Ustaz Don direhatkan bersiaran Di RTM, susulan bacaan hadis diragui kisah cinta Rasulullah. Ada banyak teguran terhadap Ustaz Don Daniyal apabila dirinya berkongsi kisah Rasulullah terhadap wanita bernama Ummi Hani yang menolak pinangan Rasulullah sebanyak tiga kali.
Seperti diketahui, Ummul Mukminin Ummu al-Qasim Khadijah binti Khuwailid R.Anha, wanita dijamin syurga dan melahirkan anak-anak Nabi adalah cinta pertama Rasulullah.
Ustaz Don Direhatkan Bersiaran Di RTM
Dakwaan Ustaz Don bahawa Rasulullah telah melamar Ummi Hani sebanyak tiga kali namun ditolak oleh wanita tersebut. Hal itu mendapat teguran dari ramai sarjana Islam yang menyatakan kisah diceritakannya itu palsu.
Antaranya ialah Dr Abu Hafiz Salleh Hudin yang bertegas mahukan Ustaz Don mengemukakan bukti bahawa bacaan hadis tersebut adalah sahih namun pendakwah itu tidak membuat sebarang pembetulan.
Terbaru dalam kenyataannya, Dr Abu Hafiz menulis, “RTM perlu lebih tegas dan tindakan mengekalkan penceramah itu di Program Salam Baitullah sangat tidak tepat.
“Agensi Kerajaan menghantar mesej sangat salah bila tidak menukar atau mengganti jemputan itu.
“Sehingga ke hari ini, sungguhpun telah ditegur ramai sarjana termasuk autoriti agama, penceramah itu kekal tidak memohon maaf atau menarik balik dakwaan² pelik dan bacaan hadis palsu. RTM, pembohongan atas nama Nabi SAW adalah jenayah berat dalam Islam! Tulisnya.
Ads
Susulan Bacaan Hadis Diragui Kisah Cinta Pertama Rasulullah
Susulan kritikan ramai, terbaru di aplikasi X, Ketua Pengarah Penyiaran, Suhaimi Sulaiman memaklumkan bahawa Ustaz Don Daniyal direhatkan seketika dari program Salam Baitullah.
“Untuk meredakan keadaan, I have asked the team to “rehatkan” dulu Ust Don from Salam Baitullah. Don’t ask me about what I think or feel (jangan tanya apa saya fikir dan rasa). Numbed (terkelu).
Untuk meredakan keadaan, I have asked the team to ‘rehatkan’ dulu Ust Don from Salam Baitullah. Don’t ask me about what I think or feel. Numbed.
— Suhaimi Sulaiman (@suhaimisulaiman) June 5, 2024
Berkenaan isu riwayat kisah hidup Baginda Rasulullah SAW semalam, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan kenyataan menjelaskan mengenai isu terbabit dan kenyataan mengenai Ummu Hani sebagai cinta pertama Nabi Muhammad SAW turut diragui.
Ads
Justeru, orang ramai tidak sewenangnya menyatakan sesuatu perkara yang tidak benar berkenaan Baginda.
Ia mesti didasari dengan suatu asas ataupun dalil yang menyatakan secara khusus perkara sedemikian lebih-lebih lagi perkara yang membabitkan soal hati dan perasaan seseorang.
Suatu ketika dahulu, kerjaya jururawat bukan pilihan wanita berasal dari utara tanah air ini. Namun setelah tahun demi tahun berlalu, dirinya bersyukur ke hadrat Ilahi atas segala ketentuan-Nya. Malahan terbit rasa bangga pabila dilahirkan sebagai jururawat, seterusnya diberi peluang untuk berbakti kepada masyarakat dan ahli keluarga.
Sesungguhnya Hayana Johan, 51 tahun yang kini memegang jawatan Pengajar Jururawat (U41) di Institut Latihan Kementerian Malaysia (ILKKM) Kangar Perlis amat terharu dengan pelbagai pengalaman yang dikutip sepanjang perkhidmatannya.
