Pesanan Ustaz Don buat isteri yang suaminya sudah ada orang lain, isteri kena sabar, diam kemudian susun strategi. Jangan bertindak melulu. Sabar tak bermaksud kena menyerah tanpa lakukan apa-apa.
Sebaliknya bila kita sabar segalanya akan menjadi lebih rasional. Seseorang itu juga akan dapat berfikir secara matang dan ambil langkah terbaik untuk berdepan dengan konflik rumah tangga. Tidak dinafikan memang sukar untuk menerapkan rasa sabar dalam diri, namun percayalah sikap sabar adalah kunci atau cara terbaik mengatasi konflik dalam perkahwinan.
ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Don Daniyal Jelaskan Petanda MIMPI Itu Benar, Bukan Mainan Tidur!
Khas Buat Para Suami, Tip Amalan Ustaz Don Sepanjang 8 Tahun Bernikah Ini Sangat Berguna!
2 Solusi Ini Islam Ajar Untuk Tangani Hati Yang Alami Depresi – Ustaz Don Doniyal
Ustaz Don Daniyal menyarankan apabila sebuah rumah tangga berdepan dengan orang ketiga, pertama sekali, banyakkan membaca doa. Doa yang dimaksudkan ialah doa pendinding agar Allah melindungi kita, memelihara kita sebab ujian pasti akan datang.
‘Sebab itu suami-suami dan isteri-isteri janganlah enjoy sangat. Ini tidak, bila sudah berkahwin ramai merasakan dunia ini seperti dia yang punya,” jelasnya.
Sebenarnya sikap ‘lupa diri’ ini perlu dijauhi, sebaiknya ada masanya kita luangkan untuk zikir atau membaca Mathurat bersama-sama. Jangan tinggalkan amalan-amalan sebegini setelah berkahwin.
‘Tapi bila jadi sesuatu kita salahkan semua, kita tak tak nak pula salahkan diri kita.
‘Sebaiknya, binalah pertahanan dulu. Sesungguhnya pertahanan yang paling ampuh adalah doa, zikir munajat kerana Allah yang memantau rumah tangga kita.’ Terangnya.
Namun begitu, jelas Ustaz Don jika pasangan tetap diuji biarpun telah lakukan apa yang telah disarankan.
‘Seperti mana yang Allah sebutkan dalam Al-Quran, minta tolonglah dengan sabar dan sembahyang.
‘Ada yang bertanya kenapa perlu sabar dahulu sebelum sembahyang, sebab bermula dengan sabarlah barulah kita solat,’ katanya.
Selain itu tambah Ustaz Don lagi, bila seorang isteri mengetahui yang suami mempunyai orang lain atau ada wanita lain. Dia kena belajar untuk bersabar, susun starategi dan cuba cakap dengan suami untuk memenangkan balik haknya.
‘Kalau isteri tak sabar bila suaminya suka dekat wanita lain, dengan mudah suami akan meletakkan segala kekurangan dan kelemahan kepada isteri. Itu standart.
‘Oleh itu, sekali lagi ditekankan bila berdepan dengan situasi begini, isteri kena bersabar. Jika isteri tunjuk sikap garang. Jadi suami akan menjadikan sikap isteri ini sebagai alasan untuk curang,’ jelasnya.
Sekali lagi terang Ustaz Don, percayalah orang yang diam, steady dan tak berhujah pasti dia akan menang. Jadi bila berlaku perkara begini dalam rumah tangga, kena sabar.
Namun begitu tak bermakna sabar dan terus mendiamkan diri. Sebaliknya tegas Ustaz Don, sikap sabar adalah langkah pertama, dalam masa yang sama susun strategi apa nak buat untuk tambat kembali hati suami kita dan kaji kembali apa kekurangan diri kita selama ini.
Terakhir, jangan takut memohon pertolongan tapi perlu diingat jika minta tolong daripada ibu bapa sendiri atau mentua pastikan mereka jadi hakim, bukannya jadi penyokong atau pemihak.
Jika ibu bapa bersikap sedemikian, awal-awal tolak. Memang tak boleh. Sebab keadaan ini akan mengeruhkan keadaan. Sabar memang mudah diungkap, tapi sukar untuk lakukannya. Apatah lagi setelah beberapa kali memberi peluang pada suami.
BACA LAGI: “Suami Curang Lebih Cepat Mati..”, Pilihlah Untuk Setia, Tentu Tak Berani Untuk Mendua
Alasan Tak LOGIK Suami Mahu Bercerai “Padahal Dia Dah Ada Orang Lain” Wanita Ada Harga Diri Ya!