Tidak dapat dinafikan salah satu cara untuk mencipta kebahagiaan didalam rumahtangga bila adanya senda gurau dan usik mengusik diantara suami isteri. Ia bagaikan menyemai aura bahagia dalam perhubungan yang dibina, tidak kiralah bagi pasangan yang baru berkahwin mahupun sudah berpuluh tahun berkahwin. Barulah sesuatu hubungan itu tak rasa hambar dan dingin je kan!
Rupanya usik mengusik dan senda gurau ini juga menjadi amalan bagi pasangan pelakon Suhairil Sunari atau lebih dikenali sebagai Aeril Zafril,30 dan isterinya Nur Hawa Zainal Abidin atau lebih dikenali Wawa Zainal, 27 dalam mengekalkan kebahagiaan didalam rumahtangga mereka.
Usia perkahwinan pasangan bahagia, sama cantik sama padan ini telah memasuki tahun keenam serta dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar,5 dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 3.
Menerusi posting-posting yang pernah dimuat naik oleh Aeril sendiri dilaman instagramnya, ternyata pelakon drama Cinta Fatamorgana yang berasal dari Rengit, Batu Pahat Johor ini merupakan seorang suami yang cukup suka mengusik isterinya, Wawa. Tapi tak pe lah kan, usik isteri sendiri, itulah yang menambah kemanisan dalam hubungan suami isteri.Patutlah Wawa sentiasa ceria dan berseri-seri.
Suka melihat kebahagiaan yang dimiliki oleh pasangan ini. Jadi buat suami isteri lain, rajin-rajinlah usik mengusik dan bersenda gurau dengan pasangan iya.Barulah hubungan tu jadi manis sentiasa.
Kredit: Instagram Aeril Zafril