Menjadi tanggungjawab mak ayah, menyemai pelbagai minat dan kemahiran buat anak-anak dari mereka kecil. Memang tak rugi menggalakkan anak-anak dengan pelbagai jenis kemahiran, mana tahu ia boleh digunakan untuk menjana pendapatan sampingan ataupun dapat membantu orang lain yang memerlukan.
Kemahiran Menjahit
Menjadi satu kelebihan dalam usia yang masih muda, namun berbakat dan berkemahiran dalam bidang jahitan.Pada usia sembilan tahun, Nur Afia Qistina Zamzuri, sudah memahami ada tanggungjawab yang perlu sama digalas ketika negara berhadapan perang melawan COVID-19.
Pelajar tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Kepis, Kuala Pilah ini menggunakan kemahirannya untuk menjahit pakaian peralatan perlindungan diri (PPE) untuk digunakan petugas barisan hadapan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah.
Tawar Diri Bantu Jahit PPE
Dia yang belajar menjahit sejak berusia lima tahun menggunakan masa terluang di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk melaksanakan misi itu dengan bantuan ibunya, Hasnah Hud.
Hasnah berkata, anak sulung daripada tiga beradik itu menawarkan diri untuk berbuat demikian selepas diberitahu tentang pasukan perubatan negara termasuk di HTAN memerlukan PPE yang banyak dan bekalannya semakin berkurangan.
Ads
“Saya mendengar tentang situasi itu dan berjumpa kakitangan HTAN untuk bertanya jenis bantuan yang saya boleh berikan kerana saya memang tukang jahit. Mereka mengalu-alukan jika saya dapat menjahit PPE untuk disumbangkan kepada mereka.
“Apabila saya ceritakan pada Afia tentang hasrat saya untuk menjahit PPE, dia pun turut sama teruja mahu membantu.
“Malah, semua PPE yang kami hasilkan sehingga kini dijahit sendiri oleh Afia. Saya cuma bantu kemaskan di bahagian leher sahaja,” kata Hasnah.
Nur Afia bersama ibu bapa dan adik-adiknya.
Jahit & Jual Hasil Jahitan Sejak Usia 7 Tahun
Bercerita lanjut, kata Hasnah, anaknya itu sudah mula menjahit dan menjual hasil jahitannya kepada penduduk sekitar kawasan perumahan mereka ketika berusia tujuh tahun.
Ads
“Dia selalu tengok saya menjahit. Permulaannya ketika berusia lima tahun, dia hanya bertanya, lepas tu dia tolong sikit-sikit.
“Masuk usia tujuh tahun, saya mula bagi dia kain-kain perca sebab nampak minat dia ke arah itu. Kemudian dia jahit sarung bantal dan jual kepada penduduk kampung,” kata Hasnah yang bertugas sepenuh masa sebagai pembantu pengurusan murid di SK Felda Kepis.
Nur Afia menjahit sendiri PPE untuk diberikan kepada petugas barisan hadapan HTAN
Berjaya Siapkan 100 PPE
Kata Hasnah, Afia mengambil masa kira-kira sejam untuk menyiapkan sepasang PPE.Setakat ini, sebanyak 100 pasang PPE sudah dihantar untuk kegunaan petugas di HTAN dan mereka sedang menyiapkan lebih banyak PPE.
Ads
“Dia masih kanak-kanak, masih belum faham sepenuhnya situasi pandemik COVID-19 yang berlaku sekarang. Tetapi saya jelaskan kepada dia secara mudah tentang virus dan penyakit. Saya nampak dia faham bahayanya.
“Daripada situ, timbul rasa dia nak membantu. Mungkin juga disebabkan dia ada bapa saudara yang bekerja sebagai askar, jadi dia sedar mereka yang bertugas di barisan depan ini yang paling terkesan,” ujar Hasnah.
Antara baju PPE yang berjaya disiapkan.
Hasnah gembira kerana sumbangan kecil dia dan anaknya dapat membantu pihak yang memerlukan dan berharap memberi inspirasi kepada anggota masyarakat untuk sama-sama memainkan peranan dalam menangani wabak COVID-19.
MW: Hebat dan tahniah buat adik Afia. Kemahiran yang ada tak disia-siakan untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan, moga anak ini dan keluarganya dimurahkan rezeki dan menjadi contoh kepada kanak-kanak sebaya yang lain serta masyarakat.
Ternyata bukan satu angka yang kecil kes kematian angkara virus korona di Itali. Setiap hari ratusan kematian dicatatkan di Itali. Apa yang terjadi di Itali cukup menyedihkan kerana dalam masa yang singkat sahaja kematian meningkat secara mendadak.
