Pasangan selebriti kesayangan ramai, Fattah Amin dan Fazura kini sedang melayari kehidupan yang sangat bahagia selepas kehadiran puteri sulung yang diberi nama Nur Fatima Aisya.
Semalam genap usia dua bulan permata hati mereka. Malah pasangan ini juga berkongsi tentang perkembangan Nur Fatima di laman sosial Instagram menggunakan akaun Fattzuralovelife.
Peminat Tak Sabar Mahu Lihat Waja Nur Fatima
Difahamkan Fattah dan Fazura masih belum lagi bersedia mendedahkan wajah puteri, Nur Fatima.
Malah menerusi Berita Harian pasangan ini juga menjelaskan mereka tidak terikat dengan perjanjian eksklusif dengan mana-mana pihak. Segala keputusan yang dibuat adalah atas persetujuan mereka.
“Kami memang merancang berkongsi wajah anak, tetapi tidak tahu bila. Insya-Allah tidak lama lagi.
“Merahsiakan wajah anak adalah keputusan saya, Fazura dan keluarga. Kami sengaja berbuat demikian.
“Keputusan ini bukan disebabkan ada pihak tertentu atau stesen televisyen yang mahu paparan eksklusif,” terang Fattah.
Mahu Kongsi Wajah Nur Fatima Namun Keadaan Tidak Mengizinkan
Pandemik Covid-10 yang kini sedang dialami juga turut menghalang penganjuran kenduri sempena majlis aqiqah dan cukur jambul.
Dek kerana itu juga pasangan ini terpaksa melengahkan perkongsian wajah Nur Fatima kepada umum.
“Baru-baru ini, kami anjurkan acara cukur jambul tapi secara kecil-kecilan di rumah. Memang kami merancang mengadakan majlis kenduri, tetapi keadaan tidak mengizinkan.
“Mungkin kalau boleh buat kenduri, kami sudah tunjukkan wajah anak kami. Jadi, dengan keadaan sekarang, kami tunda cadangan mendedahkan wajah Nur Fatima,” sambungnya.
Baca Disini Juga:
Fattah & Fazura Timang Cahaya Mata, “Bayi Perempuan Sihat dan Sempurna Bahagiakan Kami Berdua”
Fattah Seronok Jalankan Tanggungjawb Sebagai Bapa
Fattah juga berkongsi kini tanggungjawabnya sebagai bapa begitu menyeronokkan. Momen indah ini mahu dinikmati sebelum Nur Fatima membesar.
“Bagi saya, ini adalah pengalaman yang kita tidak akan merasa lagi selepas anak membesar.
“Sebenarnya, sekarang kita hanya perlu berseronok dan menghargai semua ini. Anak kita tidak selama-lamanya kecil. Nanti, apabila sudah besar, kita pasti merindui momen itu,” ujar pasangan yang begitu sempurna kehidupan mereka selepas kehadiran Nur Fatima 2 Oktober lalu.
Doktor Seri Sangat Memahami Serta Manjaga Baik Privasi Fattah & Fazura
Menerusi entri di akaun Instagram Fattzuralovelife juga pasangan ini berasa sangat bertuah kerana dipertemukan dengan doktor yang bertanggungjawab menjaga Fazura sepanjang tempoh mengandung dan melahirkan Nur Fatima. Luah mereka;
“Ramai yang tanya siapa doctor kami. Bukan saja sebab kami belum beritahu sebelum ni, but also because we are so blessed kerana dipertemukan dengan seorang doctor yang bukan saja truly amazing at what she does, punya hati yang baik but most importantly, she is someone yang sangat memahami serta menjaga baik our privacy
“Amanah yang beliau jaga dari Faz pregnant sampai lahir nya Fatima dengan selamat dan sempurna truly touched our hearts deeply. Dr Seri bukan saja seorang doctor, but to us she is now family. Love you lots kakak Dr @_s__e__r__i_ ”.
Sumber: Berita Harian
Sumber Foto: Instagram Fattah Amin & Instagram Fattzuralovelife
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI