
Isi Kandungan
ToggleTidak dapat dinafikan salah satu cara untuk mencipta kebahagiaan didalam rumahtangga bila adanya senda gurau dan usik mengusik diantara suami isteri. Ia bagaikan menyemai aura bahagia dalam perhubungan yang dibina, tidak kiralah bagi pasangan yang baru berkahwin mahupun sudah berpuluh tahun berkahwin. Barulah sesuatu hubungan itu tak rasa hambar dan dingin je kan!
Rupanya usik mengusik dan senda gurau ini juga menjadi amalan bagi pasangan pelakon Suhairil Sunari atau lebih dikenali sebagai Aeril Zafril,30 dan isterinya Nur Hawa Zainal Abidin atau lebih dikenali Wawa Zainal, 27 dalam mengekalkan kebahagiaan didalam rumahtangga mereka.
Muat Naik Gambar & Kapsyen Mencuit Hati
Usia perkahwinan pasangan bahagia, sama cantik sama padan ini telah memasuki tahun keenam serta dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar,5 dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 3.
Menerusi posting-posting yang pernah dimuat naik oleh Aeril sendiri dilaman instagramnya, ternyata pelakon drama Cinta Fatamorgana yang berasal dari Rengit, Batu Pahat Johor ini merupakan seorang suami yang cukup suka mengusik isterinya, Wawa. Tapi tak pe lah kan, usik isteri sendiri, itulah yang menambah kemanisan dalam hubungan suami isteri.Patutlah Wawa sentiasa ceria dan berseri-seri.
Lihat antara posting mencuit hati yang pernah dikongsikan oleh Aeril ini:

Suka melihat kebahagiaan yang dimiliki oleh pasangan ini. Jadi buat suami isteri lain, rajin-rajinlah usik mengusik dan bersenda gurau dengan pasangan iya.Barulah hubungan tu jadi manis sentiasa.
Kredit: Instagram Aeril Zafril
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nak Kahwin Lagi Boleh, Tapi…” Syarat Seorang Isteri Yang Faham Sangat Perangai Suaminya

Mudah minta nak kahwin lagi tetapi pernah tak kaum lelaki fikir kenapa isteri lebih rela minta dilepaskan?
Bukan tamak tak nak berkongsi kasih tetapi kalau makan hati dalam diam, macam mana nak kaut pahala lebih. Kalau niat awal konon nak elakkan maksiat suami yang curang, tetapi bagaimana tetiba suami melepaskan tanggung jawabnya ke bahu isteri?
Sebenarnya banyak lagi persoalan yang bermain dalam kepala kaum isteri. Lagi dekat, jemput baca perkongsian saudara Firdaus Shakirin. Ada jawapan tentang hati seorang isteri yang mungkin anda tak pernah tahu.
Bila Suami Minta Kahwin Lagi
“Awak nak kawin lagi boleh, tapi …”
Lepaskan saya dulu…
Syarat yang diletakkan oleh si isteri jika suami ingin berkahwin lagi. Dia ni nak menentang poligami ke? Dia ingat minta cerai tu tak berdosa ke? Nampak gaya macam dia tak pikir panjang betul.
Realitinya, berat sebenarnya walaupun nak letak syarat macam tu. Bukan senang, berapa lama dia fikir sebelum dia mampu cakap macam tu. Dia dah buat penilaian, dah fikir dalam-dalam, masak-masak bagi dirinya, ini yang terbaik.
Dia bukan menentang poligami, dia cukup faham tentang poligami. Syarat berpoligami adalah mampu, mampu dari segala segi, bukan hanya wang ringgit semata-mata, dan suaminya tak mampu. Dia sedar akan hal itu, dia lebih kenal siapa suaminya..
Dia tahu berdosa minta cerai, cumanya jika diteruskan rumah tangga tu, lebih banyak dosa berbanding pahala. Sebab apa yang dia buat selepas ni dah tak ikhlas dah. Dia sekadar menjalankan tanggungjawabnya sahaja. Tak lebih, tak kurang.

