Usia 60 tahun namun kakak Ella, Jojie nampak muda & bertenaga. Kakak kepada ratu rock negara Ella iaitu Rozita Aminuddin atau lebih mesra dikenali sebagai Jojie memberitahu rahsianya kekal awet muda dan bertenaga kerana mengamalkan pemakanan sunnah sejak kecil.
Ketika ditemubual baru-baru ini, Jojie berkata rahsia awet muda dan bertenaganya selama ini adalah menerusi amalan pemakanan sunnah sejak kecil.
“Ayah saya berketurunan Arab, jadi sejak kecil memang kami sudah disuruh makan makanan sunnah seperti kurma dan saffron.
“Sehari saya akan makan sebanyak 7 biji kurma. Pada usia sebegini memang bagus amalkan pemakanan begini. Kawan-kawan yang seusia saya ramai yang sakit. Ada yang sihat lepas makan makanan sunnah. Alhamdulillah setakat ini saya tidak ada sebarang penyakit mungkin disebabkan pemakanan sunnah yang saya amalkan dan juga aktiviti kecerdasan.,” itulah antara perkongsian Jojie yang juga pengurus kepada adiknya Ella.
Sejak 35 tahun lalu, Jojie sering disamping adiknya yang telah mencipta nama dalam industri hiburan. Kedua beradik ini tetap bertenaga, muda, dan ceria sepanjang perjalanan karier seni.
Selain dikenali sebagai seorang pengurus artis yang berbakat, Jojie yang juga kakak kepada penyanyi rock legenda Ella kini berjaya mengembangkan sayapnya ke dalam dunia perniagaan kosmetik dan kesihatan.
Walaupun telah lama dalam industri hiburan, keunikan Jojie yang sentiasa tampak muda dan bertenaga mencuri perhatian ramai. Ramai yang tertanya-tanya rahsia awet mudanya, dan atas permintaan ramai, Jojie mengambil langkah untuk berkongsi rahsianya melalui produk kesihatan yang diberi nama SEMANIS by Jojie Beauty.
Pada tahun 2015, Jojie mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Syahrizal Haji Ismail, dan dikurniakan seorang anak gadis, Yang Maryam Syahrizal, yang kini berusia 8 tahun.
SEMANIS adalah minuman kesihatan yang mengandungi campuran Vitamin C, ekstrak Blueberi, Torula Yeast Extract, ekstrak Kulat Putih, Habatussauda, Halia, dan bahan-bahan berkualiti tinggi lain. Produk ini adalah hasil inspirasi Jojie sendiri yang ingin berkongsi kebaikan dan rahsia kesihatan kulit serta tenaga yang dimilikinya selama ini. Proses penghasilan SEMANIS bukanlah satu perjalanan mudah. Jojie dan pasukan R&D (Research & Development) telah menghadapi pelbagai cabaran dalam menghasilkan formula yang tepat untuk memenuhi keperluan pasaran.
Setelah melalui tempoh yang agak lama, akhirnya SEMANIS diluluskan formula dan pengujiannya, termasuk ujian logam berat dan ujian mikrobiologi, untuk memastikan produk ini selamat digunakan tanpa sebarang pencemaran.
Hasilnya, SEMANIS kini dapat memberi manfaat kepada mereka yang ingin menjaga kesihatan kulit dan meningkatkan tenaga tubuh badan dalam kehidupan yang serba sibuk.
Kisah kejayaan Jojie ini bukan sahaja menarik perhatian, tetapi juga memberi inspirasi kepada ramai orang, terutamanya wanita, bahawa perubahan dari dunia hiburan ke dunia perniagaan adalah sesuatu yang mungkin dicapai dengan tekad dan usaha yang tidak kenal lelah.
Dengan segala pencapaian ini, Jojie bukan hanya sekadar seorang artis, tetapi kini menjadi usahawan yang memberi inspirasi kepada ramai dengan keberaniannya untuk meneroka dunia perniagaan yang baru.
Baca Disini : Pernah alami masalah berat badan, emosi terganggu, Ella nasihat wanita jalani rawatan hormon
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.