Pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias atau mesra dengan panggilan Ustaz Kazim sekali lagi dimasukkan ke hospital ekoran kesihatan yang terjejas sejak beberapa hari lalu. Dikatakan Ustaz Kazim tak sihat dan beliau telah dimasukkan ke hospital, diminta semua mendoakan agar kesihatanya bertambah baik.
Pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias dikejarkan untuk rawatan kecemasan ke sebuah hospital swasta di sini petang semalam.
Jelas pembantunya, Mohamad Amin Maula Mohamad Azizi, Ustaz Kazim dibawa hospital berkenaan selepas mengadu penat dan sakit kepala sebaik selepas pulang menghadiri rakaman program sebuah stesen televisyen di Kuala Lumpur.
“Melihat keadaan ustaz kami terus membawanya ke unit kecemasan hospital petang semalam,” katanya.
Keadaan Ustaz Kazim Bertambah Baik
Di samping itu, menurut Mohamad Amin yang juga Pegawai Tugas-Tugas Khas Pusat Pendidikan Al-Barakah, keadaan Ustaz Kazim, kini bertambah baik berbanding semalam.
“Setakat ini, alhamdulillah keadaan Ustaz Kazim hari ini bertambah baik dan dia masih sedang menerima rawatan di hospital.
“Kita akan memaklumkan perkembangan tahap kesihatan beliau dari semasa ke semasa,” katanya.
Diminta Semua Mendoakan Ustaz Kazim
Terdahulu, satu hantaran status dimuatnaik melalui media sosial Facebook Dato’ Mohd Kazim Elias hari ini berkenaan beliau sekali lagi dimasukkan ke hospital.
“Semoga Ustaz Mohd Kazim diberikan kesembuhan. Beliau sekali lagi dimasukkan ke hospital petang semalam sebaik sahaja sampai dari Bukit Jalil selepas mengadu dirinya tidak stabil sejak Isnin lalu,” katanya melalui hantaran Facebook berkenaan.
MW: Semoga Ustaz Kazim kembali sihat dan sembuh seperti sediakala. Insyallah…
Sumber:Berita Harian Online