Usia Lanjut Tapi Memori Masih Kuat & Tidak Nyanyuk, Rahsianya Sentiasalah BERZIKIR

Share

Bila umur wanita makin bertambah dan usia lanjut, masalah yang sering kita tengok tentulah nyanyuk dan mudah lupa. Sedangkan orang lelaki masalah ini kurang sedikit.

Ada beberapa faktor yang boleh dikaitkan wanita cepat nyanyuk dan mdah lupa terutamanya di usia lanjut. Antaranya tentulah gaya hidup dan faktor pemakanan.

Tapi sebagai umat Islam, mungkin ini boleh dijadikan panduan. Sentiasalah basahkan bibir dengan berzikir. Ubat yang paling hebat. Ikuti perkongsian daripada Zeeda Aziz ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: BAHAGIA Orang Berbeza, Dapat Beli Baju Anak Di Pasar Malam Pun Satu Kepuasan

Amalkan Dua Zikir Ini, Jalan Pintas Rezeki Terbuka Luas, Jadikan Rutin Harian

Info Lebih Menarik DI SINI

Usia Lanjut, Banyakkan Berzikir

Hari ini berjurai-jurai air mata.

Mendengar cara mak bercakap dengan opah, lembut memujuk, beritahu yang mak sayangkan opah…saya cuba tahan dari menangis.

Sekejap-sekejap saya cuba bergurau untuk kuatkan emosi.

Tetapi saat saya ingin menyebut selamat tinggal kepada opah, jatuh juga air mata. Kalah teruk saya.

Opah satu-satunya nenek yang rapat dengan saya. Dulu tiap-tiap kali balik ke kampung, sayalah cucu yang rajin spring clean rumah opah sampai keliling rumah bersih saya kerjakan.

Bukan saya nak beli hati, tapi saya memang tak leh tengok sepah-sepah dan faham juga yang opah dah tua, tak larat nak mengemas rumah yang besar.

Saya selalu balik senyap-senyap tak bagitau opah kecuali mak. Reason tak nak cakap tu sebab tak nak menyusahkan opah. Tapi mak la selalu pecah rahsia.

Orang tua ni, bila dia tau je cucu sorang ni nak balik, cepat-cepat disuruh Pak Lang (arwah) ke Teluk Intan atau Batu Gajah untuk beli udang galah, ikan baung, pisang abu dan laksa.

Setiba ja saya di rumah opah, makanan dah tersedia..Allahu. Kenyang macam mana pun, bila tengok semua makanan kegemaran dah penuh semeja..makan terus!

Sebelum saya tiba di Bangi kelmarin lepas, mak dan Mak Andak dah mula membaca Yassin.

Opah pejam mata tak mahu buka-buka. Makan minum pun tak nak.

Mak saya berkali telefon tanya, jadi datang ke tak? Saya kata tak pasti sebab sibuk.

Dalam sibuk-sibuk tu saya kemas juga baju, tekan minyak masuk highway tanpa bagitau mak.

Waktu saya sampai rumah Mak Andak, bergema bunyi sebutan Lailahailallah diulang-ulang. Juga terdengar suara Mak Andak menangis. Mata opah masih tertutup.

Kemudian mak sebut pada opah…

“Mak..mak..ni cucu mak Noor Zeeda dah sampai nak tengok mak..”
Opah buka mata!

Berteriak seronok mak dengan Mak Andak tengok respon opah.

Saya peluk opah, cium opah, genggam tangannya yang hanya tinggal kulit dan tulang. Sejuk tangan opah.

Saya cari losyen, picit sedikit di tangan lalu saya sapu dan urut tangan kaki opah. Opah tersenyum.

Cuma senyuman tu antara nampak dengan tidak sebab opah terlalu kurus.

Alhamdulillah harini opah nampaknya berselera makan. Semangkuk nestum dihabiskannya. Seronok agaknya cucu dia ni datang ziarah.

Moga Opah boleh duduk semula dan dipanjangkan umur.

Opah tidak pernah nyanyuk. Memorinya lebih kuat dari saya yg muda ni. Kisah mak saya waktu kecil pun masih opah ingat.

Rahsianya:
Sentiasa berzikir

Mingguan Wanita : Salam takziah buat Zeeda Aziz atas kembalinya nenek ke rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Aamiin.

Sumber: Zeeda Aziz

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora