punca rezeki

Sebagai seorang anak, tanggungjawab pada mak ayah janganlah dilupakan. Biarlah pendapatan tak banyak mana pun, asingkanlah sedikit gaji yang diperolehi setiap bulan untuk diberikan kepada mereka.

Benar, adakalanya mak ayah ni tidak mengharapkan pun duit daripada anaknya.Namun percayalaah dalam perkongsian rezeki tersebut, adanya keberkatan yang menanti, malah menjadi salah satu punca rezeki makin bertambah, melimpah ruah, serta hidup tak susah.

Jemput baca perkongsian pengalaman oleh Ustaz Khailil Razak ini, sebagai panduan dan pengajaran;

KENAPA REZEKI MAKIN BERTAMBAH DAN HIDUP TAK SUSAH

Saya pernah tak bagi duit kat ayah saya dulu walaupun saya dah mula berniaga.. Saya rasa nak bagi rm100 rasa macam berkira sangat. Di UKM saya berniaga income dapat dalam purata RM3k sebulan.. Macam-macam business saya buat.. Saya rasa banyak sangat dapat.. Tapi duit tu rasa macam habis macam tu je.. Saya rasa macam ada benda tak kena..

Satu hari abang saya no 4 tanya saya.

“Mung niage doh ni buwi dop duit ke ayoh.. Jangang wak lupe tu.. Anok laki wajib buwi nafkah pada mok ayoh.. Dop berkat kekgi..”

Saya fikir saya belajar lagi.Tak kan nak bagi kat ayah dah.Saya terus termenung.. Tepuk dahi saya.. Allah… Apa aku buat ni.. Sampai ayah pun aku lupa nak bagi dia.

IKLAN

Bagi Duit Untuk Keberkatan

Ada juga yang rasa.. Owh.. Ayah mak saya dah tak perlu.Duit diorang pun dah banyak.. Pencen ada.. Tak sebenarnya.. Kita bagi bukan sebab duit tu. Tapi sebab kita nak kan keberkatan..duit banyak-banyak tak guna kalau tak ada keberkatan.. allahu..

Saya terus minta no akaun ayah saya pada abang saya terus masukan duit RM300.Ingat lagi kali pertama bagi kat ayah.Allahu… Saya mula rasa lain.. Duit rasa macam ada je.. Tak habis-habis, malah bertambah. Boleh belanja kawan-kawan.. Boleh bantu kawan-kawan yang susah.Sejak daripada tu.Saya tak pernah miss masukan duit setiap bulan.

Sekarang saya dah makin tak berkira dengan ayah.Ayah nak apa je insyaALLAH saya akan penuhi.Pernah tahun lepas ayah ngadu motor elektrik ayah dah nak rosak.Dah selalu habis bateri.Saya dengar terus saya balik kampung terus belikan ayah motor elektrik baru RM2800.Tetap tak sama dengan nilai ayah belikan saya kereta mainan harga Rm30 dulu masa saya kecik.Sebab ayah dulu nak dapat rm30 dengan penuh tangisan dan air mata.ya Allah.. Sejak tak berkira dengan ayah.. Bulan-bulan pun dah ribu.. Makin banyak bagi kat ayah makin melimpah ruah rezeki Allah bagi.

Ustaz Ini Kongsi Pengalaman Luar Biasa, Rezeki Makin Bertambah & Hidup Tak Susah Bila Bagi Duit Pada Mak Ayah

IKLAN

Salah Satu Punca Rezeki

Dari situ saya mula belajar, Kecik mana pun pendapatan kita.Bagi duit kat mak ayah satu punca rezeki yang paling mudah nak tarik daripada khazanah Allah.Ramai anak muda hari ni ambil mudah dengan nafkah pada mak ayah.Kalau kita tak bagi duit kita kat mereka.. Duit tu pasti juga akan habis ke tempat lain.. Allahu..

Ya Allah kau panjang kanlah umur ayah saya dan kami semua agar kami dapat khidmat lagi pada nya dengan sebaiknya.. Ya Allah.. Kau dah panggil mak saya ketika saya masih belum semoat khidmat padanya.Janganlah kau panggil ayah saya lagi.. Saya masih belum puas khidmat ayab saya..tolong ya Allah.. Huhuk.. Amiiiin

Nota kaki : Bila mula rasa berkira dengan mak ayah.. tunggu lah kesusahan yang akan dilalui..

IKLAN

Boleh share dan tag pada rakan-rakan adik beradik suami isteri kita.

Pakar Remaja,
Ustaz Tido

Semoga bermanfaat!

Memang ada benarnya, walaupun sedikit mana pendapatan kita, asingkanlah sedikit rezeki yang ada untuk mak ayah. Ia salah satu cara menjemput rezeki agar melimpah ruah serta diberikan keberkatan dalam kehidupan.

Sumber:Khailil Razak

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI