Ustazah Asma’ Harun beri amaran, ada produk guna nama & gambar dirinya lariskan jualan. Sesetengah orang menggunakan populariti orang lain untuk melariskan produk jualan dengan cara yang salah dan tiada keberkatan dalam perniagaan.
Antara yang menjadi mangsa nama dan gambar digunakan ialah pendakwah Ustazah Asma’ Harun yang turut menjadi mangsa.
Bukan satu, dua atau tiga tetapi lebih banyak dari itu. Dalam satu perkongsian di facebooknya, pendakwah ini memberi amaran untuk mengambil tindakan saman jika nama dan gambarnya terus digunakan dalam penipuan jualan ini.
Dalam satu perkongsian di facebooknya, dirinya berkongsi amaran ini.
HATI-HATI DENGAN IKLAN PRODUK SEPERTI DI BAWAH, IA ADALAH PALSU DAN SATU PENIPUAN MENGGUNAKAN NAMA DAN GAMBAR SAYA, JANGAN TERPEDAYA
Saya ingin menegaskan bahawa semua posting berkaitan produk di bawah ini adalah PALSU DAN SCAMMER yang menggunakan nama saya untuk melariskan perniagaan mereka.
Mohon agar orang ramai lebih berhati-hati dan TIDAK TERPEDAYA.
Saya juga ingin menyeru Tuan/Puan semua untuk melaporkan laman facebook (report page) sebagai fake account kerana telah menggunakan gambar saya sendiri, Ustazah Asma’ Harun di media sosial mereka bagi tujuan PENIPUAN.
DI BAWAH ADALAH SEBAHAGIAN POSTING SCAMMER YANG DITEMUI, NAMUN MASIH BANYAK BENTUK LAMAN PALSU LAIN YANG DIBANGUNKAN SEMATA-MATA UNTUK MARKETING PRODUK DAN PELABURAN MEREKA.
Saya senaraikan SCAMMER di posting ini sebagai rujukan Tuan/Puan dan mohon semua bersama dalam usaha REPORT PAGE SCAMMER tersebut andai ternampak atau terjumpa di mana-mana laman media sosial agar tiada yang menjadi mangsa tipu daya.
Malah lebih teruk lagi, bayangkan jika produk tersebut memberi kesan negatif dari segi kesihatan kepada mereka yang membeli dan melanggan.
SEKALI LAGI, KEPADA PEMILIK AKAUN PALSU INI, JIKA TIDAK DITURUNKAN SEGERA POSTING BERKAIT PRODUK YANG DIPALSUKAN DENGAN ENTITI SAYA SENDIRI, TINDAKAN TEGAS AKAN DI AMBIL.
Semoga kita semua terpelihara daripada sebarang tipu daya dan perkara yang tidak baik, Allahumma Aminn. Mohon sebarkan agar tiada yang menjadi mangsa.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Jemaah Wanita Rebah 3 Kali Atas Pangkuan Ustazah Asma’ Harun Selesai Saie, Rupanya Terlalu Rindu Arwah Ibu
3 Tip Kebahagiaan Rumahtangga Ustazah Asma’ Harun