Keluarga anak perempuan kecil ini diuji hidup menjadi gelandangan. Tidur malamnya cuma beralaskan kotak di atas jambatan bertemankan nyalaan ubat nyamuk. Sayunya ibu hamil lagi.
Bersama anggota polis, Ustaz Ebit Lew menjalankan misi membantu keluarga yang diuji dengan kesusahan dan kesempitan hidup ini. Terkini, mereka sudah pun mendapat rumah sewa dengan bayaran bulanan ditanggung sepenuhnya oleh Ustaz Ebit.
Kongsi Ustaz,
Sebak rasa seharian carikan rumah untuk adik ni dan mak ayahnya. Dapat rumah 1 bilik. 1 ruang tamu dan ada dapur dan tandas semuanya. Saya bayarkan RM500 sebulan dari tuan rumah. InsyaAllah saya akan terus bayar bulan-bulan selagi mampu insyaAllah. Saya bagi free jer pada mereka. Bila tengok adik ni berlari-lari main mainan patung hadiah dari anak saya. Sebak menangis rasa hari ini.
Ubat hati ini semalam tengok tidur di jambatan alas kotak.
Tadi ada seorang abang bagi rumahnya free. Dia berada di oversea. Tapi kawasan kondo tu kena halau pula. Sedih gak. Takperlah. Katanya undang-undang. Ya Allah selalu begitu pandangan orang pada orang miskin dan gelandangan. Tuan rumah bagi. Tapi AJK tak bagi. Susah juga call sana sini. Banyak protokolnya.
Saya dah biasa kena halau bila bawa adik jalanan atau gelandangan pergi shoping. Hati saya dah lali kena halau ini. Luka sikit tapi cepat jer pulih. Kena halau dalam dunia ini takper. Jangan kena halau di akhirat.
Syukur kawan-kawan bantu. Terima kasih abang Azman dan semua kawan-kawan yer. Terima kasih tuan rumah baik hati bantu masuk malam-malam ini. Saya doakan semua yang bantu Allah rahmati dan kasih sayangnya. Saya dah hadiahkan tikar, toto, bantal, tilam dan barang dapur. InsyaAllah esok hantar lagi barang-barang lain.
Sabarlah yer abang kakak. Kita mungkin buat silap dan kadang orang pandang rendah. Tapi kita hidup untuk Allah sayang.
Saya doakan Allah bantu abang dengan kakak yer. InsyaAllah Allah Maha Baik. ALLAH Maha Mengetahui.
Malam tadi baru nak baring lepas live tadi tengok ramai tag saya di fb Amin Mean jumpa adik ni tidur dekat jambatan Patron Selayang tiada rumah dah 4 hari di sini. Saya terus gerak ke sana dah 11.30 malam dan lalu roadblock dekat situ.
OCPD tanya ustaz ke mana ni. Saya minta bantuan mereka. Baik sangat semua ikut saya membantu. Sebak rasa. Terima kasih ACP Arifai Ketua Polis Daerah Gombak dan semua abang polis bersama saya tadi. Hebat PDRM. Abang polis semua tolong angkat barang kakak ni dan anaknya.
Sampai atas menangis tengok adik comel ni dah tidur. Sejuknya lah ya Allah. Alas kotak jer. Macam anak saya kecil. Dah lena dekat rumah. Adik ni atas jambatan susahnya. Meronta hati melihat. Terus ajak anak ini dan ibunya bawa balik rumah. Tanya suami katanya pagi kot baru balik sini. Syukur rasa. Akak ni kenal saya. Pernah baca buku pasal isteriku bidadari. Akak ni tengah mengandung lagi. Ya Allah lagi sayu sebak rasa bersalah.
Dengan bantuan polis saya bawa akak ni balik rumah. Ya Allah apalah ujian mu anak kecil. Ada masalah keluarga juga. Polis kata apa-apa call jer ustaz. Kita bantu ustaz. Terima kaseh ustaz tolonglah yer anak ni ustaz. Sedih rasa.
Siapa ada rumah untuk disewa sekitar KL atau area Gombak ni yang tak mahal boleh pm saya yer. Terima kasih yer (Note : ustaz sudah menemui rumah sewa)
Sejuk hati tengok adik ni tadi baru sekejap tidur alas kotak dan ada ubat nyamuk. Sekarang dah takde nyamuk. Tidur lena yer adik comel bilik selesa aircond tandas semua selesa. Allah sayang. Terima kasih adik yang tag dan Amin Mean atas berita dan gambar itu.
MW : Semoga Ustaz diberi kemudahan dalam menjalankan kerja-kerja amal sepanjang musim PKP Covid-19 ini.
Baca sini : Pesakit tahfiz Covid-19 tetap solat berjemaah dalam wad, jarak 1 meter
Sumber/Foto : Ustaz Ebit Lew