Ustaz Don direhatkan bersiaran Di RTM, susulan bacaan hadis diragui kisah cinta Rasulullah. Ada banyak teguran terhadap Ustaz Don Daniyal apabila dirinya berkongsi kisah Rasulullah terhadap wanita bernama Ummi Hani yang menolak pinangan Rasulullah sebanyak tiga kali.
Seperti diketahui, Ummul Mukminin Ummu al-Qasim Khadijah binti Khuwailid R.Anha, wanita dijamin syurga dan melahirkan anak-anak Nabi adalah cinta pertama Rasulullah.
Dakwaan Ustaz Don bahawa Rasulullah telah melamar Ummi Hani sebanyak tiga kali namun ditolak oleh wanita tersebut. Hal itu mendapat teguran dari ramai sarjana Islam yang menyatakan kisah diceritakannya itu palsu.
Antaranya ialah Dr Abu Hafiz Salleh Hudin yang bertegas mahukan Ustaz Don mengemukakan bukti bahawa bacaan hadis tersebut adalah sahih namun pendakwah itu tidak membuat sebarang pembetulan.
Terbaru dalam kenyataannya, Dr Abu Hafiz menulis, “RTM perlu lebih tegas dan tindakan mengekalkan penceramah itu di Program Salam Baitullah sangat tidak tepat.
“Agensi Kerajaan menghantar mesej sangat salah bila tidak menukar atau mengganti jemputan itu.
“Sehingga ke hari ini, sungguhpun telah ditegur ramai sarjana termasuk autoriti agama, penceramah itu kekal tidak memohon maaf atau menarik balik dakwaan² pelik dan bacaan hadis palsu. RTM, pembohongan atas nama Nabi SAW adalah jenayah berat dalam Islam! Tulisnya.
Susulan kritikan ramai, terbaru di aplikasi X, Ketua Pengarah Penyiaran, Suhaimi Sulaiman memaklumkan bahawa Ustaz Don Daniyal direhatkan seketika dari program Salam Baitullah.
“Untuk meredakan keadaan, I have asked the team to “rehatkan” dulu Ust Don from Salam Baitullah. Don’t ask me about what I think or feel (jangan tanya apa saya fikir dan rasa). Numbed (terkelu).
Berkenaan isu riwayat kisah hidup Baginda Rasulullah SAW semalam, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan kenyataan menjelaskan mengenai isu terbabit dan kenyataan mengenai Ummu Hani sebagai cinta pertama Nabi Muhammad SAW turut diragui.
Justeru, orang ramai tidak sewenangnya menyatakan sesuatu perkara yang tidak benar berkenaan Baginda.
Ia mesti didasari dengan suatu asas ataupun dalil yang menyatakan secara khusus perkara sedemikian lebih-lebih lagi perkara yang membabitkan soal hati dan perasaan seseorang.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Speed Dating Tak Ikut Landasan Islam Dalam Taaruf, Ustazah Asma’ & Ustaz Don Tegas Ia Tak Perlu Dipromosikan
Ustaz Don Pesan, Isteri Kena Sabar, Diam Kemudian Susun Strategi Bila Suami Ada Orang Lain
Ustaz Don Daniyal Jelaskan Petanda MIMPI Itu Benar, Bukan Mainan Tidur!
2 Solusi Ini Islam Ajar Untuk Tangani Hati Yang Alami Depresi – Ustaz Don Doniyal
Ustaz Don Ajar Bacaan Mudah Tahnikkan Anak, Mak Ayah Boleh Buat Sendiri