Hari ini anak sulung personaliti TV, Irma Hasmie Binti Ibrahim dan suaminya, Redza Syah Azmeer Radzuan genap 5 tahun. Rupanya sejak usia 2 bulan, Irma Hasmie dah bisikkan doa yang baik-baik, yang manis-manis untuk anak lelakinya itu, Redza Syah Irfhan.
Dalam perkongsiannya ini, Irma maklumkan yang dia dah simpan lama video doa anaknya itu. “Waktu ini Irfhan usianya baru 2 bulan. Moga Allah mendengar dan makbulkan doa buat anak-anakku
.”Dan video itu sudah disampan lama dekat lima tahun, Irma kongsi semula. “Subhanalllah… Hari ini usia Redza Syah Irfhan genap 5 tahun. Syulkur Alhamdulillah, terima kasih atas anugerah ini Ya Allah.”
Akui Irma lagi memang sejak dari awal dia mahu anak kecilnya itu belajar surah Al-Ikhlas. “Surah Al-Ikhlas pula antara surah terawal yang Irfhan belajar.
“Surah ini banyak fadhilat dan khasiatnya. Saya memang minta Irfhan amalkan selalu.” Terang Irma yang juga mempunyai seorang lagi anak perempuan bernama Irma Nur Naylie, 4 tahun.
SurahAl-Ikhlaṣ (الإخلاص) bererti Keikhlasan atau ‘Yang Ikhlas’ adalah surah at-Tauḥīd (التوحيد) (Monoteisme) yang merupakan Penyataan Ringkas Tauhid, Perisytiharan Kesempurnaan Allah SWT serta Ketulusan Agama.
Malah surah Ikhlas meringkaskan dalam empat ayat tentang ketuhanan dan keesaan Allah SWT. .
Surah Al-Ikhlaṣ terdiri daripada 4 ayat adalah surah ke-112 dalam Al-Quran. Al-Ikhlas bererti ‘Kesucian’ atau ‘Penulenan’ yang bermaksud untuk kekal suci dan setia atau keadaan membersihkan jiwa seseorang dari kepercayaan bukan-Islam, seperti paganisme, animisme dan kemusyrikan.
Ini adalah satu-satunya surah dalam Al-Quran yang namanya tidak terdapat atau tidak mempunyai hubungan linguistik terhadap surah itu sendiri. .
Ia juga dikenali sebagai Surah Pelindung. Surah ini adalah sebuah surah Makkiyah yang mengesahkan mengenai Bilal yang ketika diseksa oleh tuannya yang kejam, dia berulang kali mengatakan “Ahad! Ahad!” (Tunggal, merujuk kepada Allah SWT).
Mak-mak dah fahamkan kebaikan surah Al-Ikhlas ini, marilah kita dekatkan anak-anak dengan bacaan dan penghayatannya. Moga keluarga kita akan sentiasa dalam lindungan rahmat Allah.
MW ucapkan selamat hari lahir buat Redza Syah Irfhan menjadi anak yang soleh dan menjaga ibu dan ayahnya.
Sumber/Foto : Instagram Irma Hasmie Ibrahim