Secara tidak langsung, setelah bergelar Pengajar Kejururawatan, ia menjadikan kerjaya Hayana cukup sempurna. Pengalaman bertahun- tahun ketika menjadi jururawat dapat digunapakai dan segala ilmu yang ditimba dapat dicurahkan kepada generasi baru yang bakal bergelar jururawat.
“Menjadi seorang jururawat ni bukanlah pilihan utama saya mahu pun cita-cita saya. Secara suka-suka mengisi borang SPA ketika di tingkatan enam kerana menurut kawan-kawan lain yang turut sama mengisi. Alhamdulillah, setelah menjalani sesi interview, saya dipanggil untuk mengikuti latihan kejururawatan.
“Walaupun berat hati, tetapi setelah dipaksa ayah, saya akur walaupun hati tak berapa suka. Maka Julai 1989 bermula la dunia baru saya dalam bidang jururawat. Habis training pada Julai 1991, bermulalah mengalas tugas sebagai jururawat di Hospital Pulau Pinang.
“Selepas itu pada tahun 1992 mengikut suami bertugas di Hospital Kangar, Perlis dan akhirnya 1998 bertugas di tempat sendiri iaitu di Hospital Langkawi. Di tempat sendirilah kerjaya saya sebagai jururawat mula berkembang. Mendapat sokongan dari pihak atasan memberanikan saya menghadiri kursus Kebidanan 1 pada tahun 2005 selama setahun di Kolej Jururawat Alor Setar.
“Manakala 2007 pula sekali saya menyambung belajar dalam Public Health Nurse di Institut Kesihatan Umum, Bangsar Kuala Lumpur selama setahun,” ungkapnya yang telah menamatkan pelajarn di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan Kepujian di Open University (2011).
Tulang Belakang Kejayaan
Jelas anak kelahiran Pulau Langkawi, Kedah, untuk menjadi seorang jururawat yang berilmu, sebaiknya perlu terus maju ke hadapan dan sama sekali tidak akan menoleh kebelakang. Selain itu, sokongan yang kuat dari insan terdekat termasuklah ketua jabatan, kawan-kawan, suami serta ibu dan ayah mak ayah menjadi tulang belakang kejayaannya.
Pada pertengahan 2012, Hayana mendapat panggilan temuduga daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai Pengajar U41 dan akhirnya Mei 2013, dirinya mula melapor diri sebagai Pengajar U41. Memulakan tugas di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Negeri Sarawak dan kemudian balik ke Semenanjung pada Disember 2013 dan bertugas di negeri Perlis sehingga sekarang.
“Sebenarnya, kerjaya menjadi pengajar jururawat dikategori dalam kumpulan pengurusan dan professional di KKM. Oleh itu setiap daripanya mestilah mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kepujian. KKM sentiasa memberi peluang untuk kami menyambung belajar ke peringkat master dan PhD.
“Disebabkan bilangan kami sebagai pengajar diseluruh Malaysia tidaklah ramai membuatkan kerjaya kami tidak terlalu menonjol. Oleh itu, saya selalu menasihati pelatih saya supaya sambung belajar ke peringkat lebih tinggi setelah mula bekerja nanti.
“Jika ada peluang, rebutlah peluang mengikuti latihan-latihan post basic dan tanamlah azam serta cita-cita untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi kerana kerjaya jururawat sentiasa menjadi rebutan di pasaran. Kalau hendak dibandingkan tugas menjadi jururawat dengan tugas sebagai pengajar sama-sama mencabar.
“Masing-masing tugas memerlukan kesabaran yang tinggi. Seperti yang semua tahu, tugas jururawat bermula tatkala berhadapan dengan pesakit, keluarga mereka dan orang awam. Manakala bagi pengajar adalah apabila kita berhadapan dengan pelatih,” ungkapnya yang mengakui setiap karier ada cabarannya.
Jelas Hayana lagi, tugasnya sebagai pengajar meliputi kepada pembangunan dan perkembangan akademik pelatih, urusan latihan dan amali di kawasan klinikal dan bertanggungjawab dalam hal-hal pentadbiran serta pengurusan berkaitan pelatih.