Dia dah fikir sangat panjang, ketidakmampuan suaminya dalam berpoligami akan mendatangkan penganiayaan kepada dirinya dan anak-anak. Dia akan sangat terkesan dari segi mentalnya, batinnya dengan keputusan yang bakal dibuat suami setelah apa yang dia lalui bersama. Jadi, dia tak nak hidup dalam situasi tu, tak nak makan hati yang berpanjangan.
Tak mudah sebenarnya untuk menerima sesuatu tu seperti tahu diri bakal berkongsi setelah dah bagi segalanya, dah buat yang terbaik, dah berkorban jiwa raga semuanya untuk rumahtangga sendiri. Namun jangan terburu-buru untuk buat keputusan. Berbincang, cari kesepakatan, raikan perbezaan dan buat satu keputusan yang terbaik untuk kedua-dua pihak.
Bagi saya, sebenarnya dia ingin pergi dan mengorbankan dirinya utk kebaikan suaminya, jika itu yang dapat membahagiakan suaminya, dia redha.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Cepat Membesar, Ambillah Gambarnya Sebanyak Mungkin, Inilah Kenangan Dirindui Masa Kecil

Isi Kandungan
ToggleGeramnya bila tengok gambar-gambar anak masa kecil. Dengan debab dan keletahnya yang membuatkan kita sebagai mak ayah terus hilang rasa penat bila tengok raut wajah anak.
Itulah, masa kecil tidak akan berulang lagi. Hanya dengan gambar-gambar yang mak ayah ambil itulah dapat dikongsi kegembiraan dan tunjukkan pada mereka bila dewasa kelak.
Sebab itulah, masa kecil anak-anak mak ayah kena ambil gambar banyak-banyak untuk jadikan kenangan. Barulah bayangan diri anak masa kecil tidak akan hilang.
Itulah yang dikongsikan Dr Redza Zainol untuk mak ayah supaya ambil gambar anak-anak sebanyak mungkin. Inilah kenangan yang cukup bahagia dan masa tidak akan berulang lagi.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Ajar Anak Lelaki Cara Dulu, Hidup Susah Bukan Beri Kemewahan, Baru Jiwa Kental
Mak Terlalu Mengharap Kejayaan Anak, Jangan Sampai Lupa Selitkan Doa Jadi Anak Soleh
Info Lebih Menarik DI SINI
Masa kecil, Ambillah Gambar Sebanyaknya
“Aku dah mula lupa macam mana rupa jari anak aku.”
Entah apa yang patut saya balas.
Hanya mampu memberi kata semangat. Anaknya baru berusia beberapa bulan sebelum menemui Ilahi.
Antara kekesalan sahabat ni dia jarang ambil gambar anaknya. Dia fikir anaknya masih kecil, jadi masa masih banyak.
Selalu juga isteri beliau kata ambillah gambar anak lagi-lagi bila dia tengah buat bermacam aksi.
Sahabat ni pesan.
Ambillah gambar anak sebanyak mungkin. Dia kata dia selalu pegang telefon. Tapi dia lagi suka guna telefon tu untuk balas mesej kawan atau baca itu ini di media sosial.
Dia simpan telefon dalam poket, tapi entah kenapa berat betul dia nak keluarkan telefon untuk ambil gambar anak.
Dia kata kalau nampak anak terlelap di sofa, meja makan, ambillah gambar dia.
Ambil gambar dia masa dia tak perasan, tak perlu posing hebat-hebat. Ambil je gambar tu.
Masa dia menangis, ambil gambar dia. Begitu juga, masa dia tersenyum ambil gambar dia.
Boleh ambil gambar tapak kaki dia dan ambil gambar jari-jari dia.
Anak Makin Membesar
Masa berlalu pantas dan jika diizinkan Allah, dia akan semakin dewasa. Tanpa kita sedar, dia dah mula tinggalkan kita ke alam sekolah dan universiti.
Untuk sahabat ni, dia tak berpeluang untuk merasa semua ini.

Ambillah gambar anak, bila mereka pergi tinggalkan kita, kita ada gambar mereka bersama kita ketika merindui.
Malah, ambillah gambar anak, tunjukkan betapa comelnya mereka semasa kecil dan betapa kita sayangkan mereka sejak kecil.
Sahabat ni cuma ada beberapa gambar kenangan yang sempat diambil. Tapi tak banyak.
Itu sajalah yang tinggal.
Betul kita taklah selalu teringat nak ambil gambar anak. Tapi kalau teringat, ambil terus gambar tu.
Percayalah, anak dan pasangan kalian akan bersyukur sangat melihat gambar-gambar tu.
MW: Tak kisah telefon penuh gambar anak kita, sekurangnya kita ada momen indah untuk diingat sampai bila-bila.
Sumber: Dr Redza Zainol
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Sedih Ibu Yang Payah Anak Kecil, Mendidik Juga Satu Ibadah

Isi Kandungan
ToggleDugaan buat ibu yang payah anak kecil, niat nak ke masjid berjemaah buat tarawih pun kadang terpaksa ditunda. Bukan sengaja tetapi memikir aksi anak-anak yang masih kecil, eloklah dia memilih buat ibadah di rumah.
Nak-nak pula kalau ada anak yang jaraknya dekat-dekat, nak tinggal sekejap pun meragam. Ini lah pengalaman yang dilalui seorang ibu muda, Puan Farhana Muhammad sendiri. Payah tetapi ada manisnya, jemput baca.
Ibu Yang Payah Anak Kecil
Motivasi buat ibu-ibu anak kecil sempena Ramadan.
Setiap kali Ramadan tiba, pasti akan rindu pada kenangan menyambut Ramadan sewaktu masih bujang atau masih belum punya anak.
Sungguhlah menggamit memori teringatkan momen-momen pusing-pusing masjid di sekitar Bandar Baru Bangi dan sekitar Putrajaya untuk iftar dan bertarawih bersama-sama sahabat-sahabat.
Ataupun sewaktu mengandungkan anakanda sulung yang ketika Ramadan kandungan berada pada trimester ketiga kehamilan. Walaupun waktu itu kaki sudah lenguh-lenguh, diusahakan juga solat tarawih di surau berdekatan rumah sewa Kelana Jaya, kerana tahu selepas itu mungkin lama lagi untuk merasai kembali suasana bertarawih berjemaah di masjid.
Ternyata benar sekali. Bermula tahun 2016 sehingga kini, belum ada lagi kesempatan untuk bertarawih di masjid sejak ada anak-anak kecil ini. Alhamdulillah atas kehadiran anugerah terindah walaupun setiap kali Ramadan menjelang, hati sentiasa merindui momen-momen menyambut di Ramadan di masjid.
Tahun ini, melihatkan dua ketul Haura’ sudah faham arahan, adalah juga hasrat untuk bertarawih di masjid pada tahun ini.
Tetapi, setelah seminggu menjalani tarawih di rumah, nampaknya diri sendiri belum lagi bersedia untuk membawa anak-anak bertarawih di masjid.
Lebih-lebih lagi, masjid di sini tiada nurseri seperti kebanyakan masjid-masjid besar di semenanjung, menjadi tidak yakin untuk bertarawih di masjid.
Dugaan Tarawih Di Rumah
Bertarawih sendirian di rumah pun tidak terlepas daripada ujian dua beradik ini, apatah lagi bawa dua beradik ini bertarawih di masjid.
Setiap kali bertarawih sendirian, ada sahaja adegan dua beradik ni. Sewaktu solat, main lari-lari sambil pusing-pusing umminya solat. Atau sengaja landing atas sejadah sambil ketawa sendirian tanda mengumpan umminya. Itu belum lagi kedengaran suara dua beradik yang cukup nyaring apabila bergurau sesama mereka.
Perkara biasa ketika bertarawih, si kakak minta mahu ke tandas. Jadi perlu mengurus dia untuk memastikan kesucian tetap terjaga.
Adakalanya sewaktu membaca Al-Quran, datanglah salah seorang meminta perhatian sambil menangis akibat bergaduh sesama mereka.
Itu adalah momen-momen di bulan Ramadan ibu yang ada anak-anak kecil.
Bila Ramadan menjelang, tidak dapat dinafikan ada dalam kalangan ibu ibu yang ada anak-anak kecil amat merindukan saat-saat Ramadan ketika masih bujang atau bersendiri.
Lebih-lebih lagi saat bertarawih atau saat membaca Al Quran. Begitu tenang dahulunya bertarawih sambil menghayati bacaan imam. Begitu tenang membaca Al Quran selama mana yang dimahukan.
Namun, apabila sudah ada anak-anak kecil, semuanya tidak menjadi begitu ‘tenang’ sepertimana menjalani Ramadan sewaktu masih sendiri.
Si ibu yang baru berniat menunaikan tarawih, terpaksa menunda hasratnya gara-gara ada si kecil yang suka mengempeng. Mengempeng bukannya sekejap, memakan masa sejam dua sehingga si ibu tertidur sama.
Ada juga si ibu yang baharu sahaja berdiri untuk menunaikan solat, anak kecil yang pandai merangkak menangis sekuatnya bagaikan terkena cubitan. Si anak dalam fasa ‘Separation Anxiety’ langsung tidak boleh melihat ibunya berdiri tanpa mendukungnya, terus meraung disangka si ibu mahu meninggalkannya.
Ada ibu yang berhasrat untuk membaca Al-Quran, tersekat-sekat bacaan gara-gara ada tangan kecil comel sibuk mahu membelek sama. Disuakan buku yang lain, Al-Quran tetap menjadi perhatian.
Suka saya berkongsi tips daripada Shaykh Nuh Keller, memotivasi dan memberi panduan kepada ibu-ibu yang punya anak kecil setiap kali Ramadan menjelang.
1 : Hapuskan perasaan sedih
Bawa jauh-jauh rasa sedih, sebaliknya ibu-ibu perlu menyedari bahawa mendidik anak-anak itu juga salah satu ibadah. Hadirkan rasa dalam diri bahawa anak-anak itu adalah amanah dari Allah. Dan sepatutnya ibu-ibu sentiasa memperbaharui niat membesarkan anak-anak bahawa mendidik anak-anak adalah kerana Allah.
2 : Tingkatkan ibadah
Barangkali ibu-ibu tidak sempat menghabiskan bacaan Al-Quran dan rakaat tarawih mengikut target yang si ibu sendiri tetapkan, akan tetapi lebih elok sekiranya amalan tersebut semakin meningkat walaupun sedikit.
Sesungguhnya Allah menyukai amalan yang konsisten walaupun sedikit. Lakukan ibadah secara konsisten, dan jika masih ada masa terluang, boleh ditingkatkan amalan tersebut daripada ‘sedikit’ kepada ‘lebih daripada sedikit’.