Vatican City akan bertafakur selama seminit dan mengibarkan bendera separuh tiang sebagai solidariti terhadap mangsa korban Covid-19. Semoga Itali kuat menghadapi pendemik ini.
Itali Bertafakur
Itali bertafakur selama seminit dan mengibarkan bendera separuh tiang bagi menghormati 11,591 korban pandemik Covid-19.
Negara dengan 60 juta penduduk itu mencatatkan satu pertiga daripada jumlah keseluruhan mangsa yang maut akibat virus berkenaan di seluruh dunia.
Tempoh ini juga menjadikan Itali mencatatkan kematian lebih banyak daripada mana-mana bencana sejak Perang Dunia Kedua.
Virus berkenaan pertama kali dikesan di Milan penghujung Februari lalu sebelum ia merebak sehingga kini.
Setakat ini, seramai 4,000 penduduk menerima rawatan rapi akibat Covid-19 di negara berkenaan.
Kecederaan Yang Menyakitkan
Datuk Bandar Rom, Virginia Raggi berkata, virus berkenaan disifatkan sebagai ‘kecederaan yang menyakitkan seluruh negara’.
“Kita akan menghadapi (keadaan) ini bersama-sama,” katanya selepas satu acara bacaan doa oleh paderi bagi memperingati mangsa yang terkorban.
Vatican City juga mengibarkan bendera kuning dan putihnya separuh tiang sebagai solidariti terhadap mangsa korban Covid-19.
Semalam, Itali mencatatkan 812 kematian manakala, Jumaat lalu angka yang dicatatkan disifatkan terlalu menyedihkan dengan 969 mangsa maut dalam tempoh 24 jam, jumlah tertinggi dicatatkan sejak virus ini tersebar akhir tahun lalu.
Sumber: Harian Metro
MW: Semoga perkongsian ini akan membuatkan mak, ayah lebih peka dan patuh dengan PKP. Sudah tentu kita semua tidak mahu apa yang berlaku di Itali berlaku pada negara kita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kalau dah jodoh tidak ke mana, demi cinta usia muda atau tua bukanlah penghalang untuk mendirikan rumahtangga.Keutamaan yang paling penting adalah boleh memahami dan saling bertolak ansur dalam melayari alam perkahwinan. Malah yang sering menjadi perhatian lelaki tersebut bukanlah suami orang mahupun milik orang lain.
Baru-baru ini,Penerbit terkenal, Dato A. Aida, 47, menerima kejutan istimewa apabila teman lelakinya yang juga pelakon muda Ariff Aziz, 29.Susulan lamaran tersebut, pasangan ini bakal mengadakan majlis pernikahan mereka pada Sabtu 21 Julai, 9 malam, di Ampang, Kuala Lumpur.Lantaran perbezaan usia hampir 18 tahun, A.Aida dan Ariff menerima pelbagai kecaman di media sosial yang mempertikaikan jarak usia mereka untuk berkahwin.
Perkara ini menarik perhatian pelakon Rozita Che Wan, 45, atau lebih mesra disapa Che Ta untuk berkongsi dan memberikan pendapatnya sendiri.Seperti ramai yang ketahui, perkahwinan Che ta dan Zain Saidin 33, juga merupakan lelaki yang jauh lebih muda dengan perbezaan umur hampir 12 tahun. Che Ta ada berkongsi pesanan panjang berjela dalam loghat Kedah buat netizen yang mengecam A.Aida dan bakal suaminya di akaun Instagramnya baru-baru ini.
Berikut antara pesanan tersebut;
“Ni kami nak share dengan hampa semua, sakit hatiiiiii, geqhammmmmmmm ja dengan perangai manusia yang tak habih habih nak bawang pasai benda yang tak berpekdahhhhhhh! Ghasaaaaaaa nak hempas je dengan tumit ni.”
“Si A.Aida nak kawin dengan laki elokkkkkk mudaaaaaaa, letupppp getahhhh baruuuuu lagi naw naw lepas tu ramai pulakkkk kecammmmmm! Ramai pulak cakap yang tak sedaq diri la apa laaa! Tua ganyuuuuutt la apa.”