Tambahnya lagi, setelah bergelar pengajar jururawat, fokus utamanya adalah dalam melahirkan bakal-bakal jururawat yang bukan sekadar lulus peperiksaan semata, tetapi dalam masa yang sama menjadi jururawat yang berilmu, bertanggungjawab, prihatin serta komited terhadap tugas mereka.
Ikhlas Dalam Berkhidmat
Berpengalaman lebih daripada 20 tahun sudah tentu banyak memberi pengalaman manis buat diri Hayana. Setelah menjadi pengajar, dihargai oleh pihak atasan dan pelatih sudah memadai buatnya.
“Setiap kali pelatih lulus cemerlang, ia juga cukup bermakna dan buat saya tersenyum bangga. Lebih manis apabila dapat melahirkan beribu-ribu jururawat yang boleh memberi khidmat yang ikhlas kepada masyarakat juga menjadi pengalaman cukup indah dan manis buat saya.
“Sepanjang saya berkhidmat, tiada istilah pengalaman pahit dalam hidup saya kerana setiap kejadian yang berlaku mempunyai hikmah dan pengajaran untuk kita terus bermahasabah diri ke arah yang lebih baik,” katanya yang telah mendirikan rumahtangga dengan Mohd Sobree Kamarudin dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Kejayaan Perlukan Pengorbanan
Di samping itu, menurut Hayana, untuk berada di tahap sekarang dirinya banyak berkorban. Selain wang ringgit, masa bersama keluarga juga perlu dihadkan kerana sehingga sekarang, dia hidup berjauhan dengan suami dan anak-anaknya.
“Ini pengorbanan terbesar yang saya lakukan adalah hanya dapat bertemu suami hanya di hujung minggu. Tetapi masing-masing terikat dengan karier sendiri, jadi hidup berjauhan adalah pilihan yang ada. Apa-apa pun demi khidmat untuk kerajaan, saya dan suami akur.
“Menjadi harapan dan impian saya untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana pada tahun 2020. Dalam masa yang sama, saya berdoa agar Allah berikan kesihatan yang baik untuk meneruskan karier menjadi pengajar jururawat dan dapat melahirkan ramai bakal-bakal jururawat yang berilmu, berahlak, berkhidmat dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang,” katanya sebelum mengakhiri perbualan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bukan semua lelaki itu sama, ramai suami baik. Dalam Islam, setiap isteri wajib taat pada suaminya dengan baik dan setiap suami juga wajib melayani isteri dengan sebaiknya.
Dalam konteks menjaga keharmonian hidup berkeluarga, Allah menjaga hidup suami, isteri dan anak-anak.
Allah menjaga kebahagiaan suami dengan memerintahkan isteri melayani suami serta menjaga mulutnya untuk mensyukuri kebaikan suami.
Allah juga menjaga ketenangan isteri dengan memerintahkan suami menafkahi serta berbuat baik kepada isteri.
Bukan Semua Lelaki Itu Sama, Ramai Suami Baik
Bukannya semua suami bersikap curang dan mengabaikan isteri. Ramai lagi lelaki di luar sana yang bekerja keras bagi membahagiakan keluarga tercinta. Benarlah seperti mana huraian dari Tuan Mohd Ezairol Rezan Zainol menerusi akaun Facebooknya, ramai suami yang sanggup berhujan berpanas demi mencari rezeki buat keluarga.
“Ada suami yang keluar kerja, pergi pagi balik malam, kena hujan kena panas demi mencari sesuap nasi…
Suami yang baik tahu erti tanggungjawab dan ikhlas nak sara anak isteri di rumah. Seorang suami, ia akan pastikan anak isterinya tak lapar di rumah.
Seorang suami, ia akan cuba yang terbaik untuk pastikan keselamatan keluarganya di rumah. Seorang suami akan ikhtiar bagi duit belanja untuk anaknya ke sekolah.
Seorang suami akan cuba penuhi semua permintaan anak dan isterinya. Dan seorang suami akan sanggup untuk buat apa saja untuk keluarganya sempurna !!!