Kerana.. cuaca anak-anak ini tidak sama sepanjang masa atau setiap hari, ada pasang surutnya. Berbanding melakukannya secara banyak dalam satu masa, dan apabila tidak mempunyai masa terluang, lantas kalah dengan diri kerana merasakan tidak berupaya untuk meneruskan.
3 : Ambil peluang dalam setiap keadaan
Bijak ambil peluang lebih-lebih lagi ketika anak tidur, ambillah peluang untuk membaca Al-Quran. Ambillah peluang untuk meneruskan tarawih. Tarawih boleh dilakukan secara sendirian, sepanjang malam usai waktu Isyak. Membaca Al-Quran juga boleh dilakukan ketika menyusukan anak, atau ketika mendodoikan anak.
4 : Berzikir
Tidak ada alasan untuk tidak boleh berzikir melainkan ketika berada di dalam tandas. Malahan, wanita uzur juga digalakkan berzikir supaya masa tidak terbuang begitu sahaja. Lebih bagus jika si ibu berzikir dengan anak-anak bersama-sama.
5 : Gandakan niat
Gandakan niat akan menggandakan ganjaran kebaikan. Ingatlah bahawa setiap perlakuan datang daripada niat. Jika setiap perlakuan itu tidak dapat diselesaikan, namun jika diiringi dengan niat yang ikhlas, ganjaran hadir sepertimana yang diniatkan.
Contohnya, menyediakan juadah berbuka kerana niat untuk menjamu keluarga, tetapi dalam masa yang sama niatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah.
6 : Tingkatkan amalan kebaikan
Meningkatkan amalan kebaikan tidak semestinya terhadap perkara-perkara yang merumitkan. Cukup sahaja dengan perkara yang ringkas tetapi bermakna seperti menyediakan hidangan berbuka dalam kuantiti yang banyak dan mengagihkan kepada jiran tetangga.
7 : Beribadah bersama anak-anak
Daripada melihat anak itu sebagai ‘cabaran’ untuk beribadah, sepatutnya si ibu ambil peluang di bulan mulia ini untuk beribadah bersama anak-anak. Kerana anak-anak adalah peniru yang terbaik! Anak-anak akan meniru setiap tingkah laku orang tuanya walaupun tanpa disuruh. Antara hal yang boleh dilakukan si ibu:
? Dudukkan anak di atas riba, dan berzikir bersama-sama
? Baca Al-Quran dengan nada yang boleh didengari anak-anak
? Ajak anak-anak bertarawih bersama
Yang paling penting, sentiasalah memeriksa dan memperbaharui niat kita. Semoga ibu-ibu diganjarkan dengan kebaikan berlipat kali ganda dalam mendidik anak-anak yang merupakan ummah dan masa depan Islam.
Allahumma ‘afuwwun tuhibbul’ afwa fa’fuanni.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI