadan lalu, dia sudah bersedia untuk terima segala kemungkinan. Malah, keputusannya kali itu, benar-benar disertai dengan azam yang kuat untuk kekal bertudung.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga memberi ruang untuknya lebih dekat dengan keluara. Bergaul sentiasa, bersolat terawih bersama, sedikit sebanyak membuka pintu hidayah untuknya.

Kongsi pendakwah terkenal Ustazah Asma Harun, beliau cukup terharu apabila galerinya dikunjungi pelakon manis ini yang mahu mendengar ceramahnya. Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff sanggup menunggu lama untuk bertemunya. Malah, dalam pertemuan itu ada air mata gugur kerana keterujaan yang mendalam.

Sejam Lebih Fathia Dan Kawan-kawan Tunggu Nak Jumpa Ustazah

SubhanAllah, fathiya ke ni.. ustazah dah perasan tadi, macam pernah tengok.. maaf sangat dik lama menunggu, terima kasih sudi hadir ceramah dan datang galeri ya.”

Sejam lebih fathiya dan kawan-kawannya sabar menanti saya selesaikan beberapa urusan usai ceramah.

Ustazah, doakan saya ya, jadi orang baik, terima kasih banyak-banyak atas ilmu ustazah, rasa teruja sangat dan tak sangka dapat jumpa ustazah.. Rasa nak peluk-peluk je“, tak semena-mena kami sama-sama mengalirkan air mata.

Fathiya, ustazah doakan kamu istiqamah, terus kuat dan tabah, menjadi wanita yang solehah, berjaya dalam perniagaan dan apa jua yang kamu buat.. Juga dikurniakan suami yang soleh

..”

Ustazah sayang kamu dik, jaga diri baik-baik, kamu ni baik dan cantik, terima kasih ya datang daripada jauh, terima kasih sudi tunggu walau lama, rezeki ustazah dapat jumpa fathiya..”

Saya Jumpa Dan Raikan Semua Orang – Ustazah Asma

Kami teruskan perbualan sambil saya menuliskan autograf, fathiya ada hadiahkan tudung daripada jenamanya. Semoga lebih ramai wanita menutup aurat dengan baik.

SubhanAllah, saya sangat mengalu-alukan kehadiran rakan artis sekalian, saya nak berkawan dan berkenalan, siapapun anda, bagaimanapun penampilan anda, janganlah segan dan malu dengan saya.. Saya baik je, nampak je macam tegas garang, tapi ok je sebenarnya.. done claim .

Jemputlah datang ke galeri kami di Senawang, Negeri Sembilan, insyaAllah pejabat saya ada di bahagian atas, ada rezeki dapatlah kita jumpa. Boleh kita saling tolong menolong di dunia, lagi-lagi kita nak tolong menolong di Akhirat sana.

Kalau bukan artis ustazah nak jumpa ke?, subhanAllah.. Saya jumpa dan raikan semua orang, sedaya upaya saya cuba. Cuma mungkin kadang-kadang masa tak mengizinkan. Ada rezeki saya suka bina ukhuwah.

Sumber/Foto : Asma’ Harun

Published by
NETTY AH HIYER