Ustaz Ini Kongsi Pesakitnya Ada 2 Line Positif Mengandung, Buat Pemeriksaan Air Kencing Negatif, Bila Di Ruqyah Menjerit Kesakitan

Misteri yang dialami oleh seorang wanita dari Selatan Tanahair yang berusaha untuk hamil akhirnya terjawab. Sebelum ini, setiap kali beliau check guna alat penguji kehamilan ada 2 line positif mengandung. Tapi bila buat pemeriksaan doktor, katanya tak hamil

Menurut perkongsian Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin, pesakitnya itu sudah berkahwin 2 tahun tapi masih belum dikurniakan cahaya mata.

Beliau juga ada buat pemeriksaan doktor. Scan pun dah dilakukan. Doktor mengesahkan beliau ada cyst.

“Apa yang pelik bil pergi scan contoh bulan ini, cyst beliau 7 cm. Selang 2 bulan, sekali lagi beliau buat pemeriksaan semula. Ia jadi 2 cm pula.

“Lepas 1 bulan beliau tak puas hati. Lagi sekali buat pemeriksaan. Tiba-tiba cyst membesar balik 6 cm. Doktor pun berasa hairan kerana cyst yang membesar dalam masa yang amat singkat.”

Semasa beliau buat scan terakhir, ternampak sesuatu di perut beliau. Beliau bertanya pada doktor. Doktor pun tak tahu apa. Saya ada bulatkan di gambar (rujuk gambar scan).

Bukan Mengandung.. Ada Yang Menumpang Di Perut

Risau dengan apa yang berlaku, beliau datang buat rawatan untuk ikhtiar hamil. Ternyata ada yang menumpang di perut beliau.

Jin tersebut tinggal di perut beliau sudah lama. Beliau mengalami gangguan saka keturunan. Setiap kali beliau buat upt beliau dapati 2 line positif mengandung. Bila buat pemeriksaan doktor, doktor kata tak hamil.”

Seolah-olah ada yang lindung pula.

Balik buat check air kencing semula. Tiada lagi 2 line, dah negatif.

Itu lah yang berlaku pada beliau.

IKLAN

Bila datang haid perut sakit seperti di hiris-hiris, angin banyak dalam badan, kepala kerap sakit, kerap sesak nafas, kerap sakit belakang, tengkuk bahu belikat rasa lenguh berat, rambut banyak gugur.

Bila malam, gelisah tidur. Rasa seperti orang perhatikan, kerap nampak kelibat dalam rumah, kerap mimpi budak, bermain dengan budak, menyusukan budak, mimpi jatuh tempat tinggi, mimpi orang kejar nak bunuh, mimpi binatang berbisa, mimpi tempat kotor, mimpi bersalin dalam kesakitan, mimpi suami curang, mimpi orang meninggal.

Itulah yang berlaku pada beliau..

Bila di ruqyah menjerit kesakitan.

Makhluk itu menumpang di dalam perut memakan benih zuriat dan haid beliau. Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah jin yang menumpang dapat dikeluarkan.

Betul Ke Ustaz?

Ramai yang tak percaya tentang gangguan makhluk halus ini. Bila baca status saya di atas.”

Ramai yang bertanya saya, betul ke tanda Ustaz tulis tu? Kebetulan la kot, mana ada makhluk halus zaman sekarang ini. Mengarut je lah.

IKLAN

Itulah keluhan pada orang yang tak percaya. Hanya yang mengalami dan pernah alami sahaja memahami semua ini.

Beliau ada memberi gambar scan kepada saya.

Di bawah gambar scan yang diberi dalam bulatan seolah seperti makhluk bermata. Kebetulan di situ lah perut beliau kerap sakit.

 

Ustaz Ini Kongsi Pesakitnya Ada 2 Line Positif Mengandung, Buat Pemeriksaan Air Kencing Negatif, Bila Di Ruqyah Menjerit Kesakitan

IKLAN

 

Mungkin hanya kebetulan (Semua itu hanya gambar scan sahaja), sah atau tak hanya Allah yang tahu.
Mungkin yang lebih pakar lebih tahu dalam hal ini.

Saya hanya bantu mana yang mampu. Yang menyembuhkan semua atas izin Allah. Moga dijauhkan perkara di atas berlaku pada diri kita dan family kita.

Aamiin Ya Allah.

Sumber/Foto : Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin (Mujahidin Al Banjari)

 

https://www.mingguanwanita.my/akibat-sihir-cinta-sehari-selepas-ijab-kabul-suami-berperangai-pelik/

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI