Ustaz Ebit Lew Kata Solat Awal Waktu Buat Mak Ayah Saling Cinta Setiap Hari Sampai Lebih 50 tahun, Itulah Rahsia Bahagia!

Share

Ramai pasangan suami isteri tak ambil pusing besarnya kuasa SOLAT dalam membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew memang dah kerap kali berkongsi perihal solat dalam ceramahnya baik di Youtube, Facebook mahupun Instagram.

Mulalah cari macam-macam formula nak pikat kembali hati pasangan. Formula yang mak ayah motivator Ustaz Ebit Lew ini pegang mudah saja ‘solat awal waktu’. Sebab kata-kata itulah yang dituturkan oleh arwah emaknya sebelum pergi menghadap Ilahi. Bacalah sampai habis, nanti pasangan suami isteri akan jumpa rahsia membina rumah tangga bahagia bersama pasangan anda.

Walau Sakit InsyaAllah Ayah Solat

Dah dekat 80 tahun dan ayah mertua saya muda sikit jer dari ayah saya. Setiap lepas solat dia akan doa

Ya Allah temukanlah diriku dengan isteriku dalam syurga. Saya rindu isteri saya. Dia bersama saya belajar Islam. Temukanlah saya dengannya dalam syurga. Walau sakit di hospital, ayah insyaAllah solat

.”

Hati ini sangat hormat dan sayang padanya. Pohon doakan ayah saya dan ayah mertua saya sentiasa sihat dalam kebaikan.

Walau dulu-dulu dengan anak-anak garang. Dengan mak saya macam pasangan bercinta setiap hari. Pernah waktu mak masih ada tetapi tiada di rumah. Dia tidak akan makan kalau mak takda. Pergi jauh mana tak selera makan kalau mak takda. Takkan makan…

Makan berdua dan berbual setiap hari. Saya terfikir tak habis-habis cerita mereka setiap hari. Tak pernah tinggi suara atau kasar pada mak. Malam-malam mereka berbual-bual sepanjang malam sampai tertidur.

Itu buat hati ini makin cinta dan sayang dan hormat padanya. Macam mana bercinta lebih 50 tahun. Tapi cinta itu tak pernah berubah dari hari pertama. Subhanallah itu indahnya rasa cinta yang Allah jadikan.

Bila mak masak. Setiap hari ayah akan datang dari belakang tengok makanan. Pegang-pegang mak. Nak berpeluk jer..mereka buat apa-apa mesti berdua.
Ingat kata-kata akhir mak pada bapak.

Kenapa Mak Minta Ayah Solat Awal Waktu

Maafkan mak tak dapat masak dan layan ayah setiap hari kerana mak dah nak pergi. Kalau ayah nak jumpa mak dalam syurga jaga terus jaga solat awal waktu. Dia minta ayah saya baca fatihah.. dia nak dengar

.”

Sedih bila hari ini tengok orang mengadu. Suami sibuk dengan telefon setiap hari. Tak peduli keluarga. Pandang pun tak mahu. Balik lewat. Sampai rumah main handphone. Tak ambil tahu hal isteri dan anak-anak. Duduk lepas tu keluar balik 2 ke 3 pagi setiap hari.

Dengan orang luar baik. Dengan keluarga kasar sangat. Muka tak nak senyum. Tak pernah ajak keluarga solat atau baca Al-Quran. Doa sama-sama pun tak pernah.

Pohon doakan ayah mertua saya dan ayah saya yang sakit waktu ini.

Terima kasih tak terhingga buat semua doktor dan kakitangan hospital yang membantu merawat ayah saya dan ayah mertua saya. Semua kakitangan Hospital Selayang, Hospital Muadzam Shah, Hospital Tentera, Hospital Ampang, Klinik Medivron yang semuanya sangat baik.

Pasti Allah balas dengan sebaik-baiknya. Terima kasih. Allah tambah rezeki dan kebaikan sampai syurga buat semua doktor dan kakitangan hospital yang baik.

Terima kasih adik beradik dan ipar yang menjaga ayah dan ayah mertua. Allah sayang semua.

Ini Pula Kisah Ayah Mertua Ustaz Ebit Lew

Ayah mertua saya seorang yang sentiasa bercinta dengan mak mertua saya.

Syukur Allah hadiahkan mertua yang setiap kali jumpa saya sentiasa mendoakan saya. Juga seperti ayah sendiri. Sangat baik. Ya Allah. Sifat ayah mertua buat saya malu. Penuh kelembutan dan cinta.

Ayah mertua tercinta. Berdua ke surau dan majlis ilmu semenjak 50 tahun lalu…subhanallah. Jadi imam. Suka menolong orang. Sentiasa cakap terima kasih. Saya malu rasa. Saya yang patut 24 jam cakap terima kasih sebab beri anaknya yang baik, solehah dan menawan.

Terima Kasih Allah

Terima kasih kerana Allah hadiahkan rasa cinta ini.

Diberi mak ayah dan mak ayah mertua yang sentiasa memberi contoh kisah cinta kerana Allah.

malam tadi tengah malam dia kata ayah doakan program keluarga sunnah sabtu ini jadi asbab hidayah. Kita buat apapun minta asbab orang bukan Islam dapat Islam.

Doakan ayah dapat datang katanya. Itulah doa buat hati ini makin semangat buat dakwah.

Sumber/Foto : Facebook Ebit Lew

Published by
Netty Ah Hiyer