Siapa yang tidak mengenal susuk tubuh yang begitu gah dalam dunia penyiaran tanahair, sebut saja pemilik nama Zakiah Anas pastinya akan teringatkan rancangan kendaliannya iaitu 999 yang disiarkan di TV3.
Meskipun sudah mengucapkan selamat tinggal kepada program berkenaan, namun, ramai berpendapat sehingga kini tiada pengacara yang dapat menandingi kehebatan Zakiah meskipun wajah penyampainya banyak kali bertukar ganti.
Usia 30 Hingga 39 Tahun Adalah Kemuncak Ujian Hidup. Bertenang, Itu RahmatNya
Turun Berat Badan 24kg, Asmah Mahu Bantu Wanita Yang Ingin Kurus
Usia 54, Begitu Anggun
Namun pada usia 54 tahun, figura ini kelihatan begitu anggun. Apatah lagi dengan bentuk tubuh yang kekal langsing.
Rupanya, Zakiah Anas menerangkan dia memang wajib lakukan aktiviti lasak yang digemarinya iaitu mendaki (hiking) sebanyak tiga kali seminggu bagi memastikan badannya sentiasa fit dan cergas.
Bercerita lanjut seperti mana dipetik menerusi SinarPlus, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Zakiah berkata, dia mendaki pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat.
“Memang wajib buat aktiviti tiga kali seminggu bagi memastikan badan saya sentiasa fit dan cergas.
“Makan dan minum pun kena jaga sebab bila sudah berusia 50-an, kena jaga pemakanan dan gaya hidup,” ujarnya.
Rahsia Kecantikan
Zakiah Anas juga berkongsi rahsia kecantikannya yang bagaikan tidak dimamah usia.
“Saya hanya amalkan penjagaan muka dengan produk lokal. Tiada rejim untuk menjaga kulit, tetapi mungkin saya tidak terdedah dengan cahaya matahari, kulit pun kurang pigmentasi.
“Sekarang saya banyak duduk di rumah. Kalau keluar pun hanya untuk promosi dan jualan busana,” ujarnya.
Sibuk Uruskan Perniagaan
Selain sibuk menguruskan hal rumahtangga, Zakiah Anas juga sibuk dengan perniagaannya.
“Sebenarnya, selain bersama keluarga, saya dan suami juga ada mengeluarkan busana dan kurta dengan label By Zakiah Anas sejak 2016 lagi. Alhamdullillah sambutan cukup menggalakkan.
“Namun yang sedihnya, tahun ini saya tak dapat buat jualan seperti tahun-tahun sebelum ini kerana penularan wabak Covid-19, tetapi untuk Ramadan tahun depan, insyaAllah akan ada koleksi baharu,” katanya yang turut menyasarkan pelanggan dari Singapura dan Brunei.
Sumber : https://sinarplus.sinarharian.com.my/
Sumber Foto: Instagram Zakiah Anas
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita