Ustaz Ceraikan Bini Kerana Terpikat Isteri Orang, Beri Alasan Orang Rumah Garang & Tak Manja

Share

Ustaz ceraikan bini kerana terpikat isteri orang, beri alasan orang rumah garang & tak manja. Jika mengikuti kisah rumahtangga dikongsikan di media sosial, adakalanya ramai wanita yang takut. Takut kerana begitu mudah pasangan dirampas dalam keadaan hati tidak rela dan bersedia.

Isu isteri berskandal bukan baru malah sudah banyak terjadi. Malah semalam, seorang suami menghadapi tuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas bergaduh dengan lelaki yang didakwa menjadi pengganggu rumahtangganya.

Satu perkongsian dari Puan Sharifah Zahidah pengasas Quranic Antinote di fbnya mengenai kisah seorang ibu pelajar yang berperwatakan manja telah mengakibatkan seorang ustaz jatuh cinta hingga keduanya bercerai berai dengan pasangan masing-masing.

Baca perkongsiannya:-

Ustaz Ceraikan Bini Kerana Terpikat Isteri Orang

Ada satu kisah benar; di antara kisah yang sukar untuk saya lupakan, tentang seorang wanita ‘manja’ yang selalu bermesej dengan guru kelas anaknya yang merupakan seorang ustaz sehingga terbit rasa cinta di hati.

Bermula dengan sekadar mesej bertanya pendapat dan meminta nasihat; akhirnya apa yang terjadi? Berkasih sayang dan bersikap curang terhadap pasangan masing-masing yang setia dan percaya.

Manja wanita bukan dengan ajnabi adalah fitnah yang amat besar. Itu bukan manja terpuji, itu manja terkeji.

Manja yang menampakkan sisi-sisi gatal, miang dan hilang maruah diri seorang wanita – akan mudah menarik lelaki yang punyai penyakit dalam hati. Manja ini telah banyak meruntuhkan rumahtangga dan membuatkan wanita menyakiti sesama wanita.

Di saat sang suami sibuk mencari nafkah, dia bermadu kasih dan menumpahkan kemanjaannya terhadap suami orang lain.

Sehingga satu ketika, caught red handed.

Suami wanita ini dapat tahu dia ber-abang-sayang dengan ustaz kepada anaknya sendiri. Maka bertemu adegan 3 kepala, si suami bertanya pada ustaz,

“Kenapa isteri saya?”

Beri Alasan Orang Rumah Garang & Tak Manja

Tahu apa jawapan ‘ustaz’ ini?

“Sebab dia LEMBUT. Selalu ceria dan positif. Isteri saya di rumah tak macam ni..” (Lembut yang dimaksudkan adalah manja kerana wanita ini suka melentokkan suara dan intonasinya. Saya sendiri dengar rakaman suaranya).

Memuji kelembutan isteri orang dan membandingkannya dengan kegarangan isteri di rumah sendiri.

Si suami ini kata dalam hati,

“Aku saja tahu dia di rumah macam mana..”

Long story short.

Isteri kepada ustaz merayu agar si suami ini jangan ceraikan isterinya yang bermadu kasih dengan suaminya. Kerana jika si isteri ini diceraikan, pasti dirinya juga diceraikan kerana isteri manja dan ustaz ini memang plan nak bercerai dengan pasangan masing-masing dan mengahwini satu sama lain.

Tapi jodoh isteri ‘manja’ dengan suami sibuk ini tak berpanjangan. Isteri ‘manja’ berkeras minta diceraikan. Entah ke mana hilang ‘manjanya’ ketika ini.

Akhirnya, diceraikan juga lantaran isteri si manja yang sudah terlalu angau dengan ‘imam barunya.’

Rupanya beri alasan garang sebab tak beri nafkah pada isteri…

Maka, ustaz ini juga menceraikan isterinya agar dapat bersama dengan isteri orang yang manja.

Di sinilah mula terbongkar segalanya…

Bila mana si suami ini tadi berpeluang bercakap sendiri dengan isteri ustaz yang dikatakan garang.

Masakan tidak garang isteri di rumah?

Nafkah rumahtangga tak pernah dicukupkan. Si isteri kena buat macam-macam untuk tampung ketidak-cukupan daripada suami. Penat dibebani segalanya, sehingga manja dan senyumnya juga sirna. Rumahtangga sendiri sudah cukup bermasalah, suami lebih sibuk dengar wanita lain punya masalah?

Sudahlah diri tak mampu dan dibantu isteri.

Boleh pula dia dengan mudah cair dengan kemanjaan seorang wanita jauh lebih tua yang sedang sunyi hati kerana suami yang sibuk bekerja dan berusaha menafkahi?

Runtuh 2 rumahtangga hanya kerana kemanjaan seorang isteri sunyi beranak ramai – yang mengkhianati suami yang sibuk menafkahi.

Hanya kerana MANJA yang salah ditumpahkan, musnah rumahtangga yang cukup lama telah didirikan.

Kompleks bukan?

Isteri yang cukup dinafkahi, rasa sunyi.

Menumpah rasa dan manja pada lelaki ajnabi.

Lelaki ajnabi yang tak cukup menafkahi dan bergantung harap pada isteri, ambil kesempatan kemanjaan percuma atas alasan, “isteri dah tak lembut macam dulu lagi. Wanita manja beginilah yang aku cari..”

Suami yang sibuk menafkahi – ditinggalkan begitu saja hanya kerana romantis seorang ustaz yang pandai melayan luahah hati. Suami sibuk menafkahi tak sempat dengar luahan hati tentang cicak mati di balik pintu. Hanya ustaz ini saja yang ada untuk dengar cerita-cerita “comel dan manja” isteri sunyi ini tadi.

Isteri ustaz yang berkorban untuk mencukupkan keperluan, disalahkan atas kegagalan “mengikat hati suami” kerana tiada lagi kelembutan dan kemanjaan dalam memberi layanan dan sentuhan. Tak sama macam isteri di “rumah orang sana.”

Beginilah manusia.

Bermula dari kisah sebuah KEMANJAAN YANG SALAH DITUMPAHKAN, terkorban 2 rumahtangga dengan anak-anak yang berderet ramai.

Manusia akan saling menghancurkan apabila dia sering-sering menuntut dilayan, sedangkan dia sendiri LUPA BERPERANAN. Sedangkan dia sendiri, gagal MENGHARGAI pengorbanan.

Sebenarnya,

Jika rumahtangga bermasalah sekalipun, tetapi TIADA KEMANJAAN YANG SALAH RUMAH memasuki/menganggu rumahtangga – pasti banyak rumahtangga dapat diselamatkan.

Di saat kemanjaan murah ini mula menghantui jiwa lelaki – maka habislah segala yang ada pada isteri terlihat buruk di mata suami. Wanita ajnabi manja juga yang dia cari. Dicerai isteri yang selama ini bergolok gadai demi sang suami.

Pesan saya kepada wanita,

Jangan KEJAM menganggu rumahtangga wanita lain dengan kemanjaan dan kegedikan yang datang dari murahnya maruah dirimu.

Manja itu membangunkan kemesraan dalam komunikasi suami isteri. Tetapi menghancurkan kekeluargaan bila ianya dicurah pada lelaki ajnabi.

Ianya LANGSUNG tak wajar dikeluarkan!

Buat biasa-biasa sudah. Jangan tunjuk desperate sangat. Boleh beza ramah-tamah sebab karakter dengan manja yang dibuat untuk menggoda.

Saya peramah orangnya. Pernah kalian nampak saya manja? Tidak bukan. Jadi jangan jadikan alasan kononnya anda itu “peramah” jadi nampak macam “manja.” Nonsense. Orang ramah boleh jadi tegas pada tempatnya. Tiada pasal ramah dan manja kononnya dianggap benda sama.

Akhir kata,

Wanita, jaga ‘manjamu’ yang sebenarnya gedik, miang dan gersang itu. Jangan jadi murah.

Jangan jadi pemusnah rumahtangga orang.

Nampak wanita mengada dan manja cuba hampiri rumahtangga kita, boleh sound direct dengan segera. Wanita penggoda murahan, selalunya tak makan saman. Berhati-hati, ambil pengajaran.

Ini kisah benar tuan puan.

Jangan sampai ia terjadi pada ahli keluarga anda pula.

Bahaya ya, manja jadian ini. Ini detik mula sondol-sondolan berlaku dalam sesebuah rumahtangga.

Cegah sebelum parah.

Sharifah Zahidah

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Pesanan ‘Manja’ Buat Kaum Suami, Mohon Selami Kalau Tak Nak Bini Tarik Muncung!

Ada 26 Pesanan ‘Manja’ Buat Suami Yang Betul Sayang Bini, Hargailah Sebelum Allah Ambil Balik!

Tak Perlu Malu Kalau Nak Bermanja Dengan Pasangan, Barulah BAHAGIA Sampai Bila-Bila

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Abang Belum Habis Bermanja Dengan Mak
Alahai…comel sangat abang ni. Walaupun tarik ke tepi adik dia, sempat lagi dia selimutkan adiknya. Mahu tak terkejut maknya, tiba-tiba abang pula dok tidur sebelah.

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros