Ustaz Ebit Sebak & Sayu Ziarah Keluarga Arwah Zulfarhan, Sempurnakan Cita-Cita Arwah Bawa Mak Ayah Ke Tanah Suci

Share

Ustaz Ebit sebak & sayu ziarah keluarga arwah Zulfarhan, sempurnakan cita-cita arwah bawa mak ayah ke tanah suci. Seperti mana yang diketahui umum, Allahyarham Zulfarhan Osman merupakan pelajar Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) yang maut akibat dipukul beramai-ramai oleh rakan sekuliah.

Sememangnya kehilangan anak tercinta bukanlah satu perkara mudah untuk diterima. Namun ibu dan ayah arwah Zulfarhan terpaksa menerima dugaan daripada Allah ini dengan reda.

Ustaz Ebit Sebak & Sayu Ziarah Keluarga Arwah Zulfarhan

Menerusi coretan di laman sosial, pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew telah berkesempatan menziarahi keluarga arwah Zulfarhan. Malah Ustaz Ebit juga turut berkesempatan melawat pusara arwah.

Tatkala melangkah menjenguk keluarga tersebut, Ustaz Ebit juga berkesempatan menghadiahkan tiket dan pakej umrah buat ibu dan ayah arwah Zulfarhan. Rupa-rupanya, arwah sememangnya bercita-cita untuk membawa mak dan ayahnya ke tanah suci.

“Sebak sayu rasa ziarah mak ayah Arwah Zulfarhan UPNM. Selepas Subuh tadi saya terus ke Skudai Johor. Hari ini hari lahir arwah 29 Nov.

“Saya niat hadiahkan tiket dan pakej umrah buat mak ayahnya disember ini. Syukur mereka gembira menerimanya. Segala puji bagi Allah. Menangis gembira terutama hari lahir arwah Farhan. Terasa macam anaknya sentiasa ada dekat.

 

Berat Ujian Allah

“Berat ujian mereka kehilangan anak tersayang. Arwah Zulfarhan rupanya Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru.

“Sekolah saya dulu. Maknanya junior saya dulu. Beliau anak yang baik. Anak sulung bercita-cita nak bawa keluarga pergi haji umrah.

“Kata maknya tempat duduk ustaz tu tempat arwah berehat selalu. Sepanjang berbual dalam senyuman kedua ibu bapanya asyik mengalir air mata.

“Sempat ziarah sekolah tempat maknya bekerja berjumpa guru dan rakan pejabatnya. Ayahnya bekerja bawa teksi. Baik sangat kedua mak ayahnya. Lemah lembut orangnya.

“Syukur Allah Jemput Kami”

“Mereka teringin sangat nak pergi haji atau umrah. Katanya syukur Allah jemput kami melalui ustaz. Semoga Allah mudahkan segala urusan keluarga ini.

Baca Disini Juga:

“Bila Kita Diuji Allah. Ingatlah Allah Sayang Kita” Ustaz Ebit Lew

“Tidak Salah Ingin Menjadi Kaya, Namun Jadilah Orang Kaya Yang Beriman Dan Bertaqwa” Ustazah Asma’ Harun

Ustaz Ebit Lew Sebak & Terharu, Dihadiahkan Dua Kenderaan Pikap Kegunaan Misi Bantuan

 

 

Berdoa Bersama-Sama

“Sempat ziarah kubur arwah tadi. Berdoa bersama-sama. Ya Allah ampuni dan sayangilah keluarga Farhan ini. Berilah mereka kekuatan dan ketabahan melalui ujian hidup ini. Beri kesihatan yang baik buat keduanya dan adik-adik arwah Farhan,” kongsi Ustaz Ebit Lew.

Sumber / Sumber Foto : Facebook Ustaz Ebit Lew

KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:

Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/

Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/

Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/

Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/

Untuk pertanyaan hubungi : 0196328758

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanitaMW

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Norhayati Suboh