“Eh hampa, kami nak cakap, biaq lantak pi la dia tu nak kawin dengan getah mudah ka epal muda ka mempelam muda ka YANG PENTING TAK KACAU LAKI HAMPA dan dia kawin dengan laki SINGLE YAAAAAA bukan RAMPAS LAKI SESIAPAAAAAAAAAAA NAAAAA. Patutnya hampa tu pun sokong lahhhhh diaaaaaa! Ni dok kecammmmmm! Gila ka apa, karang dia ambil laki orghanggggg hampa pi hentam pung pang pung pang (termasuk kamilah) hahahah! Ni single, opkossss lah kami ok jeeeeeeeee! Apoooo daaaaaaaaaaa”
“Kami pun kawin dengan laki muda helok, meletup, bergetah cayakkkkkkk lagi freshhhhhh ranum !! Hahahahha, ok jaaaaaaa! Yang hanmpa dok kecam kecam dia seoleh dia ambik laki hampa pulakkkkkkkk! Nak caqi duda sat g anak sekampong pulak.”
“Kesimpulannya, BIA LANTAK P LAAAAAAAA DIA NAK KAWIN DENGAN LAKI MUDA LETUPPPP! Dari dia buat benda tak eloqqq kannnnnn! Support 100% dia, so jangan nak kondem kondem naaaaaaa!! Netizen.”
“Tapi tulah, bila tengok laki a.aida ni memang ramai lah makan hati, macam hero hindustannnn! Hidung tudiaaaaaaaa macam laki kami terletakkkkkkk boleh hanger baju tajam diaaaaaa.”
“Kepada A.Aida, abaikannnn nak kecaman kecaman netizen ni, kami doakan majlis berjalan lancar!! So kita boleh buat group “LAKI KAMI MUDA BERGETAH” hahahhahaha”
Ada yang nak share tak? Korang suka kalau kawan hampa kawin dengan laki single ke atau korang suka dia kawin dengan laki orang ke atau duda? Hahahahahha! BINCANGKANLAHHHHHHHHHHHH
Tudiaaa pesanan Che Ta ni, Mingguan Wanita sokong dan bersetuju sangat dengan pendapat Che Ta ni. Sebenarnya tak kisah lah suami muda ke tua ke, asalkan saling mencintai dan memahami, serta yang penting saling bukan ambil suami orang! Opps!
Menabung memang banyak kelebihannya. Biarpun sekecil-kecil nilainya, bila dikumpul dan disimpan boleh menjadi jumlah yang banyak.
Biyok, 81 hanyalah seorang warga emas yang hidup sederhana di Padang Kaduduak di Payakumbuh Utara Sumbar, Sumatera Barat.Namun, siapa sangka dengan hanya bekerja sebagai pencuci pinggan, dia mampu menyimpan wang, berkarung-karung di rumahnya sehingga memerlukan seramai 16 orang untuk mengiranya.
Wang Disimpan Terlalu Banyak
Pada awalnya, Biyok yang tinggal sendiri dan tidak berkahwin menerima kunjungan Musleniyetti untuk membantunya mengemas pakaian hasil sumbangan orang ramai.
Namun, ketua kampung itu terkejut apabila menemui banyak karung berisi wang antara 100 rupiah (kira-kira RM0.02 sen) sehingga 100,000 rupiah (kira-kira RM28) di rumah itu.
Tribunnews melaporkan oleh kerana wang yang disimpan terlalu banyak, Musleniyetti terpaksa meminta bantuan orang lain untuk sama-sama mengira duit itu.
Selepas barang-barang dikeluarkan, mereka menemui wang berselerak di rumah warga emas berkenaan.
“Pada mulanya lapan orang membantu mengira wang berkenaan sebelum ditambah menjadi 16 orang.
“Duit ada di merata-rata, di lantai, dalam lipatan kain, bawah bantal dan tilam,” kata Musleniyetti.
Tak Habis Dikira
Katanya, mereka mengambil masa seharian untuk mengemas rumah Biyok dan turut menjumpai wang kertas lama dan baharu.Menurutnya, mereka mengambil masa yang lama untuk mengumpulkan semua wang berkenaan sebelum dikira.
“Kita masih mengumpulkannya. Ada lagi lima karung yang belum dikira, setakat ini yang kita sudah kira adalah wangnya berjumlah 80 juta rupiah (kira-kira RM23,000),” katanya.
MW:Siapa sangka, hasil menyimpan secara konsisten walaupun dalam jumlah yang kecil, boleh menjadi banyak. Tahniah buat warga emas ini, punyalah banyak simpan duit berguni-guni, sampai 16 jiran kena bantu tolong kirakan!
Nur Afiqah Amran yang juga Pengasas Perfume Paradise mengkagumi semangat pelakon veteran Ku Faridah atau lebih popular dengan panggilan Mak Engku. Wanita yang berusia...