Mencari Rezeki Demi Sesuap Nasi
Pergi kerja gelap, balik kerja pun gelap. Mencari rezeki demi memastikan keluarga dapat hidup dengan aman dan selesa.
Keluar rumah anak masih tidur, balik rumah anak sudah pun lelapkan mata. Kadang kami rasa rindu nak main dengan anak-anak, tapi apakan daya…
Waktu di tempat kerja kadangkala kami diherdik dan dimarahi, tapi kami sabar sebab ada mulut yang perlu disuapkan dengan nasi.
Ya Allah sempena hari jumaat ini, kau kuatkanlah semangat kepada semua para pencari rezeki di muka bumi Mu ini Ya Allah.
Semoga kalian semua akan terus diberikan kesihatan yang baik dan dilimpahkan rezeki yang berpanjangan dan berkat,” kongsi Mohd Ezairol.
Anda yang terkesan wabak Covic-19, melalui Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020, dibenarkan untuk membuat penangguhan bayaran bulanan dengan pihak bank sehingga 6 bulan.
Bagi pekerja bermajikan, gaji selama tempoh dua minggu tidak bekerja itu dibayar sepenuhnya oleh majikan (wajib), bagaimana pula dengan para peniaga yang bekerja sendiri. Dan masih menanggung hutang setiap bulan dengan institusi perbankan.
Justeru, perlaksanaan program ‘financial relief’ yang disepakati oleh bank-bank utama di Malaysia ini adalah satu berita yang melegakan hati semua. Lelaki ini, BroOhsem, Akhtar Syamir membuat inisiatif menghubungi bank RHB dan CIMB dan berkongsi infonya
Katanya, “Setakat ini Bank-Bank utama di Malaysia sudah mula buat program “financial relief” untuk pelanggan yang terkesan dengan masalah COVID 19 sekarang.”
“Antaranya membenarkan penangguhan bayaran bulanan sehingga 6 bulan untuk yang ada masalah gaji dan yang perniagaannya terjejas disebabkan wabak COVID 19.”
“Ini memang satu inisiatif yang bagus. Memang membantu tatkala ramai pekerja yang tak dapat bekerja, peniaga-peniags yang kehilangan mata pencarian dan lain-lain lagi.”
Mana nak fikir kelangsungan hidup sekarang dan bayaran bulanan masa depan lagi. Sila hubungi talian bantuan bank masing-masing untuk pertanyaan lanjut.
Maybank : 1300886688
CIMB : 0362047788
Ambank : 0321788888
RHB : 039206 8118
Bank Rakyat : 1300805454
Public Bank : 1800225555
Affin Bank : 1800883883
Ini Yang Perlu Disediakan, Untuk Bank RHB Dan CIMB
Update :
1. Saya dah call RHB, mereka minta saya email customer.advocacy@rhbgroup.com. Kemudian, sertakan :
– Nama
– No. Kad Pengenalan
– No. Telefon
– Email
– Jenis Pinjaman
Perlu ada dokumen tambahan seperti surat majikan yang mengatakan anda perlu cuti tanpa gaji / tolak gaji dan lain-lain.
Untuk yang bekerja sendiri, sertakan sijil SSM dan bank statement 3 bulan.
Mereka akan menilai permohonan dan membalas email dalan 3 hari bekerja.
2. Saya dah call CIMB, mereka maklumkan financial relief hanya untuk yang dijangkiti dan yang ada masalah dengan gaji serta yang perniagaan tak berjalan buat yang bekerja sendiri. Perlu dapatkan borang di cawangan terdekat (kurang bijak) dan mereka akan pertimbangkan. Kena ada surat permohonan dan surat pengesahan dari majikan.
Apa pendapat korang? Perlu ke tak? Saya rasa sangat-sangat perlu.
Share post ni supaya semua orang tahu.
Keratan Akhbar Penangguhan Pembayaran..
MW :Saat-saat diuji pandemik Caovid-19 begini, keprihatinan sesama insan itulah yang paling mahal harganya.
Sumber/Foto : Akhtar Syamir, yang selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa. Dan berkongsi info di Supergroup Telegram BroOhsem Fans http://t.me/broohsemfans
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...