Usia Perkahwinan Lebih 50 Tahun, Dapat Ganjaran Wang Tunai RM4,146

Share

Bukan mudah untuk mengekalkan usia perkahwinan sehingga usia 50 tahun. Selain faktor jangka hayat umur, kesetiaan pasangan juga sangat memainkan peranan penting dalam keharmonian rumahtangga.

Ordinan Ulang Tahun Perkahwinan Emas

Atas usaha ini, sebuah bandar di wilayah Mindanao, Filipina, meluluskan ordinan tempatan yang memberi ganjaran wang tunai berjumlah 50,000 peso (RM4,146) kepada pasangan yang berkahwin melebihi tempoh 50 tahun, lapor portal berita Coconuts.

Majlis Perbandaran Malaybalay meluluskan Ordinan Ulang Tahun Perkahwinan Emas bagi menggalakkan kesetiaan berterusan antara pasangan suami isteri serta perasaan menghormati kesucian ikrar perkahwinan.

“Ordinan ini merupakan pengiktirafan terhadap (pasangan berkahwin) bagi sumbangan mereka kepada masyarakat. Keluarga yang teguh berdiri merupakan asas bagi masyarakat kita,” kata Ahli Majlis Perbandaran, Niko Aldeguer di akaun Facebook miliknya.

Di bawah ordinan tersebut, hanya pasangan suami isteri atau salah seorang daripada mereka yang menetap di bandar Malaybalay selama sekurang-kurangnya enam tahun layak untuk menerima insentif wang tunai itu.

Bagi perkahwinan poligami pula, hanya perkahwinan pertama yang berdaftar layak untuk menerima sumbangan itu.

Mesti Baca:68 Tahun Kahwin, Pakai Baju Sedondon Tips Suami Isteri Kekal Bahagia

Baca Lagi Di Sini:Amalan Orang Lama Eratkan Hubungan Suami Isteri, Perkahwinan Berkekalan Hingga Hujung Usia

Mingguan Wanita: Memang bukan mudah untuk mengekalkan usia perkahwinan hingga mencapai 50 tahun. Semoga inisiatif dan ganjaran ini dapat memberi inspirasi buat pasangan lain untuk kekal setia bersama-sama pasangan hingga ke akhir hayat.

Sumber:Kosmo

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab